BENGALURU, India, 10 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Microland Limited, peneraju transformasi digital global, telah berjaya mendapat pensijilan sebagai Tempat Kerja Hebat daripada Great Place To Work® buat kali kedua. Pengiktirafan ini membuktikan komitmen Microland untuk menggalakkan budaya positif dan mengayakan di tempat kerja yang mengutamakan kepuasan dan penglibatan pekerja.
Pensijilan ini diberikan selepas penilaian dilakukan oleh Great Place To Work®, yang menilai persekitaran tempat kerja, pengalaman pekerja dan amalan organisasi Microland. Great Place to Work® Certification™, satu-satunya pengiktirafan yang diberikan hanya berdasarkan laporan pekerja tentang pengalaman tempat kerja mereka, menandakan keunggulan dan menunjukkan dedikasi Microland untuk mencipta tempat kerja yang inklusif, memberi sokongan dan berinspirasi bagi pekerjanya.
"Kami gembira kerana diiktiraf sebagai Tempat Kerja Hebat oleh Great Place To Work® India. Dengan orang yang menjadi teras misi Microland, tumpuan padu kami adalah kepada memperkasakan pekerja untuk Memulakan, Menginovasi dan Menginspirasikan idea hebat yang akan membentuk masa hadapan. Kami amat yakin bahawa kejayaan kolektif kami dipacu dengan menerima baik cabaran baharu, menggalakkan satu sama lain untuk mencapai tahap yang kami rasa mustahil dapat dicapai satu ketika dahulu, dan berusaha tanpa henti untuk mencapai kecemerlangan dalam semua usaha kami," kata Pradeep Kar, Pengerusi dan Pengarah Urusan di Microland Limited. "Kami percaya dalam menggalakkan persekitaran yang membolehkan setiap warga Microland memanfaatkan potensi mereka sepenuhnya, bekerja dengan gembira, berjaya dalam kerjaya, dan membawa Microland menuju kecemerlangan."
"Komitmen padu Microland untuk memaksimumkan potensi manusia terbukti dalam pendekatannya yang menyeluruh dan inovatif kepada budaya kecemerlangan, kolaborasi dan pertumbuhan yang berterusan," kata T. R. Srinivasan, Ketua Pegawai Manusia, Microland. "Tumpuan organisasi kepada ekuiti, pembelajaran dan pembangunan dan pelaburan dalam platform penglibatan dan pengalaman orang yang inovatif dan terkemuka dalam industri seperti MicrolandOne dan MiHR, menekankan dedikasinya untuk mencipta tempat kerja yang dinanik dan transformatif untuk pekerjanya."
Perihal Microland Limited
Komitmen Microland kepada "Penggunaan Sistem Digital" membolehkan teknologi melakukan lebih banyak dan mengurangkan penerobosan. Kami memudahkan pengusaha beralih kepada infrastruktur digital nextGen melalui portfolio perkhidmatan menyeluruh termasuk Cloud dan pusat Data, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan loT. Kami memastikan penerimaan perkhidmatan digital boleh diramal, andal dan stabil.
Microland membantu syarikat beralih kepada penggunaan sistem digital dengan tumpuan sepenuhnya kepada perkhidmatan yang lebih relevan kepada klien dan prospek kami berbanding sebelum ini, dan ini menjamin hasil perniagaan. Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru, India, Microland mempunyai lebih daripada 4,600 pakar digital merentasi pejabat dan pusat penghantaran di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.
Baca lebih lanjut di sini: www.microland.com
Perihal Great Place To Work®:
Great Place To Work® ialah autoriti global yang berkaitan dengan budaya tempat kerja berteraskan kepercayaan tinggi dan prestasi tinggi. Melalui alat penilaian proprietari, perkhidmatan rundingan dan program pensijilan, Great Place To Work® mengiktiraf budaya tempat kerja yang luar biasa dan mengeluarkan senarai tahunan Fortune '100 Syarikat Terbaik untuk Bekerja'.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.greatplacetowork.com
Butiran Hubungan Media:
sobia.sahar@microland. com
Phone: +91 9980594354
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2314114/GPTW_2024.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1343841/4484995/Microland_Logo.jpg?p=medium600