omniture

ABC IMPACT SINGAPURA CAPAI PENUTUPAN PERTAMA DANA II DENGAN SOKONGAN DARIPADA PELABUR BAHARU

ABC Impact
2024-01-17 11:47 64
  • ABC Impact Fund II dilancarkan dalam Ogos 2023 dengan sokongan daripada pelabur baharu termasuk dana kekayaan berdaulat Asia Tenggara serta rakan kongsi sedia ada
  • AUM Dana II kini melebihi AS$550 juta, dengan penutupan akhir dijangkakan dalam tahun 2024
  • Dana I dilancarkan pada tahun 2019 dan melabur dalam 11 syarikat portfolio untuk membina rekod prestasi kukuh dengan hasil boleh diukur dan berasaskan bukti

SINGAPURA, 17 Januari 2024 /PRNewswire/ -- ABC Impact, firma ekuiti persendirian impak yang terkemuka di Asia, dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan penutupan pertama dana impak keduanya, ABC Impact Fund II. Dilancarkan dalam Ogos 2023, ABC Impact Fund II mendapat sokongan daripada pelabur baharu, khususnya dana kekayaan berdaulat Asia Tenggara. Dikukuhkan oleh rekod prestasi dana sulungnya, ABC Impact turut mendapat sokongan yang signifikan daripada rakan kongsi sedia ada, termasuk Temasek Trust, Temasek, SeaTown Holdings dan Mapletree Investments. Aset Bawah Pengurusan (AUM) Dana II kini melebihi AS$550 juta, dengan penutupan akhir dijangkakan dalam tahun 2024.

"Kami berasa gembira dapat mencapai penutupan pertama ABC Impact Fund II dengan sokongan padu daripada kedua-dua rakan kongsi baharu dan sedia ada kami. Kepentingan kukuh dalam Dana II ini merupakan pengesahan kepada strategi yang diterapkan dalam dana sulung kami. Dengan komitmen teguh kepada pelaburan impak yang berdisiplin dan berasaskan bukti, kami terdorong terutamanya oleh semangat pelabur baharu yang menyertai misi kami. Tatkala kami terus memacu perubahan yang bermakna melalui portfolio syarikat bertujuan kami, kami mengharapkan lebih ramai rakan kongsi yang sealiran menyertai kami," kata David Heng, Ketua Pegawai Eksekutif ABC Impact.

Ditubuhkan pada tahun 2019, misi utama ABC Impact adalah untuk menjana hasil sosial atau alam sekitar yang positif dan boleh diukur di Asia dan dalam masa yang sama memberi pulangan terlaras risiko yang menarik kepada pelabur. Dana sulung firma ini sebanyak AS$300 juta digunakan secara strategik dalam pelbagai sektor, termasuk keterangkuman kewangan dan digital, kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, penyelesaian iklim dan air serta makanan dan pertanian mampan. Hasil positif yang diperoleh sejak penubuhan memainkan peranan penting dalam menarik pelabur yang berminat untuk menyumbang kepada inisiatif pelaburan yang memberi impak dan mampan.

ABC Impact Fund I Menyampaikan Rekod Prestasi Kukuh dan Hasil berasaskan-Bukti

Sejak penubuhannya, ABC Impact Fund I telahpun melabur dalam 11 syarikat portfolio dan hampir digunakan sepenuhnya. Portfolio ini memperlihatkan syarikat-syarikat berpandukan-impak yang menangani cabaran alam sekitar dan masyarakat melalui penyelesaian yang inovatif. Pada tahun 2022, dana ini keluar dengan jayanya daripada Sunseap, sebuah syarikat solar berpangkalan di Singapura.

Dalam laporan impak terkininya yang dikeluarkan dalam Mac 2023, Dana ini mendedahkan hasil impak yang berikut:

  • 20.26 juta orang dibekalkan dengan perkhidmatan penting
  • 2.04 juta pesakit disediakan dengan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan
  • 7.78 juta pelajar diberikan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti secara digital
  • 31,747 pihak berkepentingan mendapat manfaat daripada perkhidmatan terapi autisme
  • 2.64 juta individu & mikro-perusahaan mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan
  • 7.76 juta petani di seluruh dunia mendapat akses kepada nasihat dan maklumat pertanian disesuaikan
  • 1.68 juta tan metrik emisi CO2 dielakkan
  • 42.6 bilion liter air dapat dijimatkan dengan mengelakkan pertanian ternakan

