omniture

Siri Creative Aurvana Ace: Kejituan dalam Setiap Nota

Creative Labs Pte Ltd
2024-01-12 16:21 21

Memperkenalkan Fon Putik Tanpa Wayar Sebenar Terkini, Direka Bentuk untuk Meningkatkan Setiap Nota ke Tahap Baharu dengan Pemacu Berasaskan-MEMS Keadaan-Pepejal Canggih

SINGAPURA, 12 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Creative Technology mendedahkan Creative Aurvana Ace dan Creative Aurvana Ace 2 yang amat dinanti-nantikan, fon putik tanpa wayar sebenar yang terkini, menampilkan pemacu berasaskan-MEMS, silikon-penuh, keadaan-pepejal perintis. Fon putik yang terkini ini berupaya untuk menawarkan respons frekuensi yang lebih luas daripada 5 Hz hingga 40 KHz, bagi memastikan pengalaman audio yang imersif dan seakan hidup untuk muzik, filem dan panggilan sidang.

Ciri-ciri utama siri Creative Aurvana Ace termasuk LE Audio dengan kodek LC3, Bluetooth 5.3 dan Pembatalan Hingar Aktif Hibrid (ANC) bersama-sama Mod Ambien, serta jumlah masa main sehingga 24 jam, lalu menjadikannya pilihan muktamad untuk peminat audio yang mencari yang terbaik dalam fon putik tanpa wayar sebenar.

Siri ini mempunyai sistem dwipemacu yang menggabungkan teknologi xMEMS dengan pemacu dinamik 10 mm ditala-khas, memberikan kejituan dalam keseluruhan spektrum audio—bermula dengan nada tinggi yang tepat hingga bes padat dan trebel dinamik. Ciri-ciri tambahan termasuk Pembatalan Hingar Aktif Hibrid dan Mod Ambien, enam mikrofon terbina dalam dengan teknologi pembatalan hingar cVc Qualcomm serta pensijilan IPX5 untuk ketahanan kalis peluh.

Walaupun Creative Aurvana Ace dan Creative Aurvana Ace 2 berkongsi ciri-ciri penting, Creative Aurvana Ace 2 menonjol dengan Pembatalan Hingar Aktif Adaptif Qualcomm, menawarkan pelarasan masa sebenar berdasarkan kepada keadaan persekitaran dan padanan fon putik. Di samping itu, ia menggabungkan kodek Nirhilang aptX Qualcomm terkini, memberikan pengalaman audio tahap-CD demi pengalaman mendengar yang unggul.

Akhir sekali, Creative Aurvana Ace menampilkan kemasan berwarna hitam kusam yang bergaya dengan aksen tembaga, sementara Creative Aurvana Ace 2 memiliki reka bentuk lut cahaya asap moden dengan tonjolan tembaga yang menarik.

Untuk penentuan harga dan maklumat lanjut, kunjungi creative.com/aurvanatws

Lihat dan muat turun aset di sini.

Latar Belakang Creative

Creative Technology ialah peneraju global bagi produk hiburan digital, terkenal dengan kad bunyi Sound Blaster® dan penyelesaian audio yang canggih

Ketersediaan tertakluk kepada perubahan tanpa notis dan mungkin berbeza di tempat lain di dunia mengikut faktor dan keperluan setempat. Creative, logo Creative, Sound Blaster dan Super X-Fi ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Creative Technology Ltd di Singapura dan/atau negara-negara lain. Tanda kata dan logo Bluetooth® ialah tanda dagangan berdaftar yang dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda sedemikian oleh Creative Technology Ltd adalah di bawah lesen. Hak cipta terpelihara.

 

Source: Creative Labs Pte Ltd
Related Stocks:
Singapore:CREAF
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services