omniture

Kemin Industries Memperkenalkan Slogan Global Baharu: Compelled by Curiosity™

Kemin Industries
2024-01-15 14:00 49

Slogan baharu menggambarkan daya penggerak di sebalik visi syarikat untuk mentransformasikan kehidupan dan menyatukan nilai yang dikongsi bersama antara tenaga kerjanya dan pelanggan merentasi industri.

DES MOINES, Iowa, 15 Jan. 2024 /PRNewswire/ -- Kemin Industries, pengilang bahan global yang berusaha untuk mentransformasikan kualiti hidup sehari-hari secara lestari untuk 80 peratus daripada penduduk dunia dengan produk dan perkhidmatannya, memperkenalkan slogan global baharunya hari ini: Compelled by Curiosity™

Slogan ini akan digunakan di seluruh dunia untuk membantu menunjukkan sikap ingin tahu semula jadinya sebagai syarikat dan bagaimana ia mendorong syarikat untuk berinovasi, berkolaborasi dan meneroka kemungkinan yang tidak terhad. Berlandaskan asas sains yang kuat, Kemin menggunakan daya kreatif, yang digabungkan dengan data, untuk mencipta penyelesaian inovatif yang menangani keperluan masa hadapan. Semangat ingin tahu yang dikongsi bersama menyatukan tenaga kerja global syarikat dan terbukti dalam usaha Kemin untuk menambah baik kehidupan manusia, haiwan kesayangan, haiwan, tumbuhan dan planet.

"Compelled by Curiosity benar-benar menjiwai semangat Kemin: kami tenaga kerja yang pelbagai, yang menggerakkan fungsi, industri dan rantau, yang dipacu oleh sikap ingin tahu yang menyatukan kami, mendorong kami mencapai visi kami dalam mentransformasikan kehidupan di seluruh dunia," kata Dr. Chris Nelson, Presiden dan CEO, Kemin.  "Bahan Kemin terdapat dalam banyak produk yang digunakan setiap hari—daripada makanan yang kita ambil hingga bahan api yang menguasakan kenderaan kita. Kami dapat menerapkan penyelesaian sains kami dan menjadi contoh yang meningkatkan kualiti hidup untuk kita semua. Saya gembira kerana kami kini ada slogan yang berkongsi mesej ini dengan jelas sekali dengan pekerja kami, pelanggan dan komuniti."

Dicipta untuk meningkatkan identiti jenama Kemin dan menyatukan syarikat merentasi berbilang industri, slogan baharu ini mewakili sejarah Kemin dan aspirasi masa hadapannya. Sejak syarikat ini bermula pada tahun 1961, sikap ingin tahu telah menjadi keutamaan Kemin dan pengasasnya, R.W. dan Mary Nelson. Semangat mereka untuk memenuhi kehendak orang lain mendorong mereka untuk mencipta perasa makanan, bahan pengawet dan antioksidan untuk industri pertanian, dan mereka mencipta salah satu produk pertama Kemin dengan mencampurkan bahan dalam mesin pencuci di bangsal biri-biri bapa R.W.

Sekarang, lebih daripada enam dekad kemudian, sikap ingin tahu terus memacu Kemin ke hadapan dalam memenuhi kehendak pelanggan merentasi industri dan di lebih daripada 120 negara. Dengan jualan tahun melebihi USD$1 bilion, syarikat multinasional yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga ini menggunakan kepakarannya dalam sains molekular dan teknologi terasnya untuk menawarkan produk dengan manfaat fungsi yang meningkatkan kesihatan dan keselamatan orang, haiwan kesayangan, haiwan pengeluaran, tumbuhan dan planet.

"Sikap ingin tahu kami yang mendorong—dan memacu—kami ke hadapan untuk menemui jawapan kepada persoalan dunia dengan menggunakan sains dan semangat inovasi. Kami melihat di luar makmal untuk melihat dunia, untuk melihat lebih jauh—untuk melihat apa yang boleh berlaku," kata Nelson. "Secara ringkasnya, kami Didorong oleh Sikap Ingin Tahu (Compelled by Curiosity)."

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang slogan global baharu Kemin.

Perihal Kemin Industries

 Kemin Industries (www.kemin.com), pengilang ramuan global yang berusaha untuk mentransformasikan kualiti hidup sehari-hari secara lestari untuk 80 peratus daripada penduduk dunia dengan produk dan perkhidmatannya. Syarikat ini membekalkan lebih 500 ramuan khas untuk kesihatan dan nutrisi manusia dan haiwan, makanan haiwan kesayangan, akuakultur, nutraseutikal, teknologi makanan, teknologi tanaman, tekstil, biobahan api dan industri vaksin haiwan.

Selama lebih separuh abad, Kemin telah berdedikasi dalam menerapkan sains gunaan untuk menangani cabaran industri dan menawarkan penyelesaian produk kepada pelanggan di lebih 120 negara. Kemin menyediakan bahan untuk memenuhi keperluan makanan penduduk dunia yang semakin bertambah dengan komitmennya kepada kualiti, keterjaminan dan keberkesanan makanan, makanan haiwan, dan produk berkaitan kesihatan.

Ditubuhkan pada tahun 1961, Kemin ialah syarikat milikan persendirian, dimiliki dan dioperasi oleh keluarga dengan lebih 3,000 pekerja global dan operasi di 90 negara, termasuk fasiliti pengilangan di Belgium, Brazil, China, Mesir, India, Itali, San Marino, Singapura, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. 

Butiran Hubungan Media: 
Lauren M.G. Burt, Ketua Komunikasi Seluruh Dunia, +1 (515) 249-4219, lauren.burt@kemin.com

© Kemin Industries, Inc. dan kumpulan syarikatnya 2024. Semua hakcipta terpelihara. ® ™ Tanda dagangan Kemin Industries, Inc., U.S.A.
Kenyataan, pelabelan produk dan tuntutan tertentu mungkin berbeza mengikut geografi atau seperti yang dikehendaki oleh syarat kerajaan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/901853/Updated_Kemin_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Kemin Industries
Keywords: Agriculture Chemical Food/Beverages