omniture

Versuni lancar siri 5000 Philips Home Safety baharu menampilkan teknologi penderiaan pertama dunia

Versuni
2024-01-12 16:52 12
  • Rangkaian Philips Home Safety termasuk sistem penderiaan tanpa wayar yang merangkumi penderia digital dan penderia sentuhan yang memanfaatkan Wi-Fi dan teknologi Thread untuk mengesan pergerakan tanpa memerlukan peranti dalam setiap bilik.
  • Hasil daripada teknologi Thread, sistem penderiaan tanpa wayar pintar tidak memerlukan hab. Hanya satu peranti diperlukan untuk berada dalam jangkauan Wi-Fi bagi mencipta rangkaian penderiaan jejaring yang tidak dihalang oleh titik buta dan melepasi dinding untuk liputan penuh rumah anda
  • Menggabungkan teknologi ini dengan kamera Philips Home Safety BAHARU dapat meningkatkan ketepatan keseluruhan sistem, mengupayakan kebolehcapaian 24/7 kepada aplikasi Philips Home Safety dan membolehkan anda bertindak balas dengan percakapan dua hala atau siren jika berlaku kecemasan.

AMSTERDAM, 12 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Versuni, pusat kepada beberapa jenama peralatan domestik yang paling terkenal di dunia, mengumumkan pelancaran siri Philips Home Safety 5000 – rangkaian peralatan keselamatan rumah yang dikhususkan untuk memastikan insan tersayang berasa selamat dan tenang di rumah, tanpa mengira di mana anda berada. Rangkaian ini termasuk kamera 360° dalaman, kamera lampu sorot tanpa wayar, loceng pintu video tanpa wayar dan palam penderia pergerakan yang membawakan gabungan Wi-Fi dan teknologi penderiaan thread pertama di dunia. Siri 5000 menggabungkan dengan lancar kecemerlangan kejuruteraan dengan reka bentuk estetik yang boleh didapati dalam warna kelabu cerah atau gelap untuk menjadi bahagian penting di rumah anda.

Kamera 360° Dalaman: Kejelasan 2K, pengesanan pergerakan dan pengatup privasi untuk ketenangan minda sepenuhnya.
Kamera 360° Dalaman: Kejelasan 2K, pengesanan pergerakan dan pengatup privasi untuk ketenangan minda sepenuhnya.

 

Kamera Lampu Sorot Tanpa Wayar: Persediaan mudah, reka bentuk kalis cuaca untuk kegunaan luar dan lampu sorot berkuasa yang diaktifkan oleh pergerakan untuk keselamatan terbaik siang dan malam.
Kamera Lampu Sorot Tanpa Wayar: Persediaan mudah, reka bentuk kalis cuaca untuk kegunaan luar dan lampu sorot berkuasa yang diaktifkan oleh pergerakan untuk keselamatan terbaik siang dan malam.

 

Loceng Pintu Video Tanpa Wayar: Kejelasan 2K, pandangan sudut luas dan persediaan mudah dengan bateri atau pendawaian loceng pintu sedia ada.
Loceng Pintu Video Tanpa Wayar: Kejelasan 2K, pandangan sudut luas dan persediaan mudah dengan bateri atau pendawaian loceng pintu sedia ada.

 

Sistem Penderiaan Tanpa Wayar: Reka bentuk tidak menonjol, persediaan mudah dan palam pintar turut berfungsi sebagai penderia pintu.
Sistem Penderiaan Tanpa Wayar: Reka bentuk tidak menonjol, persediaan mudah dan palam pintar turut berfungsi sebagai penderia pintu.

 

Rangkaian Keselamatan Rumah Lengkap: Liputan 360°, perlindungan lampu sorot, pemantauan pintu lancar dan sistem penderiaan.
Rangkaian Keselamatan Rumah Lengkap: Liputan 360°, perlindungan lampu sorot, pemantauan pintu lancar dan sistem penderiaan.

Penderiaan Tanpa Wayar tanpa sebarang titik buta

Siri Philips Home Safety 5000 merupakan rangkaian keselamatan rumah pertama di dunia yang menampilkan penderia pergerakan bukan garis penglihatan yang mengesan kehadiran tanpa dihalang oleh titik buta atau gangguan daripada dinding atau objek-objek lain hasil daripada gabungan Wi-Fi dan teknologi penderiaan thread. Thread ialah standard tanpa wayar yang membolehkan peranti rumah pintar berfungsi bersama-sama melalui rangkaian jejaring tanpa memerlukan hab atau perkhidmatan pihak ketiga.

