LAS VEGAS, 11 Januari 2024 /PRNewswire/ -- CES® 2024 dibuka pada hari ini menunjukkan bahawa itumerupakan tempat untuk menetapkan agenda bagi tahun yang mendatang dalam bidang teknologi, perniagaan dan hiburan, malah memperkasa lonjakan dalam kesedaran global apabila syarikat mula memperkenalkan teknologi berinovatif.
CES, platform teknologi paling berkuasa di dunia, mengalu-alukan lebih daripada 4000 syarikat pempamer dari seluruh dunia untuk berkongsi inovasi dan kerjasama masing-masing dalam kecerdasan buatan, kelestarian dan bidang lain yang menangani cabaran besar global. Sehingga 130,000 pengunjung dan media akan melihat kisah syarikat pempamer ini. Syarikat ini termasuk beberapa syarikat pemula yang berjaya memecahkan rekod di Eureka Park®, tempat asal-usul teknologi rintisan, menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh menjana idea yang bakal mengubah dunia.
Liputan media pempamer CES 2024 telah pun disebarkan. Sebelum pertunjukan bermula, topik yang paling banyak dibincangkan ialah kecerdasan buatan, hiburan dan perkakasan pejabat, serta permainan dan e-sukan. Jenama memanfaatkan kuasa CES untuk menjadi tular, dengan kemajuan dalam teknologi paparan, rumah pintar dan teknologi bantuan, serta kerjasama dan penyelesaian yang tidak dijangka untuk perusahaan.
"Di CES 2024, kami amat teruja untuk menghimpunkan pempamer, pengunjung dan media bertujuan memaparkan dan mengimpikan teknologi masa akan datang, serta inovasi yang menyelesaikan cabaran terbesar hari ini," kata Gary Shapiro, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Consumer Technology Association® (Persatuan Teknologi Pengguna - CTA). "CES ialah tempat perniagaan dan dasar bertemu, malah tiada tempat seperti itu untuk tujuan membina hubungan B2B dan B2C."
Para pengunjung dari seluruh dunia pergi ke CES untuk menjalankan perniagaan dengan cekap dan mendapatkan maklumat mengenai perkara yang seterusnya dalam teknologi. Semasa Ucapan Mengenai Keadaan Industri CTA pada pagi Selasa, Shapiro mengiktiraf ulang tahun ke-100 CTA, pemilik dan penerbit CES, serta menegaskan kepentingan teknologi yang boleh meningkatkan keupayaan manusia untuk menangani isu seperti akses kepada udara dan air bersih, makanan, penjagaan kesihatan dan teknologi. Kinsey Fabrizio, Naib Presiden Kanan CTA, CES dan keahlian, menyertai Shapiro di atas pentas untuk memberikan kemas kini tentang trend dan sesi di pertunjukan itu.
Ucaptama
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Roland Busch pada malam Isnin berkongsi visi syarikat untuk masa depan yang bukan sahaja berinovatif tetapi juga mampan. Mengetengahkan kerjasama dengan AWS, Blendhub, Red Bull Racing, Sony dan Unlimited Tomorrow, Busch memperkenalkan inovasi yang menggabungkan dunia sebenar dan dunia digital untuk mentakrifkan semula realiti. Siemens mengumumkan kejayaan dalam AI dan kejuruteraan imersif untuk membolehkan metasemesta perindustrian dan mengetengahkan cara teknologi ini memperkasa inovator dunia untuk berkembang maju menggunakan platform perniagaan digital terbuka syarikat iaitu, Siemens Xcelerator.
Dalam ucaptama kecantikan pertama kali di CES, Ketua Pegawai Eksekutif L'Oréal Groupe, Nicolas Hieronimus mendedahkan teknologi Pemenang Anugerah Inovasi CES 2024, AirLight Pro dan memperincikan pelaburan strategik syarikat pada masa depan kecantikan semasa ucaptamanya. Eva Longoria menyertai Hieronimus dan Barbara Lavernos, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggungjawab dalam Penyelidikan, Inovasi dan Teknologi untuk bercakap tentang produk mewarnakan rambut Colorsonic L'Oréal. AirLight Pro, dengan kerjasama Zuvi, menggunakan teknologi untuk menjaga pelbagai keperluan rambut sambil mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Teknologi ini direka bentuk untuk menyesuaikan dengan keperluan pengguna individu bersama perkakasan, perisian tegar dan aplikasi yang berfungsi dengan lancar bagi membolehkan setiap pengguna menyesuaikan tetapan mengikut keperluan masing-masing.
Hari Media CES pada 7 dan 8 Januari di Mandalay Bay menampilkan 23 sidang akhbar dari jenama global yang Melebihi 60% liputan berita semasa dua hari acara media sebelum pembukaan pertunjukan rasmi datang dari cawangan di luar Amerika Syarikat yang membuat pengumuman ialah: Abbott, Ambient Scientific, Bosch, Doosan, EssilorLuxottica, Harbor Lockers, Hyundai, Hisense, Indy Autonomous Challenge, Ink Invent, KIA, LG Electronics, Ottonomy, Panasonic, Samsung, SK Hynix, Sony, Swapery, TCL, Timekettle, UHD Alliance, Valeo dan Volkswagen.
