omniture

ICP DAS Membuat Kemunculan Sulung Ekspo KILANG PINTAR di Tokyo dengan Penyelesaian IIoT dan ESG Inovatif

ICP DAS Co., Ltd.
2024-01-10 10:00 111

HSINCHU, 10 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Di Ekspo KILANG PINTAR 2024, Tokyo, ICP DAS (3577-TW) akan mempamerkan portfolio komprehensif IIoT serta produk dan penyelesaian kawalan automasi dengan tema "ESG dan Emisi Sifar-bersih". Penampilan sulung ini merupakan peristiwa penting dari segi penyertaan syarikat ini dalam acara yang terkemuka di dunia.

ICP DAS to Make Its SMART FACTORY Expo Debut in Tokyo with Innovative IIoT and ESG Solutions
ICP DAS to Make Its SMART FACTORY Expo Debut in Tokyo with Innovative IIoT and ESG Solutions

ICP DAS, dengan pengalaman selama berdekad-dekad dalam bidang automasi industri, mendapat kepercayaan pelanggan di seluruh dunia. Syarikat ini menawarkan pelbagai sensor, modul I/O jarak jauh, peranti komunikasi industri, pengawal dan perisian pengurusan. Di pameran ini, syarikat ini akan menunjukkan bagaimana produk ini memperkasa pelanggan untuk membina kilang pintar dan mengoptimumkan pengurusan proses pembuatan.

Mengenal pasti masalah utama merupakan langkah pertama ke arah menyediakan penyelesaian yang disesuaikan dengan sempurna. Dengan prinsip ini, ICP DAS pernah membantu dengan jayanya pengeluar kanta sentuh yang terkemuka mengurus jejak karbon kilang dan memenuhi piawaian persekitaran yang ketat, ditetapkan khususnya untuk bilik bersih.

Dalam aplikasi ini, syarikat ini memasang meter kuasa pintar dan penumpu meter kuasa IIoT untuk mengumpul dan menghantar data masa sebenar mengenai penggunaan kuasa dalam seluruh kilang. Dalam masa yang sama, modul sensor kualiti udara ICP DAS digunakan untuk memantau suhu, kelembapan dan kepekatan bahan zarahan dalam bilik bersih. Penyelesaian bersepadu ini menjamin pematuhan piawaian pembuatan sekali gus meningkatkan kecekapan pengeluaran.

Di samping itu, ICP DAS mencipta pusat kawalan untuk visualisasi data dengan menggunakan perisian pengurusan awan IIoT. Projek ini merealisasikan pemantauan barisan produk masa sebenar dan lantai kilang, yang akhirnya mempertajam kelebihan daya saing pengeluar.

Alami penyelesaian keseluruhan ICP DAS secara langsung di Hall West, 1F, Reruai W62-79. 
24-26 Januari 2024 @Tokyo Big Sight, Jepun.

Latar Belakang ICP DAS

ICP DAS, ditubuhkan pada tahun 1993, memfokuskan kepada inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi automasi industri. Syarikat ini komited untuk menyediakan penyelesaian holistik dalam automasi & kawalan industri, IIoT, Industri 4.0, pengurusan tenaga, kilang pintar, pembuatan pintar, bangunan pintar, bandar pintar dan ESG. Tumpuan adalah untuk membangunkan dan menyediakan produk serta penyelesaian automasi yang mencapai matlamat pemerolehan dan pemantauan data. Tempoh 30 tahun pengalaman dalam pasaran perindustrian global membolehkan syarikat ini menduduki kedudukan peneraju antara penyedia-penyedia penyelesaian untuk Industri 4.0 dan Internet Perindustrian Pelbagai Benda (IIoT).

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman web kami: https://www.icpdas.com/

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Related Stocks:
Gretai:3577
Keywords: Computer/Electronics New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things Cision Influencer List - ESG