omniture

Digital Realty melancarkan pusat data MAA10 di Chennai, menetapkan standard baharu untuk industri pusat data India

Digital Realty
2024-01-14 05:28 84

Pusat data tercanggih untuk menyokong perjalanan transformasi digital India yang siap sedia dengan infrastruktur berdensiti tinggi dengan ketersambungan yang lancar kepada komuniti bersambung data merentasi India dan seluruh dunia.

SINGAPORE, 14 Jan. 2024 /PRNewswire/ -- Digital Realty (NYSE: DLR), penyedia pusat data, penyelesaian kolokasi dan saling sambungan terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran pusat datanya yang pertama di India, di kampus berkeluasan 10 ekar yang berupaya untuk menyokong kapasiti muatan IT kritikal sehingga 100 megawat yang berada di pusat hab industri dan pengilangan Chennai. Ini adalah tambahan penting kepada platform pusat data global syarikat kerana ia diperluaskan untuk memenuhi keperluan transformasi digital dalam pasaran utama di seluruh dunia.

(L-R) M. Balachandran, Mentor & President RIL; Greg Wright, Chief Investment Officer, Digital Realty; Serene Nah, Managing Director & Head of Asia Pacific, Digital Realty; Dr. Palanivel Thiagarajan, Hon’ble Minister of Information Technology and Digital Services of Tamil Nadu; Udhay Mathialagan, Managing Director, Infrastructure and Global CEO Data centers, Brookfield; CB Velayuthan, CEO, Digital Connexion
(L-R) M. Balachandran, Mentor & President RIL; Greg Wright, Chief Investment Officer, Digital Realty; Serene Nah, Managing Director & Head of Asia Pacific, Digital Realty; Dr. Palanivel Thiagarajan, Hon’ble Minister of Information Technology and Digital Services of Tamil Nadu; Udhay Mathialagan, Managing Director, Infrastructure and Global CEO Data centers, Brookfield; CB Velayuthan, CEO, Digital Connexion

India diramalkan akan memintas Jepun dan Jerman untuk menjadi ekonomi ketiga terbesar dunia menjelang 2027, dan skala dan kuantum data yang dijana daripada pertumbuhan ini dijangkakan akan memacu lonjakan permintaan untuk infrastruktur pusat data berkualiti di seluruh negara.

Kampus ini ialah sebahagian daripada strategi Digital Realty untuk menyediakan infrastruktur digital bersambung tercanggih untuk menangani keperluan pelanggan yang pelbagai dan membantu mereka memahami teknologi baharu dan cabaran perniagaan dan peraturan yang berkaitan dengan inisiatif transformasi digital di India. Ia dibangunkan oleh Digital Connexion: Syarikat Digital Realty dan Jio, Brookfield, usaha sama tiga hala Digital Realty di India dengan Brookfield Asset Management and Reliance Industries Limited.

MAA10 ialah fasa pertama kampus berkeupayaan 100MW dan akan menawarkan 20MW muatan IT. Ia menampilkan reka bentuk infrastruktur modular, membolehkan pelanggan menskalakan infrastruktur jika perlu untuk memenuhi tuntutan beban kerja yang pelbagai, daripada kabinet tunggal hingga keperluan multimegawat. Fasiliti ini siap sedia untuk menyokong teknologi baru muncul, termasuk kecerdasan buatan, menawarkan konfigurasi standard dan khusus untuk memenuhi keperluan kuasa berdensiti tinggi (sehingga 70 kilowat setiap rak), infrastruktur penyejuk yang sesuai dan permintaan saling ketersambungan beban kerja AI.

Saling ketersambungan yang mendalam ialah kunci untuk membolehkan pertukaran data yang diperlukan untuk memberikan wawasan perniagaan dalam masa nyata. MAA10 memanfaatkan ekosistem ketersambungan dan digital Jio yang besar dan perhubungan perusahaan yang mantap untuk memberikan ketersambungan yang lancar di seluruh India. Fasiliti ini juga merupakan tambahan penting kepada PlatformDIGITAL®, platform pusat data global Digital Realty, yang mengehoskan komuniti pelanggan, rakan kongsi, awan dan penyedia perkhidmatan rangkaian yang kaya pada jejak 300+ fasiliti di 50+ metro merentasi 25+ negara di 6 benua. Pusat data ini juga akan berkeupayaan ServiceFabric™-tahun ini, yang akan membolehkan pelanggan mengkonfigurasi dan mentauliahkan ketersambungan dengan cepat atas permintaan merentasi infrastruktur digital mereka untuk memenuhi keperluan mereka.

