omniture

Kumpulan K-R&B Hip Hop Rookie 'NOMAD' Pralancar Video Lirik Trek EP Pertama Dihasilkan oleh Penerbit Global Menjelang Keluaran Sulung Bulan Februari

NOMAD Entertainment
2024-01-15 10:27 177

SEOUL, Korea Selatan, 15 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Berikutan prapelancaran video persembahan 'LIGHTS ON' trek EP pertama NOMAD yang disediakan sejak 2 tahun lalu (12/27), NOMAD Entertainment membuat prapelancaran Video Lirik 'Eye 2 eye' (01/12) melalui saluran YouTube rasmi mereka (NOMAD_entofficial). 'Eye 2 eye' ialah sebuah lagu yang mengandungi bisikan kata yang romantis 'Mari bercinta selama-lamanya seperti saat pertama kali bertemu' untuk kekasih yang dicintai.

NOMAD (Need Our Microphone And Dances), sebuah kumpulan yang terdiri daripada 5 anggota (DOY, SANGHA, ONE, RIVR, JUNHO), bertujuan untuk menyampaikan spektrum muzik yang luas kepada peminat mereka dengan keyakinan mereka untuk 'Membawakan mikrofon untuk benar-benar menikmati tarian dan pementasan.'

Bagi mencapai tujuan tersebut, 2 jenis album EP pertama A dan B mengandungi sejumlah 7 buah lagu dihasilkan. Mereka akan membuat prapelancaran 4 buah lagu, masing-masing 'Lights on', 'Eye 2 eye', 'Automatic', 'Oasis' sebelum keluaran sulung rasmi mereka. Dua trek berjudul 'California love', 'No pressure' dan sebuah lagu 'Let me love you' akan dilancarkan menerusi keluaran sulung mereka.

DOY khususnya, ketua bagi kumpulan ini, mengambil bahagian dalam penghasilan semua trek yang mengkonsepsikan album mereka dengan keberanian dan keyakinan NOMAD.

Di samping itu, beberapa penerbit terkenal global mengambil bahagian dalam penghasilan album EP pertama ini. DK, yang dahulunya menghasilkan pelbagai lagu K-POP bersama EXO, BoA, Seventeen, NCT dan ramai lagi, merupakan penerbit umum. Jayrah Gibson, yang pernah bekerjasama dengan Chris Brown, Usher, Ty Dolla $ign, BTS, EXO, Jay Park, Dean dan Chacha Malone, yang menghasilkan lagu-lagu yang sangat terkenal seperti 'JOAH', 'All I wanna do' daripada Jay Park dan sebagainya, serta Damon Sharpe, yang terkenal sebagai penerbit Jennifer Lopez, Ariana Grande, Pitbull, menyampaikan lagu-lagu terbaik kepada Kumpulan Rookie NOMAD.

Menurut agensi ini, "Penerbit-penerbit yang terkenal di dunia dengan sukacitanya mengambil bahagian dalam penghasilan album ini demi kejayaan K-POP Rookie yang mempunyai peluang dan menerusi keyakinan muzik ini, NOMAD ingin mencetuskan gelombang baharu dalam bidang K-POP."

Lihat lebih banyak foto kumpulan di: https://drive.google.com/drive/folders/1DbU0Kd3fzc4YFe0HIEQuPu-WMl8HHki_

Source: NOMAD Entertainment
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music New products/services