GENEVA, 11 Januari 2024 /PRNewswire/ -- FlowBank, bank dalam talian terkemuka Swiss, dengan bangganya mengumumkan perkongsian selama tiga tahun dengan pemain tenis Alexander Zverev. Kobaborasi strategik ini menandakan fasa yang menyeronokkan dalam komitmen Flowbank kepada penajaan sukan dan kerjaya Zverev yang cemerlang.
Sebagai sebahagian daripada perkongsian eksklusif ini, FlowBank akan menjadi rakan kewangan rasmi Alexander Zverev, menyokong beliau dalam usahanya untuk mencapai kecemerlangan di dalam dan di luar gelanggang. Kolaborasi ini menyorot dedikasi FlowBank kepada memupuk bakat dan menggalakkan nilai disiplin, keazaman dan pembelajaran berterusan.
Alexander Zverev, yang pada masa ini menduduki tempat No. 6 Dunia ATP telah mencapai kejayaan yang mengagumkan sepanjang kerjayanya, memikat hati peminat tenis di seluruh dunia dengan kemahiran dan semangat kesukanannya yang luar biasa. FlowBank berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi beliau dan tidak sabar untuk menyumbang kepada kejayaannya yang berterusan.
"Kami gembira untuk mengalu-alukan Alexander Zverev ke dalam keluarga FlowBank," kata Charles Henri Sabet, pengasas dan CEO di FlowBank. "Dedikasi beliau kepada sukan ini dan pencapaiannya yang menakjubkan menjadikannya rakan kongsi yang sesuai untuk FlowBank. Perkongsian ini menggambarkan nilai kami yang sama dan semangat yang dikongsi bersama untuk kejayaan."
Kolaborasi ini bukan sekadar penajaan tradisi. Pada masa hadapan, Zverev akan sentiasa memakai tampalan FlowBank pada pakaiannya dalam gelanggang dan beliau akan bekerjasama dengan FlowBank dalam pelbagai projek untuk menginspirasikan generasi atlet seterusnya dan menggalakkan literasi kewangan dalam komuniti sukan.
"Saya gembira untuk bergabung tenaga dengan FlowBank," kata Alexander Zverev. "Komitmen mereka kepada inovasi dan kecemerlangan bersesuaian dengan pendekatan saya kepada tenis. Saya teruja tentang peluang pada masa hadapan dan saya yakin bahawa bersama, kita akan menempa banyak kejayaan."
FlowBank dan Alexander Zverev akan berkolaborasi untuk kandungan eksklusif, acara dan program bantuan komuniti, memberikan wawasan unik kepada peminat tentang dunia tenis profesional dan industri kewangan. Pada peringkat permulaan kolaborasi ini, Zverev akan memainkan peranan penting sebagai wajah edisi kedua Kejohanan FlowBank—pertandingan dalam talian unik yang disesuaikan secara eksklusif untuk atlet profesional. Pengalamannya yang diperoleh semasa edisi pertama pada tahun 2023, serta prestasinya yang menakjubkan yang membawanya ke podium bersama Pierre Gasly dan Jan Blachowicz, akan memberi manfaat kepada peserta baharu.
Pengaktifan global ini menunjukkan kepentingan pendidikan kewangan dan berfungsi sebagai platform pembelajaran serba boleh merentasi pelbagai saluran.
Selain itu, FlowBank meningkatkan dedikasinya kepada usaha memupuk bakat tenis pada semua peringkat sebagai penaja utama Swiss Tennis dan Gonet Geveva Open, dengan tempoh penajaan kedua-duanya selama tiga tahun. Severin Lüthi, mantan jurulatih legenda tenis Roger Federer dan duta FlowBank sejak sekian lama, terus menjadi figura penting dalam komitmen ini. Pada masa ini, Lüthi melatih pemain tenis sensasi yang mempunyai masa hadapan cerah Holger Rune, yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Sulung FlowBank. Terdapat juga, mantan No. 1 Dunia Martina Hingis yang menjadi hos dan akan meneruskan penglibatan aktifnya dalam edisi kedua.
Sehubungan dengan ini, FlowBank terus melabur dalam bakat tenis muda Swiss yang berpotensi dengan menaja 2 pemain, Flynn Thomas dan Thomas Gunzinger, masing-masing merupakan juara Eropah dan Dunia dalam kategori U16 dan U14.
Ikut FlowBank dan Alexander Zverev di media sosial untuk maklumat terkini dan kandungan belakang- tabir sepanjang perkongsian yang menyeronokkan ini .
Perihal FlowBank
FlowBank beribu pejabat di Geneva, mempunyai pejabat di Zurich, dan pejabat perwakilan di Dubai. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2020 oleh CEO Charles Henri Sabet dan pada masa ini menggaji lebih 120 orang. Bank ini memberikan perkhidmatan pelaburan dan perdagangan dan akses kepada lebih 50,000 produk kewangan pada harga terbaik. Baru-baru ini ia didapati merupakan penyedia dagangan yang paling berdaya saing di Switzerland oleh Neue Zürcher Zeitung. FlowBank dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Penasihat Pasaran Kewangan (FINMA) dan merupakan ahli esisuisse. Ia juga merupakan ahli Persatuan Pemilik Bank Swiss .
Facebook: FlowBank@FlowBank
Instagram: @flowbank
Linkedin: FlowBank
X: FlowBank@flowbank_sa
Butiran Hubungan Media
FlowBank SA
Caroline Puder-Lévy, Ketua Pegawai Pemasaran
Esplanade de Pont-Rouge 6
1211 Geneva 26
+41 22 888 60 00
caroline.puder@flowbank.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2315877/Alexander_Zverev_FlowBank.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2315878/FlowBank_logo.jpg?p=medium600