LONDON, 17 Disember 2025 /PRNewswire / -- Pendidikan multinasional GEDU Global Education yang berpangkalan di UK telah menandatangani perjanjian dengan Institut untuk Latihan dan Penyelidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNITAR), yang secara rasmi komited untuk mengendalikan satu daripada 32 pusat latihan antarabangsa institut tersebut yang terletak di seluruh dunia.
Misi pusat latihan berkenaan ialah menyediakan program pembinaan kapasiti yang menyokong pencapaian 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang diterima guna oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015. Perjanjian itu ditandatangani semasa sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Tahunan Rangkaian Global CIFAL XXII yang berlangsung di London dari 9 hingga 11 Disember, menghimpunkan lebih 70 perwakilan dari lebih 30 negara. CIFAL ialah pusat yang khusus dalam menyediakan latihan profesional untuk pegawai kerajaan dan wakil masyarakat awam. Nama pusat itu ialah akronim dalam bahasa Perancis yang bermaksud Centre International de Formation des Autorites et Leaders.
Sepanjang minggu ini, perwakilan secara rasmi mengkaji semula prestasi Rangkaian ini yang melatih lebih daripada 161,000 benefisiari pada tahun 2025 dan juga menerima guna strategi pembinaan kapasiti yang menyeluruh untuk mempercepat pencapaian SDG dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Dalam rangka kerja ini, GEDU menerbitkan Laporan Kelestarian sulung organisasi itu bersama Menteri AI dan Keselamatan Dalam Talian UK, Kanishka Narayan, semasa acara yang dianjurkan di Parlimen oleh Baroness Verma. Laporan berkenaan memperinci kerja yang sedang dilakukan di seluruh kumpulan oleh semua institusi organisasi tersebut bagi menyokong Agenda untuk Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan SDG organisasi itu.
Ketua Pegawai Eksekutif GEDU Group, Dr Vishwajeet Rana berkata bahawa ini ialah perjanjian yang penting.
"Kerjasama ini bermakna kami boleh meneruskan usaha kelestarian kami secara berganding bahu dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNITAR dan semua pusat CIFAL di seluruh dunia.
Pada minggu lepas di London, kami telah mengenal pasti bidang untuk kerjasama bagi tahun 2026, memandangkan sejauh mana UN 2.0 dan Pakatan untuk Masa Depan (Pact for the Future) akan membentuk agenda pembangunan PBB ke arah tahun 2030, di samping bersetuju dengan sasaran tertentu dan cara untuk mencapainya."
Dr. Rana juga menyebut Laporan Kelestarian GEDU yang diterbitkan bersama Menteri AI dan Keselamatan Dalam Talian UK.
"Laporan berkenaan membentangkan usaha yang sedang dilakukan oleh 16 institusi kami untuk menangani semua SDG, termasuk SDG yang telah menerima guna secara khusus dan akan menerajui secara global untuk GEDU. Ini menggariskan cita-cita kami untuk tahun 2026 dan seterusnya".
Beliau juga menambah "Sumbangan GEDU kepada UNITAR juga bersifat global - ini tidak terhad kepada London sahaja. Bersama institusi di 16 negara - dari Toronto dan Tampa di Amerika, di seluruh Eropah dan Timur Tengah, serta India, ke Brisbane di Asia Pasifik - kami boleh membawa perspektif dan memberikan impak global."
Alex Mejia, Pengarah Bahagian Pembangunan Orang Ramai dan Sosial UNITAR, juga sebagai Ketua Rangkaian Global CIFAL, berkata "Perjanjian strategik dengan GEDU ini ialah kunci untuk membina kapasiti yang diperlukan bagi menyampaikan 17 Matlamat Pembangunan Mampan PBB".
Beliau menambah "Sebahagian besar Pusat CIFAL kami dianjurkan di universiti, sekali gus menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh pendidikan tinggi dalam usaha ini dan komitmen kami untuk meneruskan kerjasama dengan institusi yang sehaluan.
Beliau menambah "Dengan CIFAL London yang dikendalikan oleh organisasi berprestij seperti GEDU akan memudahkan usaha kami membantu 200,000 benefisiari pada tahun depan. Operasi rangkaian itu merentasi beberapa benua dan skop global yang benar-benar memberikan keyakinan luar biasa kepada saya tentang perkara yang boleh kita capai bersama dalam masa terdekat."
Maklumat Tentang GEDU:
GEDU Global Education (GEDU) mengubah kehidupan melalui pendidikan dan menjadikan perubahan asas kepada taraf hidup dan akses kepada pembelajaran pada peringkat global. Kami beroperasi di 16 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Sepanyol, Malta, UAE, India, Arab Saudi, Australia, Ireland dan Kanada.
Kami menawarkan pelbagai peluang pendidikan— daripada K12 sehingga Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana, Ph.D., DBA, serta perantisan dan sekolah bahasa. Portfolio kami mempunyai lebih 80,000 pelajar, merangkumi pelbagai subjek dan dicirikan mengikut tumpuan mendalam terhadap kebolehpasaran dan pengalaman pelajar untuk memaksimumkan pulangan pelaburan untuk pelajar. Pendidikan bersifat transformatif dan perkara ini yang mendorong kami.