omniture

Syncron: Peneraju dalam IDC MarketScape untuk Aplikasi Perancangan Bahagian Perkhidmatan Seluruh Dunia 2023-2024

Syncron
2024-01-10 23:34 37

STOCKHOLM, 10 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Syncron berbesar hati mengumumkan pengiktirafan syarikat itu sebagai Peneraju dalam IDC MarketScape: Penilaian Vendor (dokumen #US49989323, Disember 2023) Aplikasi Perancangan Bahagian Perkhidmatan Seluruh Dunia 2023–2024. Penghargaan ini mengetengahkan dua kekuatan untuk Syncron—tumpuan khusus kepada perkhidmatan dan pengetahuan domain dalam industri pembuatan dan kompleks.

Menurut IDC MarketScape, "Syncron melabur lebih daripada 20% hasil syarikat ke dalam R&D khusus kepada perancangan bahagian perkhidmatan dan telah menunjukkan rekod prestasi inovasi."

Di Syncron, kami percaya pendekatan strategik kami, dicirikan oleh penyelesaian berasaskan awan yang teguh dan integrasi lancar dengan aplikasi perusahaan, membezakan keupayaan pengoptimuman bahagian perkhidmatan kami. Alatan inovatif kami telah terbukti memainkan peranan utama dalam mengubah operasi perkhidmatan, memberikan pengalaman pelanggan dan kecekapan operasi yang unggul.

"Kami percaya dinobatkan sebagai Peneraju oleh IDC MarketScape merupakan bukti dedikasi pasukan kami dan semangat berinovatif yang memacu Syncron," kata Sean O'Neill, ketua pegawai produk dan teknologi, Syncron. "Penyelesaian kami bukan hanya merangkumi pengurusan bahagian perkhidmatan; penyelesaian ini meliputi pemerkasaan perniagaan untuk menjadi cemerlang dalam pasaran yang kompleks dan dinamik. Kami berbangga berada di barisan hadapan transformasi ini."

Syncron terus komited untuk menyampaikan penyelesaian berkualiti tinggi dan membentuk laluan ke arah operasi perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan berteraskan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut tentang Syncron dan tawaran syarikat itu, sila hubungi media@syncron.com.

Maklumat Tentang IDC MarketScape

Model penilaian vendor IDC MarketScape direka bentuk untuk memberikan gambaran keseluruhan kesesuaian daya saing penyedia perkhidmatan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dalam pasaran tertentu. Metodologi penyelidikan menggunakan metodologi pemarkahan rapi berdasarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif yang menghasilkan ilustrasi grafik tunggal setiap kedudukan vendor dalam pasaran tertentu. IDC MarketScape menyediakan rangka kerja jelas yang tawaran produk dan perkhidmatan, keupayaan dan strategi, serta faktor kejayaan pasaran semasa dan akan datang vendor IT dan telekomunikasi boleh dibandingkan dengan bermakna. Rangka kerja ini juga memberikan pembeli teknologi dengan penilaian 360 darjah ke atas kekuatan dan kelemahan vendor semasa dan bakal vendor.

Maklumat Tentang Syncron

Syncron membantu pengilang dan pengedar memanfaatkan ekonomi perkhidmatan baharu dengan mengoptimumkan keuntungan selepas pasaran, meningkatkan kesetiaan pelanggan dan membolehkan peralihan kepada perniagaan berasaskan perkhidmatan. Syncron menjajarkan semua perkhidmatan selepas pasaran dengan platform awan Pengalaman Perkhidmatan Terhubung (CSX), membantu syarikat membezakan perniagaan masing-masing melalui pengalaman selepas pasaran yang luar biasa sambil memacu pertumbuhan hasil yang ketara. Jenama terkemuka dunia mempercayai Syncron, menjadikan syarikat tersebut sebagai peneraju global terbesar milik persendirian dalam penyelesaian SaaS pengurusan kitaran hayat perkhidmatan pintar. Untuk maklumat lanjut, kunjungi syncron.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1832423/Syncron_Logo.jpg?p=medium600

Source: Syncron
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mining/Metals Awards Cloud Computing / Internet of Things General Manufacturing