"Dengan penduduk sebanyak 1.4 bilion dan fokus yang semakin besar pada penyampaian perkhidmatan digital, India mewakili peluang pasaran utama untuk Digital Realty dan rakang kongsi serta pelanggan kami. Kami percaya infrastruktur pusat data generasi MAA10 seterusnya dan platform pusat data terbuka global bersambung Digital Realty menyediakan tonggak asas yang diperlukan oleh pelanggan kami untuk berinovasi dan meneroka pasaran yang berkembang maju ini. Kami tidak sabar untuk membantu pelanggan kami mempercepatkan pencapaian cita-cita digital mereka," kata Serene Nah, Pengarah Urusan dan Ketua Asia Pasifik, Digital Realty.

Bersama aspirasi ini ialah komitmen untuk meminimumkan impak industri kepada alam sekitar. Prinsip kelestarian menjadi panduan reka bentuk MAA10 dan, pembinaan, dan akan kekal kritikal dalam amalan operasi, dengan fokus untuk memaksimumkan kecekapan tenaga dan air, dan memelihara sumber. Fasiliti ini juga berusaha untuk mengguna pakai sumber tenaga boleh perbaharui jika boleh, bermula dengan proses mendapatkan kuasa solar melalui panel solar atas bumbung di tapak. Ia juga mendapat manfaat daripada kepakaran tenaga boleh perbaharui Brookfield.

CB Velayuthan, CEO Digital Connexion berkata, "Kami teruja tentang pelancaran pusat data pertama kami di Chennai. Kampus 100MW di Ambattur ini sangat sesuai, dengan ketersediaan bekalan kuasa yang diperlukan, bilangan stesen pendaratan kabel kapal selam yang tinggi di kawasan setempat, dan aspirasi kerajaan negeri untuk menjadikan Chennai destinasi pusat data utama di India. Kami tidak sabar untuk menjadikan kampus ini destinasi pilihan bagi pelanggan, rakan kongsi, penyedia awan dan perkhidmatan yang berhasrat untuk melebarkan capaian mereka di India, bermula dengan MAA10, fasa pertama kampus tercanggih yang mudah diskalakan."

Perihal Digital Realty

Digital Realty menyatukan syarikat dan data dengan menyampaikan rangkaian pusat data, penyelesaian kolokasi dan saling sambung. PlatformDIGITAL®, platform pusat data global syarikat, memberikan kepada pelanggan tempat pertemuan data selamat dan metodologi penyelesaian Seni Bina Pusat Data Pervasif (PDx®) untuk menguasakan inovasi dan menguruskan cabaran Graviti Data dengan cekap. Digital Realty memberikan kepada pelanggannya akses kepada komuniti bersambung data yang penting bagi mereka dengan jejak pusat data global 300+ fasiliti di 50+ metro merentasi 25+ negara di enam benua. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Digital Realty, sila lawati digitalrealty.com atau ikut kami di LinkedIn dan X.

Untuk Maklumat Lanjut

Butiran Hubungan Media
Sinhuay Ho
Digital Realty
+65 8125 8380
shho@digitalrealty.com 

Amanda Sng / Eugene Wee
Arketip
+65 6603 9000
digitalrealty-sin@archetype.co 

Perhubungan Pelabur
Jordan Sadler / Jim Huseby
Digital Realty
+1 737 281 0101
InvestorRelations@digitalrealty.com

Kenyataan Safe Harbor

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan bersifat memandang ke hadapan yang berdasarkan jangkaan semasa, ramalan dan anggapan yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan berkaitan yang berbeza, termasuk kenyataan yang berkaitan dengan usahasama kami dengan Brookfield, peluang pasaran India, program kelestarian dan matlamat, jangkaan tentang pelan pembangunan dan operasi usahasama di India, jangkaan pertumbuhan dalam transformasi digital dan aturgerak serta manfaat PlatformDIGITAL®. Kenyataan kami yang bersifat memandang ke hadapan secara umumnya dikenalpasti dengan perkataan seperti "akan", "percaya", "jangka", "berhasrat", dan ekspresi yang serupa. Untuk senarai dan keterangan risiko dan ketidakpastian sedemikian, lihat laporan dan pemfailan lain oleh syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Syarikat menafikan sebarang niat atau obligasi untuk mengemas kini atau menyemak sebarang kenyataan bersifat memandang ke hadapan, sama ada akibat daripada maklumat baharu, kejadian masa hadapan atau sebaliknya.

Digital Realty's latest data center, MAA10 in Chennai, India
Digital Realty's latest data center, MAA10 in Chennai, India

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2317279/MAA10_launch_group_shot.jpg?p=medium600 
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2317280/DJI_0132.jpg?p=medium600

Source: Digital Realty
Related Stocks:
NYSE:DLR
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Corporate Expansion Cloud Computing / Internet of Things