Produk Hebat
Pameran Pembuka Tirai CES di Las Vegas, pratonton secara langsung pelancaran produk di CES 2024, menampilkan teknologi yang tidak dijangkakan daripada 180 syarikat seperti jentera angkut bawah tanah pelepasan ekzos sifar Caterpillar, peranti kesejahteraan boleh pakai NOWATCH, Periuk Pintar Sevvy dan kereta terbang Xpeng AEROHT. Produk hebat lain yang mewujudkan impak yang ketara di CES termasuk motosikal elektrik TS Ultra Verge Motorcycle dengan "peka pengamatan", permainan realiti maya Theraplay Palmplug yang membantu memulihkan pesakit strok dan cermin mata hitam realiti terimbuh Air 2 Ultra XREAL.
"Pameran Pembuka Tirai di Las Vegas ialah cara terbaik untuk melancarkan CES setiap tahun dan meninjau beberapa trend awal semasa pertunjukan itu dan tidak mengejutkan untuk melihat AI di mana-mana , di tengah-tengah pelbagai tawaran merentasi kebolehcapaian, kesihatan digital, teknologi makanan, mobiliti dan rumah pintar," kata Fabrizio.
Trend Teknologi
Pengarah Program Tematik CTA Brian Comiskey dan Pengarah Penyelidikan Jessica Boothe membentangkan Trend Teknologi Terbaik 2024 untuk Diberikan Perhatian. Pembentangan tahun ini mempamerkan sejauh mana AI, kelestarian dan reka bentuk teknologi terangkum akan memajukan teknologi masa depan seperti mobiliti, kesihatan digital, kandungan, permainan dan teknologi agromakanan. Perkara yang memperkukuh trend dan evolusi dalam industri ini ialah kebangkitan Gen Z sebagai segmen yang besar dan berpengaruh, terutamanya di negara pasaran yang sedang pesat membangun apabila penyambungan ke internet dilaksanakan dengan pantas untuk membentuk trend seluruh dunia. Seterusnya, inovasi dalam pengguna dan perusahaan akan menjadi maju dengan lebih bijak, lebih hijau dan lebih terangkum pada masa depan.
Tempat lain di CES
Selain lebih daripada 250 sesi persidangan dan Sidang Kemuncak Dasar Inovasi untuk penggubal dasar global, pada hari ini CTA melancarkan Inisiatif Kitaran Teknologi Pengguna (Consumer Technology Circularity Initiative - CTCI), inisiatif industri rintisan dan sukarela untuk mengurangkan sisa, menggalakkan lebih banyak penggunaan semula, meningkatkan kitar semula, mengurangkan impak terhadap iklim dan mengurangkan pelupusan elektronik pengguna. Rakan kongsi pengasas termasuk Lenovo, LG Electronics, Panasonic, Samsung dan Sony Electronics Inc.
Kunjungi CES.tech untuk mendapatkan kemas kini dan penstriman langsung dari CES 2024. Aplikasi CES mempunyai semua yang anda perlukan untuk merancang dan menavigasi CES. Muat turun aplikasi dengan mencari "CES 2024" di gedung aplikasi Android atau Apple. Lihat ucaptama CES, Great Minds dan pilih pemprograman secara langsung di sini dan ditayangkan semula atas permintaan di sini.
Maklumat Tentang CES
CES® acara teknologi paling berkuasa di dunia – tempat pembuktian untuk teknologi rintisan dan inovator global. Di sini, jenama terbesar dunia menjalankan perniagaan dan bertemu rakan niaga baharu dan inovator yang amat peka kepada perkembangan semasa membuat pembentangan. Dimiliki dan diterbitkan oleh Persatuan Teknologi Pengguna (CTA)®, CES menampilkan setiap aspek daripada sektor teknologi. CES 2024 akan berlangsung dari 9-12 Januari 2024, di Las Vegas. Ketahui lebih lanjut di CES.tech dan ikuti CES di media sosial.
Maklumat Tentang Consumer Technology Association (Persatuan Teknologi Pengguna)
Sebagai persatuan perdagangan teknologi terbesar di Amerika Utara, CTA® ialah sektor teknologi. Ahli kami terdiri daripada inovator terkemuka dunia – daripada syarikat pemula sehingga jenama global – membantu menyokong lebih daripada 18 juta pekerjaan Amerika. CTA memiliki dan menerbitkan CES® – acara teknologi paling berpengaruh di dunia. Temui kami di CTA.tech. Ikuti kami @CTAtech.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2314601/Consumer_Technology_Association_CES_2024.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2212991/4486059/CES_CTA_Logo.jpg?p=medium600