omniture

Pertandingan Dalam Talian Taijiquan China-ASEAN 2023 Mewakili Kerjasama Lebih Erat antara China dan ASEAN

haiwainet.cn
2024-01-15 08:42 45

BEIJING, 15 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Ini merupakan laporan daripada haiwainet.cn: Pertandingan Dalam Talian Taijiquan China-ASEAN 2023 dihoskan oleh Persatuan Wushu China, dianjurkan oleh China Interactive Sports Technology Invention Co., Ltd. dan disokong oleh Wushu Federation of ASEAN-China telahpun berakhir baru-baru ini. Kejayaan mengadakan pertandingan ini mewakili kerjasama yang lebih erat antara China dan ASEAN, seterusnya meningkatkan pertukaran sesama rakyat antara kedua-dua pihak.

Pertandingan ini menggamit perhatian daripada peminat Wushu luar negara, dengan 2,259 peserta dari 8 negara menyerahkan 3,864 video bagi tujuan penyertaan. Kira-kira 0.89 juta warganet mengunjungi laman web rasmi yang mendapat lebih daripada 5.77 juta tontonan. Pertandingan Dalam Talian Taijiquan China-ASEAN 2023 menetapkan rutin wajib dan tradisional, dengan sejumlah 380 kategori dalam 19 item kecil dan 7,728 anugerah domestik dan luar negara dipilih. Hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga dipilih mengikut keputusan pengundian dalam talian dan keputusan pengadilan luar talian, yang mana peserta yang mendapat undian terbanyak akan dianugerahkan "Viewer's Choice" ("Pilihan Penonton").

Video yang dimuat naik untuk pertandingan ini menarik perhatian yang luas dalam kalangan peminat Wushu seluruh dunia. Video-video ini mendapat lebih daripada 500,000 tontonan pada YouTube. Penonton dari Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura, Myanmar dan negara-negara lain menyatakan sokongan mereka kepada peserta dalam bahagian komen.

Seperti pepatah Cina lama yang berbunyi, "Teman rapat di kejauhan membuatkan jarak terasa dekat." Taijiquan, sebagai genre tradisional Wushu Cina, turut mempunyai pengaruhi mendalam di negara-negara ASEAN. Kejayaan mengadakan pertandingan ini bukan sahaja mendekatkan jarak antara China dan ASEAN, bahkan turut menyediakan platform untuk orang ramai berkomunikasi dan mempromosikan Taijiquan.

Menurut Persatuan Wushu China, pihak penganjur bagi pertandingan ini, Pertandingan Dalam Talian Taijiquan China-ASEAN telahpun diadakan selama dua tahun berturut-turut sejak tahun 2021. 

Source: haiwainet.cn
Keywords: Art Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Social Media Sports