omniture

Tobii lancar platform awan UX Explore, menjadikan kajian UX mudah alih berasaskan penjejakan mata lebih berskala

Tobii
2024-01-15 12:00 46

TAIPEI, 15 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Produk yang terkini daripada Tobii, UX Explore, memperkasa penyelidik pengalaman pengguna (UX) untuk memanfaatkan kuasa penjejakan mata dan mengukur perhatian pengguna dengan hanya menggunakan telefon pintar. Platform berasaskan perisian yang baharu ini menggunakan algoritma penjejakan mata pembelajaran mendalam dan membolehkan kajian dijalankan dari jauh, mengakses pengguna dalam persekitaran semula jadi mereka.

 

Aplikasi mudah alih merupakan kaedah dominan untuk menyampaikan perisian, mempunyai lebih 255 bilion muat turun dalam tahun 2022[1] dan berjuta-juta aplikasi baharu dibangunkan setiap tahun.[2] Tobii UX Explore merupakan pengubah keadaan untuk pereka dan pembangun yang mencari akses berkesan kos kepada penyelidikan UX penjejakan mata bagi meningkatkan kebolehgunaan aplikasi mereka pada peringkat awal proses reka bentuk dan menyampaikan nilai pelanggan yang lebih tinggi.

"Dalam ekonomi kita yang mengutamakan mudah alih, menyampaikan aplikasi yang berkualiti tinggi penting untuk syarikat-syarikat bagi menggembirakan pelanggan mereka," kata Ali Farokhian, Naib Presiden Perusahaan di Tobii. "Pandangan pengguna berasaskan penjejakan mata merupakan antara alat yang paling berkuasa yang tersedia untuk memahami kebolehgunaan secara mendalam. Namun begitu, dari segi sejarah, ia dihadkan kepada organisasi-organisasi yang dibiayai dengan baik. Walau bagaimanapun, dengan UX Explore, kami menjadikannya boleh diakses dan boleh diskala. Kami yakin bahawa pelanggan akan turut mengiktiraf nilai yang dibawakan oleh produk baharu kami, meningkatkan kecekapan pasukan mereka dengan visualisasi data segera setelah kajian selesai."

Platform awan UX Explore Tobii menawarkan kepada komuniti UX dengan pandangan yang cepat dan mudah difahami mengenai pengalaman pengguna dengan menyediakan akses kepada perspektif diri pertama. Ia membolehkan penyelidik memahami tentang tingkah laku serta perhatian pengguna di seluruh dunia, seterusnya membolehkan pembuatan keputusan yang lebih cepat dan lebih bijak. Dengan memperkemas proses ujian, platform mudah alih ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan kos, bagi memastikan sumber digunakan dengan berkesan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tobii UX Explore, sila kunjungi https://www.tobii.com/products/software/remote-testing-software/tobii-ux-explore 

[1] Data daripada Statista.

[2] Data daripada laporan Data.AI State of Mobile 2022.

Latar Belakang Tobii 

Tobii ialah peneraju global bagi penjejakan mata dan perintis pengkomputeran perhatian. Kami mempunyai misi untuk menambah baik dunia dengan teknologi yang memahami perhatian dan niat manusia. Mencipta teknologi demi masa depan yang lebih baik, teknologi dan penyelesaian kami terpakai untuk bidang-bidang seperti kajian dan penyelidikan tingkah laku, penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan, permainan, realiti lanjutan, automotif dan banyak lagi. Penjejakan mata Tobii digunakan oleh beribu-ribu perusahaan, universiti dan institut penyelidikan di seluruh dunia. Beribu pejabat di Sweden, Tobii disenaraikan pada Nasdaq Stockholm (TOBII). Untuk maklumat lanjut: www.tobii.com

Source: Tobii
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics New products/services Cloud Computing / Internet of Things