Komited Beri Impak kepada Standard  

Sebagai pelabur impak terkemuka yang memacu hasil untuk Asia, ABC Impact mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif industri impak yang diiktiraf di peringkat global. Pada tahun 2022, firma ini menjadi penandatangan bagi Prinsip-prinsip Operasi untuk Pengurusan Impak ("Prinsip-prinsip Impak"), komited kepada standard global untuk memberi impak kepada pelaburan. ABC Impact turut melibatkan BlueMark, sebuah syarikat Tideline, bagi pengesahan bebas terhadap amalan pengurusan impaknya yang sejajar dengan Prinsip-prinsip Impak. ABC Impact juga merupakan penandatangan bagi Prinsip-prinsip untuk Pelaburan Bertanggungjawab disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Pada tahun 2023, ABC Impact menerima Pensijilan B Corp™, mengesahkan komitmennya kepada amalan yang bertanggungjawab. Firma ini turut menyertai 2X Global, menyokong kesaksamaan jantina dan kepelbagaian di peringkat dana dan portfolio, dengan ABC Impact Fund I sejajar dengan kriteria 2X. Di samping itu, ABC Impact merupakan sebahagian daripada Inisiatif Penumpuan Data ESG, menyumbang kepada penciptaan set terpiawai metrik ESG dan mekanisme untuk laporan perbandingan antara syarikat-syarikat swasta.

Jangkaan Penutupan Dana 

ABC Impact Fund II dijangka mengadakan penutupan akhirnya pada tahun 2024, menandakan pencapaian penting untuk ABC Impact tatkala ia terus memajukan penyelesaian mampan dan memacu transformasi positif di Asia. Dana ini bersedia untuk meluaskan lagi inisiatif berpacukan impaknya di seluruh rantau ini.

ABC Impact tetap teguh menerusi dedikasinya untuk memajukan misinya, memanfaatkan kepakaran kolektif dan sumber daripada rakan kongsinya untuk memberi impak yang berkekalan dan positif ke atas komuniti dan alam sekitar.

Untuk pertanyaan:
Jeffrey Fang
jfang@eleven.com.sg

Latar Belakang ABC Impact 

ABC Impact ialah dana ekuiti persendirian yang beribu pejabat di Singapura dan berfokuskan Asia yang mengkhusus untuk memberi impak kepada pelaburan. Kami melabur dalam syarikat-syarikat yang memacu perubahan positif dengan menangani cabaran yang paling mendesak di dunia seperti perubahan iklim, kekurangan sumber dan ketaksamaan yang semakin mendalam. Tema pelaburan kami termasuk keterangkuman kewangan dan digital, kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, penyelesaian iklim dan air serta makanan dan pertanian mampan.

Kami percaya bahawa pelaburan dengan kanta impak menunjukkan kuasa positif modal persendirian dan dapat membantu memupuk syarikat-syarikat yang lebih inovatif dan bingkas yang memberikan faedah-faedah masyarakat dan alam sekitar. Kami merupakan pelabur yang berdisiplin dengan pendekatan penilaian impak yang ketat dan berasaskan bukti yang menyasarkan untuk menjana hasil sosial atau alam sekitar yang positif dan boleh diukur, berserta pulangan terlaras risiko yang menarik untuk pelabur kami.

Ditubuhkan pada tahun 2019, kami merupakan sebahagian daripada Temasek Trust Asset Management Pte Ltd, sebuah firma pengurusan aset global yang berpangkalan di Singapura. Pelabur-pelabur pengasas kami ialah Temasek Trust, Temasek, Pavilion Capital, Mapletree Investments, SeaTown Holdings, SP Group dan Sembcorp Industries.

ABC Impact merupakan penandatangan bagi Prinsip-prinsip Operasi untuk Pengurusan Impak dan Prinsip-prinsip untuk Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. ABC Impact menjadi B Corp™ Diperakui pada tahun 2023 dengan memenuhi standard tinggi prestasi, ketelusan & kebertanggungjawapan sosial & alam sekitar.

Laporan impak tahunan kami, "Shaping the Climate for Impact" ("Membentuk Iklim demi Impak"), boleh didapati di www.abcimpact.com.sg/impactreport2022 

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.abcimpact.com.sg

Source: ABC Impact
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Environmental Issues