Penderia pergerakan yang canggih ini - dibangunkan oleh Versuni dengan kerjasama syarikat Kecerdasan Buatan Pelbagai Benda ('AIoT') nami – dapat mengesan pergerakan dengan andal di rumah pada masa sebenar tanpa memerlukan kamera di setiap bilik. Teknologi penderiaan pintar, dikuasakan oleh algoritma pembelajaran mesin, dapat menapis bot vakum dan haiwan peliharaan, selain mengesan kehadiran manusia. Tidak seperti penderia pergerakan PIR tradisional, ia kebal terhadap impak suhu tinggi atau sinaran cahaya matahari.

Persediaan Segera, Andal dan akses 24-jam

Kamera, loceng pintu dan penderia Philips Home Safety tidak memerlukan hab, lantas menjadikannya mudah dan cepat dipasang. Perisian penderiaan pergerakan digital dibenamkan dalam palam pintar untuk gangguan dan keterlihatan minimum, satu pek dengan tiga penderia dan penderia pintu yang dapat mewujudkan zon sehingga 1,500 kaki persegi yang dapat diperluaskan dengan menambah lebih banyak penderia atau zon tambahan.

Aplikasi Philips Home Safety khusus memberikan kawalan dan pandangan 24/7 kepada pengguna terhadap keselamatan rumah mereka dari mana-mana sahaja. Hasil daripada keupayaan dwi storan, kamera dan loceng pintu merakam secara setempat ke kad SD dan juga boleh menyandarkan kandungan ke awan. Sekiranya Wi-Fi terputus, peranti rumah pintar akan terus merakam secara setempat. Penyulitan hujung-ke-hujung dengan standard yang sama seperti yang dipercayai oleh bank menjamin penyimpanan rakaman yang selamat.

Boleh Didapati mulai Mac 2024

Siri Philips Home Safety 5000 dijangka dilancarkan dalam Mac 2024 di Singapura, Arab Saudi dan India, dengan negara-negara tambahan akan disusuli sepanjang tahun 2024. Rangkaian keselamatan rumah baharu ini mengikuti kejayaan pelancaran Siri Philips Home Safety 3000 di India tahun lalu.

Faedah-faedah utama Siri Philips Home Safety 5000:

  1. Kawalan 24/7 dengan aplikasi Philips Home Safety: Periksa keselamatan rumah anda dengan pantas dan mudah di mana-mana anda berada dan bila-bila masa anda mahu. Dapatkan pemberitahuan peristiwa dan bertindak balas dengan mencetuskan siren terbina dalam atau percakapan dua hala. Tiada langganan mandatori diperlukan.
  2. Dwistoran bermakna tiada apa yang terlepas: Kamera dan loceng pintu Siri 5000 merakam secara setempat ke kad SD, serta mempunyai pilihan untuk membuat sandaran ke awan. Sekiranya Wi-Fi terputus, peranti ini terus merakam secara setempat. Sekiranya sesiapa sahaja mengambil kamera dengan penggera pengubah, telefon anda akan dimaklumkan dan siren dicetuskan sekiranya ia mengesan apa-apa sahaja yang tidak diingini.
  3. Privasi dijamin: Keselamatan dan privasi anda dijamin hasil daripada penyulitan hujung-ke-hujung yang dipercayai oleh bank dan pengecaman biometrik untuk menghalang akses tanpa kebenaran kepada aplikasi anda. Selain itu, di dalam bilik yang tiada kamera, anda masih mendapat kesedaran dengan privasi dikekalkan melalui teknologi penderiaan.
  4. Ekosistem tanpa hab unik/ penyelesaian persediaan mudah: Nikmati persediaan tanpa hab intuitif dalam masa kurang daripada dua minit, menjadikan keselamatan mudah dan segera.
  5. Ekosistem berkuasa-AI komprehensif: Terima pelbagai peranti yang dapat berkembang bersama keluarga anda—kesemuanya dikuasakan oleh AI untuk membezakan antara haiwan peliharaan, manusia dan banyak lagi, demi ketepatan dan kerelevanan.
  6. Teknologi penderiaan pergerakan tanpa wayar: Tingkatkan keselamatan rumah anda untuk liputan seluruh rumah dengan pengesanan pergerakan tidak mengganggu, namun tiada titik buta.
  7. Kualiti dan Reka Bentuk Dipercayai Philips: Siri 5000 menggabungkan kecemerlangan kejuruteraan dengan reka bentuk estetik dengan lancar, bagi menjadi bahagian yang penting di rumah anda.

