omniture

GCL peroleh pesanan untuk bekalkan 1.1 GW modul PV daripada NTPC

GCLSI
2024-01-10 23:42 30

SUZHOU, China, 10 Januari 2024 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co. Ltd. (GCLSI), pengusaha PV global yang utama, mengumumkan penandatanganan kontrak bersama NTPC Renewable Energy Limited, India (NTPCREL) untuk membekalkan 1100 MW modul solar berkecekapan tinggi.


Pesanan ini merupakan pesanan modul solar terbesar yang pernah dibuat oleh NTPCREL ke atas satu pengeluar. Modul yang akan digunakan dalam pelbagai projek NTPC ketika ini sedang menjalani pentauliahan. GCLSI akan menyempurnakan pembekalan keseluruhan 1100 MW dalam tempoh lima minggu yang mencatat rekod.

Bagi GCLSI, kontrak ini menunjukkan satu lagi pencapaian penting dalam pengembangan perniagaannya di India dan pasaran global yang lain. Satu lagi kontrak dengan saiz yang sama, 1.1 GW, ditandatangani oleh GCLSI bersama pengusaha IPP yang terkemuka di India dalam September 2023, yang mana pembekalannya dijadualkan bermula dalam S2 2024.

"Tatkala kami mengucapkan terima kasih kepada NTPCREL kerana memberi kepercayaan kepada kami, kami berharap GCLSI dapat menjadi antara rakan kongsi jangka panjang kami yang dipercayai. Kami komited untuk menyampaikan kualiti bertaraf dunia, teknologi terkini dan penyelesaian solar yang andal untuk menyokong matlamat tenaga lestari India," ujar Zhang Kun, Presiden Eksekutif, GCLSI.

NTPC merupakan utiliti kuasa milik negara terbesar India dengan kapasiti terpasang mencecah 73,874 MW. NTPCREL, subsidiari milik penuh NTPC, memfokuskan kepada projek-projek solar, angin dan hibrid di seluruh India.

GCLSI merupakan sebahagian daripada konglomerat tenaga, Golden Concord Holdings Ltd.(GCL), yang mendapat tempat kedua antara 500 perusahaan tenaga baharu global terunggul. Dengan kehadiran di lebih daripada 30 negara dan tenaga kerja mencapai lebih 40,000 pekerja, kumpulan ini terlibat dalam pelbagai industri seperti pembuatan silikon FBR, silikon semikonduktor, sel & modul PV, storan tenaga, tenaga mudah alih, hidrogen hijau, gas asli, bahan litium dan sebagainya.

Selain daripada tawaran konvensional, GCLSI menerajui industri ini dengan membangunkan penyelesaian kebolehkesanan yang menggabungkan pensijilan jejak karbon dengan teknologi blok rantai secara aktif. Pendekatan yang inovatif ini sejajar dengan peraturan perdagangan karbon yang semakin ketat dalam perjuangan global memerangi perubahan iklim.

Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), India bersiap sedia untuk memimpin dunia dalam pertumbuhan berasaskan solar lantaran permintaan tenaganya yang meningkat dengan pantas. Kerajaan India menetapkan sasaran yang bercita-cita tinggi untuk memasang 500 GW tenaga boleh baharu dan menaikkan bahagian elektrik bukan bahan api fosil kepada 60% menjelang tahun 2030. GCLSI menyasarkan untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam perjalanan India menuju masa depan yang lebih hijau dengan memanfaatkan teknologi canggih, pengalaman industri yang luas serta komitmen kepada inovasi.

Source: GCLSI
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities