omniture

Manulife Mengumumkan Cabaran Inovasi Kelanjutan Usia Global Baharu, dengan kerjasama UpLink daripada Forum Ekonomi Dunia

Manulife
2024-01-18 01:38 33

Kerjasama berbilang tahun akan menghasilkan syarikat permulaan global yang berusaha membentuk masa depan inovasi kelanjutan usia dan membina ekosistem yang membolehkan untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka

DAVOS, Switzerland, 18 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Manulife hari ini mengumumkan kerjasama berbilang tahun baharu mereka dengan UpLink, sebuah platform inovasi terbuka oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), yang direka khas untuk membantu membentuk masa depan dan pelaburan dalam inovasi kelanjutan usia.  Kerjasama selama tiga tahun ini akan merangkumi cabaran Inovasi Kelanjutan Usia Global yang dikuasakan oleh Manulife setiap tahun, dikendalikan oleh UpLink. Manulife juga akan menyokong usaha WEF yang lebih luas untuk menangani cabaran demografi dan kewangan penuaan global bagi membantu lebih ramai orang untuk hidup lebih lama, lebih sihat dan lebih baik.

"Di seluruh dunia, orang ramai hidup lebih lama, tetapi tidak semestinya lebih sihat," kata Roy Gori, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Manulife.  "Satu perlima daripada kehidupan seseorang, secara purata, kini dijangka akan dihabiskan dengan morbiditi atau dalam keadaan penyakit. Untuk menyelesaikan krisis kelanjutan usia ini akan memerlukan pendekatan menyeluruh bagi menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat, menangani ketidaksetaraan sosio-ekonomi serta melabur dalam penyelidikan dan teknologi baharu. Dengan bekerjasama di seluruh sektor dan dengan rakan kongsi seperti Forum Ekonomi Dunia, kita dapat memberi tumpuan kepada memacu ekonomi kelanjutan usia untuk masa depan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat." 

Cabaran UpLink yang dikuasakan oleh Manulife akan menyokong ekosistem inovator yang dapat membantu mempercepatkan penyelesaian dalam bidang kelanjutan usia yang difokuskan pada kewangan, kesihatan dan kesejahteraan. Yang penting sekali, program ini akan diaktifkan di seluruh ibu pejabat global Manulife di Kanada, Amerika Syarikat dan Asia, ketika syarikat ini berusaha untuk mendorong perubahan global melalui penyelesaian berasaskan tempat.

"Kerjasama ini akan memacu inovasi dalam ekosistem persaraan, menawarkan penyelesaian kewangan dan cadangan dasar bagi kehidupan yang berpanjangan yang lebih kukuh, adil dan lestari," kata Olivier Schwab, Pengarah Urusan, Forum Ekonomi Dunia. "Dengan menggabungkan kepakaran Manulife, komitmen UpLink untuk meningkatkan usahawan impak pada peringkat awal, dan kerja Pusat Sistem Kewangan dan Monetari Forum, inisiatif ini akan memainkan peranan penting dalam menggalakkan penuaan yang sihat dan peningkatan standard kehidupan di seluruh dunia."

Pelan pelaburan berbilang tahun ini adalah lanjutan daripada kerjasama Manulife pada tahun 2023 dengan UpLink WEF untuk menjalankan cabaran inovasi guna merangsang penyelesaian berasaskan alam semulajadi kepada perubahan iklim di dua kawasan utama. Yang pertama tertumpu pada mendapatkan penyelesaian inovatif di seluruh rantaian nilai hutan lestari, manakala yang kedua mendedahkan inovasi yang bertujuan meningkatkan hubungan antara kesihatan planet dan manusia. Secara keseluruhan, 21 syarikat permulaan ekoperniagaan yang menyediakan model berinovasi dan boleh diperluaskan untuk pengurusan hutan lestari dan banyak lagi telah dipilih sebagai pemenang cabaran.  Maklumat lanjut tentang program ini boleh didapati di sini.

Tentang Manulife

Manulife Financial Corporation ialah sebuah syarikat pembekal perkhidmatan kewangan antarabangsa utama yang membantu orang ramai membuat keputusan mereka dengan lebih mudah dan menjadikan kehidupan lebih baik untuk mereka. Dengan ibu pejabat global kami di Toronto, Kanada, kami menyediakan nasihat kewangan dan insurans, beroperasi sebagai Manulife di seluruh Kanada, Asia, dan Eropah, dan terutamanya sebagai John Hancock di Amerika Syarikat. Melalui Manulife Investment Management, jenama global untuk segmen Kekayaan Global and Pengurusan Aset kami, kami melayani individu, institusi, dan ahli rancangan persaraan di seluruh dunia. Pada akhir tahun 2022, kami mempunyai lebih daripada 40,000 orang pekerja, lebih daripada 116,000 orang ejen dan ribuan rakan pengedaran, berkhidmat untuk lebih daripada 34 juta orang pelanggan. 'MFC' ialah nama niaga syarikat di Bursa Saham Toronto, New York, dan Filipina dan di bawah '945' di Hong Kong.

Tidak semua tawaran tersedia di semua bidang kuasa. Untuk maklumat tambahan, sila lawati manulife.com. Untuk maklumat tambahan, sila layari manulife.com.

Tentang UpLink

UpLink ialah sebuah platform inovasi terbuka Forum Ekonomi Dunia yang direka khas untuk membuka laluan 'revolusi usahawan' bagi orang ramai dan syarikat-syarikat permulaan yang mempunyai penyelesaian inovatif bagi isu-isu paling mendesak di dunia, seperti yang dinyatakan dalam Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs).

Dilancarkan semasa Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2020 di Davos dengan kerjasama Deloitte dan Salesforce, UpLink mewujudkan hubungan antara usahawan dan pelabur, pakar-pakar dan rakan kongsi yang boleh membantu mengukurkan usaha mereka.  UpLink mengumpul inovasi baharu melalui rangka kerja pertandingan yang dikenali sebagai cabaran inovasi. UpLink kini telah menjalankan lebih daripada 43 cabaran dan mengenal pasti lebih daripada 350 usahawan dengan penyelesaian inovatif di pelbagai bidang kritikal SDG termasuk kesihatan, makanan, air tawar, laut, plastik, pendidikan, iklim, dan lain-lain. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari https://uplink.weforum.org.

Butiran Hubungan Media: Luke Shane, lshane@manulife.com, +1-857-206-2351

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2319980/Manulife_Manulife_Announces_New_Global_Longevity_Innovation_Chal.jpg?p=medium600

Source: Manulife
Related Stocks:
HongKong:0945 Manila:MFC NYSE:MFC Toronto:MFC
Keywords: Banking/Financial Service Joint ventures