omniture

iValue bekerjasama dengan Veeam bagi membawa penyelesaian perlindungan data dan pemulihan perisian tebusan ke Bangladesh, Nepal dan Bhutan

iValue InfoSolutions
2024-01-12 13:56 28

SINGAPURA, 12 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu yang terkemuka di seluruh rantau Asia Pasifik, iValue InfoSolutions, dengan bangganya mengumumkan perkongsian strategik organisasi tersebut dengan Veeam® Software, sebuah syarikat peneraju dalam perlindungan data dan pemulihan perisian tebusan , untuk menyediakan akses yang tiada tandingan kepada perniagaan dalam penyelesaian perlindungan data yang teguh, berskala dan inovatif, memastikan ketersediaan data kritikal dalam landskap digital yang sentiasa berkembang di pasaran Bangladesh, Nepal dan Bhutan.

iValue partners with Veeam to bring data protection and ransomware recovery solutions
iValue partners with Veeam to bring data protection and ransomware recovery solutions

Perkongsian ini menandakan peristiwa penting dalam domain perlindungan data yang menggabungkan kepakaran iValue dalam menyampaikan penyelesaian IT yang komprehensif dengan penyelesaian sandaran, perlindungan dan pemulihan data lengkap daripada Veeam. Pelanggan iValue akan mendapat manfaat daripada penyelesaian sandaran dan pemulihan terkemuka industri Veeam, memastikan tahap perlindungan dan ketersediaan data yang terbaik melalui usaha perkongsian ini. Matlamat kerjasama tersebut adalah untuk membolehkan perniagaan memperkukuhkan aset data kritikal mereka terhadap potensi ancaman dan gangguan. Organisasi akan dilengkapi dengan alatan untuk mengoptimumkan strategi perlindungan data mereka.

Encik Ramesh Umashankar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan Antarabangsa kepada Kumpulan iValue, berkata, "Kami berbesar hati mengumumkan perkongsian strategik kami dengan Veeam. Kerjasama ini merupakan langkah kritikal ke arah membolehkan dan memperkasakan rakan saluran kami yang dihargai untuk mempromosikan penyelesaian Veeam kepada pelanggan akhir mereka di seluruh Bangladesh, Nepal dan Bhutan. iValue berkomited terhadap tujuan mereka untuk menjadi pendaya teknologi peringkat teratas mewujudkan ekosistem cekap untuk Veeam dan rakan kongsi saluran kami, sambil menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang lengkap untuk ekonomi digital yang teguh."

"Perkongsian dengan Veeam adalah langkah strategik yang sejajar dengan komitmen kami untuk menawarkan penyelesaian terbaik kepada pelanggan kami. Reputasi Veeam sebagai peneraju dalam pengurusan data melengkapkan visi kami untuk menyediakan teknologi tercanggih kepada perniagaan di rantau Asia Pasifik. Bersama Veeam, kami berharap dapat membantu organisasi meningkatkan daya tahan data mereka dan memacu transformasi digital," Encik Nadeem Husain, Naib Presiden – Perniagaan Perusahaan untuk Kumpulan iValue berkata.

Mengulas tentang perkongsian ini, Encik Amarish Karnik, Pengarah, Saluran, Perikatan dan Perkongsian Awan untuk Veeam SAARC, berkata, "Kami dengan gembiranya mengalu-alukan iValue InfoSolutions, Agregator Perkhidmatan & Penyelesaian Teknologi terkemuka, sebagai pengedar kami di Bangladesh, Nepal dan pasaran Bhutan. Dalam era kerentanan data, kesannya terhadap perniagaan boleh berterusan dalam tempoh yang signifikan. Perkongsian kami dengan iValue bukan sekadar satu usaha kerjasama – bahkan satu komitmen kami bersama untuk memperkasakan organisasi. Sasaran kami bukan sahaja untuk membantu mereka pulih daripada cabaran perlindungan data tetapi untuk bangkit secara proaktif dengan daya tahan. Kepakaran dan rangkaian luas iValue menjadikan organisasi ini rakan kongsi yang sangat sesuai untuk memudahkan pertumbuhan perniagaan Veeam dan pengedaran yang lancar bagi perlindungan data tercanggih kami dan penyelesaian pemulihan perisian tebusan di rantau yang penting ini."

