omniture

Toys"R"Us Temui Semula Keriangan dalam Perjumpaan Perayaan

Toys"R"Us Asia
2024-01-16 15:32 15

Jenama mainan mentakrifkan semula sambutan perayaan dengan memperkenalkan masa bermain dengan mainan dan bengkel Miniverse dalam-kedai pertama Asia!

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Apabila zaman berubah, tradisi berkembang, begitu juga dengan erti di sebalik peristiwa seperti Festival Musim Bunga dan Hari Valentine. Ia bukan lagi hanya tentang berkongsi juadah; ia tentang mencipta kenangan yang berkekalan. Justeru itu, Toys"R"Us memperkenalkan inisiatif "We Time, Play Time" ("Masa Kita, Masa Bermain") untuk memberi inspirasi kepada keluarga dan rakan-rakan agar benar-benar menikmati perjumpaan mereka dengan menerapkan elemen kegembiraan daripada mainan.

"Mainan memiliki kuasa untuk mengeratkan ikatan dan mencipta kenangan terindah, sama ada dalam keluarga, rakan-rakan, malah rakan sekerja. Melalui kerja berpasukan, cabaran, ketawa, apatah lagi keseronokan yang tidak berkesudahan, mainan, seperti mainan berpapan, teka-teki, barang koleksi, malah permainan sukan, menyatukan semua. "We Time, Play Time" bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan pengalaman bermain ini dan menggalakkan orang ramai untuk mencipta masa berkualiti yang tidak ternilai semasa peristiwa yang paling penting," kata Carol Chua, Pengurus Besar Toys"R"Us Malaysia.

Waktu bersama, waktu bermain Budaya baru perjumpaan perayaan bersama mainan
Waktu bersama, waktu bermain Budaya baru perjumpaan perayaan bersama mainan

Toys"R"Us lancar bengkel Miniverse perintis di Asia

Sorotan utama inisiatif "We Time, Play Time" ialah pengaktifan Miniverse dalam-kedai yang mengujakan. Buat julung kalinya di Asia, kedai-kedai Toys"R"Us terpilih akan menawarkan bengkel Miniverse bebas bermain, bagi memberi peluang unik kepada peserta untuk menyerlahkan daya kreativiti mereka.

Bermula dari 16 Januari, para peserta, dalam kumpulan sehingga empat orang, boleh melibatkan diri-di sudut bertemakan Miniverse direka khas di dalam kedai di mana mereka duduk di reruai Make It Mini Diner Experience jenama ini dan mencipta produk mini mereka sendiri.

"Kami berasa gembira dapat terus mengukuhkan hubungan kami bersama Toys"R"Us di Asia untuk membawakan Miniverse Make It Mini Diner Experience MGA yang pertama seumpamanya kepada pengguna dalam lapan pasaran tepat pada masanya untuk sambutan cuti Tahun Baharu Cina," kata Isaac Larian, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, MGA Entertainment. "Pengalaman yang interaktif ini membolehkan pengunjung mencipta barang koleksi Miniverse MGA mereka sendiri untuk dibawa pulang dan melihat keseluruhan susunan koleksi yang tersedia dalam rangkaian ini."

Dengan tempat terhad tersedia berasaskan tiba dahulu, layan dahulu, tempah slot pada sistem tempahan kami dan jangan lepaskan peluang yang eksklusif ini untuk menyelami dunia Miniverse yang mempesonakan.

Latar Belakang Toys"R"Us Asia (Holding) Limited

Visi Toys"R"Us Asia adalah untuk merangsang imaginasi dan memberi ilham kepada generasi kita yang seterusnya melalui kuasa mainan dan bermain. Misi syarikat adalah untuk menjadi peneraju mainan yang dipercayai, menyediakan mainan terbaik dan memberi inspirasi kepada pengalaman bermain baik untuk kanak-kanak mahupun kidult (orang dewasa yang gemar bermain mainan).

Toys"R"Us Asia beribu pejabat di Hong Kong dan ketika ini mengendalikan kira-kira 470 gedung di seluruh Asia, termasuk tanah besar China, Jepun, Malaysia, Hong Kong, Singapura, Taiwan, Thailand dan Brunei – dan memberi lesen kepada lebih daripada 90 gedung di Filipina dan Macau. Selain daripada kedai bangunan fizikalnya, syarikat ini turut beroperasi melalui platform eDagang Asia yang terkemuka serta gedung dalam talian miliknya sendiri dalam setiap pasaran (www.toysrus.com.my).

Toys"R"Us dan Babies"R"Us menawarkan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa berkualiti yang dipilih dengan teliti, produk yang inovatif dan eksklusif, program kesetiaan yang menarik serta pengalaman bermain dalam-kedai yang interaktif dan imersif yang memberi inspirasi kepada pembelajaran pada setiap peringkat perkembangan kanak-kanak.

Toys"R"Us Asia (Holding) Limited ialah entiti undang-undang bebas yang beroperasi secara berasingan daripada semua syarikat kendalian semasa atau terdahulu Toys"R"Us yang lain di serata dunia.

Source: Toys"R"Us Asia
Keywords: Art Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys New products/services