Portfolio Siri Philips Home Safety 5000:

Siri ini menyediakan kepada anda peralatan yang paling intuitif dan serba boleh untuk menampung kesemua keperluan anda:

- Kamera 360° Dalaman: Lihat waktu siang dan malam 360° penuh, dengan kejelasan 2K dan penglihatan waktu malam dipertingkat. Sorot dan condong, berserta pengesanan pengerakan. Kawal apa yang anda tidak nampak dengan pengatup privasi fizikal untuk ketenangan minda tambahan.

Kamera Lampu Sorot Tanpa Wayar: Persediaan mudah, ketenangan minda serta-merta. Tanpa pendawaian, letakkannya di mana-mana sahaja di dalam atau di luar rumah hasil daripada bateri boleh dicas semula & reka bentuk kalis cuaca sepenuhnya. Gandingkan dengan panel solar dan anda tidak perlu mengecas. Lampu sorot berkuasa yang diaktifikan oleh pergerakan menjadikan waktu malam cerah.

Loceng Pintu Video Tanpa Wayar: Disediakan dalam beberapa minit menggunakan bateri terbina dalam atau pendawaian loceng pintu sedia ada untuk kuasa berterusan. Dapat melihat lebih banyak apa yang ada di depan pintu anda siang dan malam dengan kejelasan 2K, penglihatan malam dipertingkat dan pandangan 160° sudut luas.

- Sistem Penderiaan Tanpa Wayar: Reka bentuk tidak menonjol yang memberi 100% keyakinan tanpa titik buta. Mudah disediakan hasil daripada bestari tetapan pintar untuk meletakkan tiga Palam Penderiaan Tanpa Wayar di tempat-tempat paling optimum di sekeliling rumah anda bagi mencipta zon penderiaan. Penderia pintar memantau titik masuk utama. Hab tidak diperlukan. Palam penderia turut berfungsi sebagai palam pintar.

Latar Belakang Versuni:

Matlamat Versuni adalah untuk menukar rumah menjadi kediaman. Syarikat ini percaya bahawa kediaman adalah lebih daripada sebuah rumah. Dengan lebih daripada 900 paten atas namanya, portfolio Versuni mencakupi peralatan kopi dan dapur, penjagaan pakaian, penjagaan iklim dan penjagaan lantai. Produk-produk di bawah jenama Philips termasuk Philips Airfryer, Mesin Espreso dengan LatteGo, Penjana Wap PerfectCare dan Vakum Tanpa Wayar Air dan AquaTrio. Jenama-jenama lain yang dipasarkan oleh Versuni: Saeco, Gaggia, Preethi, Philips Walita, Senseo dan L'OR Barista. Versuni beribu pejabat di Amsterdam, Belanda dan mempunyai pusat inovasi, pembuatan dan komersial di seluruh dunia, dengan jejak di lebih 100 negara. Rangkaian produknya yang berjaya mencerminkan komitmen syarikat ini kepada amalan terbaik kelestarian. Versuni dahulunya dikenali sebagai Philips Domestic Appliances.

Latar Belakang nami  

nami membangunkan infrastruktur penderiaan berasaskan perisian untuk rumah responsif dan bangunan pintar, menyelesaikan masalah untuk pemain dari segi sekuriti, keselamatan, automasi PropTech (Teknologi Hartanah), pengoptimuman tenaga, ageTech (Teknologi senior) dan kesejahteraan. nami mengendalikan platform penderiaan-silang, menggabungkan rangkaian jejaring pengupaya penderiaan aktiviti manusia RF+AI dan kluster penderia persekitaran.

Menjadi misi nami untuk menyediakan penderiaan bukan garis penglihatan DAN garis penglihatan, dengan persediaan pantas, penangkapan data yang tepat dan topologi yang mantap.

 

Source: Versuni
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics New products/services