Tambah beliau lagi, "Kami dan iValue sedang berusaha untuk meluaskan wawasan kami dan secara kolektif meningkatkan keupayaan kami dalam melindungi data pelanggan di pelbagai landskap perniagaan digital. Melalui perkongsian ini, pelanggan akan menemui penyelesaian perlindungan data dan perisian tebusan yang mudah, fleksibel dan boleh dipercayai yang disesuaikan dengan keperluan unik perniagaan mereka yang sedang berkembang. Melalui kerjasama dengan iValue ini, kami menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menawarkan bukan sahaja penyelesaian, malah pendekatan yang berdaya tahan dan komprehensif terhadap keselamatan siber."

Pendekatan perundingan dan pandangan pasaran iValue, bersama-sama dengan penyelesaian termaju Veeam, akan memperkasakan perniagaan untuk menyelaraskan operasi, meminimumkan masa henti serta meningkatkan kecekapan data keseluruhan. iValue yang terkenal dengan pendekatan mengutamakan pelanggan, akan memanfaatkan portfolio komprehensif Veeam untuk menyesuaikan penyelesaian bagi menangani cabaran unik yang dihadapi oleh perniagaan dalam landskap digital hari ini. Penyesuaian ini memastikan bahawa organisasi boleh mengekstrak nilai maksimum daripada pelaburan perlindungan data mereka. Kerjasama ini sejajar dengan komitmen bersama iValue dan Veeam untuk menyampaikan penyelesaian yang terbaik dalam bidang mereka, memperkasakan perniagaan untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin mengutamakan data.

Perkongsian ini juga menandakan permulaan perjalanan kerjasama yang bertujuan merevolusikan landskap perlindungan data dalam SAARC. Veeam dan iValue yakin gabungan kekuatan tawaran mereka akan memperkasakan perniagaan untuk membuka kunci kemungkinan baharu dan mencapai kejayaan yang tiada tandingan dalam era digital.

Tentang Veeam:

Veeam® ialah peneraju pasaran global #1 dalam perlindungan data dan pemulihan perisian tebusan. Organisasi ini sedang dalam misi untuk membantu setiap organisasi bukan sahaja bangkit daripada gangguan atau kehilangan data tetapi bangkit untuk bergerak ke hadapan. Dengan Veeam, organisasi mencapai daya tahan radikal melalui keselamatan data, pemulihan data dan kebebasan data untuk awan hibrid mereka. Platform Data Veeam memberikan penyelesaian tunggal untuk persekitaran awan, maya, fizikal, SaaS dan Kubernetes yang memberikan ketenangan fikiran kepada pemimpin IT dan keselamatan bahawa aplikasi dan data mereka dilindungi dan sentiasa tersedia. Veeam yang beribu pejabat di Columbus, Ohio, mempunyai pejabat di lebih 30 buah negara, Veeam melindungi lebih 450,000 pelanggan di seluruh dunia, termasuk 73% daripada Global 2000, yang mempercayai Veeam untuk memastikan perniagaan mereka berjalan lancar. Ketahanan radikal bermula dengan Veeam. Ketahui lebih lanjut di  www.veeam.com  atau ikuti Veeam di LinkedIn  @veeam-software  dan X  @veeam.

Tentang iValue InfoSolutions:

Kumpulan iValue ialah pendaya teknologi termaju yang TERPANTAS dengan susunan penyelesaian yang dibina khas & perkhidmatan berkaitan untuk mendapatkan & mengurus Aplikasi dan Data Digital, Perusahaan, di pelbagai awan hibrid. iValue menawarkan perkhidmatan untuk menangani setiap keperluan dalam transformasi Digital Kitaran Hayat Aplikasi – daripada kod kepada awan, meliputi keperluan Prestasi, Ketersediaan, Keselamatan dan Kebolehskalaan.

Kumpulan iValue mempunyai wujud di seluruh India, SAARC dan Asia Tenggara, dengan pasukan tempatan meliputi perniagaan dan keperluan teknikal rakan kongsi untuk menangani keperluan pelanggan mereka di seluruh rantau. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.iValueGroup.com atau ikuti iValue di LinkedIn @ https://www.linkedin.com/company/ivalue-infosolutions-pvt-ltd

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2315846/iValue_Veeam.jpg?p=medium600

Source: iValue InfoSolutions
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Licensing/marketing agreements Cloud Computing / Internet of Things