omniture

NEOM mengumumkan Aquellum, komuniti gaya hidup futuristik yang terletak di dalam keindahan alam gunung.

NEOM Corporate
2024-01-11 21:15 28

NEOM, Arab Saudi, 11 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah NEOM telah mengumumkan Aquellum, ruang kemewahan dan pengalaman yang tertanam di dalam pergunungan, dan tambahan menarik terkini kepada pembangunan serantau yang sedang berlangsung di barat laut Arab Saudi. Dibangun atas dasar teknologi canggih, seni bina avant-garde, dan konsep pemikiran yang progresif, tujuan pembinaan Aquellum adalah untuk memberikan pengunjungnya pengalaman kehidupan futuristik yang unik melalui pelbagai inovasi dan pengalaman perintis yang ditawarkan.

NEOM announces Aquellum, a futuristic lifestyle community within a mountain haven
NEOM announces Aquellum, a futuristic lifestyle community within a mountain haven

Tersembunyi dari pandangan umum di sepanjang pantai Teluk Aqaba, Aquellum terletak di dalam kawasan pergunungan yang mengagumkan setinggi 450 meter. Komuniti ini melambangkan ekosistem futuristik yang diintegrasikan secara harmonis dengan alam semula jadi. Dengan rekaan yang bertujuan untuk menginspirasi keaslian dan imaginasi, pembinaan Aquellum akan melangkaui batasan-batasan konvensional dalam reka bentuk dan pembinaan. 

Untuk mengakses Aquellum, pengunjung akan memulakan sebuah perjalanan yang mengagumkan, bermula dari marina terapung pertama di dunia. Di lokasi ini, para tetamu akan menaiki kapal yang direka secara khusus untuk memasuki Aquellum melalui sebuah terusan bawah tanah yang rahsia, membuka pandangan kepada komuniti tersembunyi ini yang menjanjikan sebuah pengalaman sensori yang tidak tertandingi.

Sebaik sahaja tiba, pengunjung akan dihadapkan dengan sebuah pengalaman menegak setinggi 100 meter yang menakjubkan, di mana sebuah halaman yang indah  terbentang dari permukaan air hingga ke langit. Komuniti digital yang terletak di bawah tanah ini membangun suasana yang dinamik dan saling terhubung, dengan menyatukan hotel, pangsapuri, ruang perniagaan, kawasan rekreasi dan hiburan, serta pusat inovasi secara harmonis.

Sebuah boulevard yang dibina di dalam halaman menghubungkan pelbagai ruang sosial, layanan bertaraf dunia, karya seni yang mempesona, acara, aktiviti membeli-belah, dan tempat makan. Ruang utama, yang dikenali sebagai 'The Generator', menyediakan makmal penyelidikan unik untuk pengusaha, inovator, dan pemikir kreatif, membuka peluang untuk membayangkan kembali masa depan.

Sistem transit dalam bangunan yang bergerak dalam semua arah ini mempermudah pergerakan ke tingkat atas, membolehkan penghuni dan pengunjung untuk dengan mudah mengakses kediaman dan hotel mereka, serta naik ke taman atap yang menyuguhkan pemandangan pantai yang menakjubkan.

Dengan komitmen yang kukuh untuk mencipta ruang dalam alam semula jadi yang mencerminkan masa depan kemewahan, inovasi, dan gaya hidup, Aquellum merupakan simbol gabungan reka bentuk dan teknik pembinaan yang terkini.

Selaras dengan komitmen NEOM terhadap pemuliharaan alam sekitar dan inovasi, Aquellum memperkaya keindahan pantai di sekitarnya. Pembangunan baru ini adalah kelanjutan dari pengumuman terkini mengenai Leyja, Epicon, Siranna, Utamo, dan Norlana, yang juga merupakan destinasi pelancongan mampan di Teluk Aqaba.

Tentang NEOM

NEOM merupakan pemacu kemajuan manusia dan merupakan wawasan tentang Masa Depan Baharu. Ia adalah sebuah wilayah di barat laut Arab Saudi, bersempadan dengan Laut Merah, yang dibangunkan dari dasar sebagai makmal kehidupan - sebuah tempat di mana keusahawanan akan membentuk trajektori bagi Masa Depan Baharu ini. Ia akan menjadi destinasi bagi mereka yang bermimpi besar dan ingin menjadi sebahagian dari penciptaan model baharu untuk kehidupan yang luar biasa, membangunkan perniagaan yang maju pesat, dan mereformasi cara pemuliharaan alam sekitar.

NEOM akan merangkumi bandar-bandar pintar, pelabuhan dan zon industri yang terhubung secara hiper, pusat-pusat penyelidikan, arena sukan dan hiburan, serta destinasi pelancongan. Sebagai pusat keunggulan untuk inovasi, usahawan, pemimpin perniagaan, dan syarikat akan berkumpul di sini untuk melakukan penyelidikan, menginkubasi, dan mengkomersialkan teknologi serta perusahaan baharu dengan cara yang inovatif. Penghuni NEOM akan menanamkan etos antarabangsa dan menghayati budaya yang menggalakkan penerokaan, pengambilan risiko, dan kepelbagaian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila emel media@neom.com atau layari www.neom.com dan www.neom.com/en-us/newsroom.

Bahan ini diedarkan oleh Teneo Strategy LLC bagi pihak Syarikat NEOM. Maklumat tambahan tersedia dan dapat diperoleh melalui Jabatan Kehakiman, Washington, DC. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2315662/NEOM_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2315664/NEOM_2.jpg?p=medium600

NEOM announces Aquellum, a futuristic lifestyle community within a mountain haven
NEOM announces Aquellum, a futuristic lifestyle community within a mountain haven

 

Source: NEOM Corporate
Keywords: Art Construction/Building Entertainment Travel Conservation/Recycling New products/services