omniture

Kaji Selidik Omi Paparkan Trend Baru dalam Janji Temu Terkini pada 2023

OMI APP
2024-01-17 17:00 41

KUALA LUMPUR, Malaysia dan SINGAPURA, 17 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Seiring kita menyambut tahun 2024, banyak generasi muda memilih untuk hidup bujang. Dalam usaha untuk memahami psikologi dan pilihan yang rumit bagi golongan bujang ini, Omi, aplikasi janji temu terkemuka di Asia Tenggara, menjalankan kaji selidik menyeluruh di kalangan populasi bujang di rantau ini. Walaupun terdapat permintaan yang tetap tinggi untuk aplikasi janji temu, perubahan halus dalam pilihan janji temu telah muncul, dipengaruhi oleh getaran ekonomi inflasi.


Tiada Lagi Topeng Muka!

Dalam dunia yang sangat mengutamakan kesan pertama, sama ada secara bersemuka atau dalam aplikasi janji temu, kaji selidik Omi mengungkap sebuah perspektif menarik. Lebih daripada 63% wanita mengakui menolak lelaki yang memakai topeng, dengan Nita dari Malaysia menyatakan, "Tiada sesiapa yang mahu janji temu dengan seseorang yang menyembunyikan mukanya. Ia memberi kesan kurang keyakinan dan ketulusan." Pasukan Omi menasihati pengguna untuk menyertakan gambar tanpa topeng sebagai gambar profil utama mereka. Rahsia untuk meninggalkan kesan yang kekal? Gambar perjalanan dengan senyuman, yang disokong oleh 64% pengguna wanita, muncul sebagai nilai tambah yang signifikan, membina hubungan yang tulus sejak awal.

Membeli-belah Barangan Makanan: Pendekatan Baru dalam Janji Temu

Pengaruh inflasi telah menanamkan kewaspadaan di kalangan pengguna, dengan 18% pengguna Omi menyatakan bahawa kemerosotan ekonomi telah mempengaruhi kemahuan mereka untuk terlibat dalam janji temu secara bersemuka. Pada masa yang sama, membeli-belah barangan makanan telah berkembang menjadi cara baru dan diterima untuk janji temu, khususnya di kalangan Generasi Z. Secara mengejutkan, 31% pengguna Omi dari Generasi Z lebih suka membeli-belah barangan makanan berbanding perjumpaan kopi tradisional (25%). Yuni, mahasiswi berusia 21 tahun dari Indonesia, berkata, "Saya suka mencari barangan diskaun di pasaraya bersama lelaki yang saya temui. Ini bukan sahaja cara untuk menjimatkan wang, namun cara yang lebih cepat untuk mencari topik perbualan." Membeli-belah barangan makanan terbukti menjadi cara alternatif yang mesra bajet berbanding perjumpaan kopi yang mahal, memberikan peluang untuk menyaksikan gaya hidup masing-masing secara langsung—suatu pengalaman yang di luar kebiasaan.

"Slow Dating": Mengutamakan Kualiti daripada Kuantiti

Generasi Z memilih untuk menghindari permainan janji temu, memilih pendekatan dengan maksud tertentu lewat konsep "slow dating", di mana kualiti diberi keutamaan berbanding kuantiti. Sebanyak 67% pengguna Omi menyatakan keinginan untuk hubungan yang bermakna, menandakan perubahan dari budaya janji temu yang lebih terfokus pada leretan. Walaupun Omi berasaskan pada paradigma leretan, pengguna kini melabur lebih banyak masa dalam meneroka profil secara menyeluruh melebihi leretan awal. Profil di Omi menunjukkan peningkatan sebanyak 30% dalam jumlah watak dan tag minat, menggambarkan peralihan menuju pengalaman janji temu yang lebih bermakna.

Jarak Dekat Penting!

Banyak pengguna Omi menekankan kecenderungan kuat untuk individu yang tinggal berdekatan, sejajar dengan pergeseran sosial yang lebih luas ke arah kelestarian. Keterangan profil pengguna yang berisi "jom berjumpa di tempat berdekatan" meningkat kepada 31% pada tahun 2023. Menurut data ini, pengguna memiliki kesedaran dalam alam sekitar dan keengganan untuk menempuh jarak jauh, secara aktif mencari kejiranan dalam usaha mereka untuk mencari hubungan yang bermakna dalam landskap berkencan pasca-pandemik pada tahun 2023.

Untuk media sahaja hubungi: Cik Sheryl Mok; contact@winktech.sg

Tentang Wink Tech Pte Ltd

Wink Tech menilai janji temu sebagai cara bergaya masa depan untuk berkenalan.

Misi kami adalah untuk membawa kepercayaan dan keceriaan kepada janji temu dalam talian, menjadikannya selamat dan menarik untuk semua dater. Dengan pengalaman profesional bertahun-tahun, kami memutuskan untuk membangunkan aplikasi janji temu terbaik untuk orang Asia dari hari pertama. Inilah asal usul Omi.

Tentang Aplikasi Omi

Omi merupakan rangkaian sosial yang membenarkan pengguna untuk janji temu dengan aman dan selamat. Sama ada anda mencari cinta sejati, janji temu, rakan perjalanan, rakan permainan papan, atau sekadar berbual, anda boleh sentiasa datang ke Omi untuk mencari kumpulan anda.

Source: OMI APP
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Social Media Telecommunications New products/services Survey, Polls & Research