omniture

Huawei Keluarkan 10 Trend Utama Kemudahan Pusat Data bagi Tahun 2024

Huawei
2024-01-18 10:52 118

SHENZHEN, China, 18 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Huawei mengadakan persidangan mengenai 10 Trend Utama Kemudahan Pusat Data bagi Tahun 2024 dan mengeluarkan Kertas Putih yang sepadan. Di persidangan itu, Yao Quan, Presiden Domain Kemudahan Pusat Data Huawei, mentakrifkan tiga ciri pusat data masa depan: andal, dipermudah dan mampan.


Trend 1: Produk Berkeandalan Tinggi dan Perkhidmatan Profesional Kunci Memastikan Operasi Pusat Data Selamat dan Andal 

Konsep "keselamatan rantaian penuh" harus dilaksanakan dalam seluruh reka bentuk produk dan pembuatan. Dengan menyediakan penempatan profesional dan perkhidmatan O&M, kami dapat mengurangkan kadar kegagalan produk, meminimumkan impak pasca-bencana dan menambah baik mekanisme jaminan hujung-ke-hujung.

Trend 2: Seni Bina Pendinginan Teragih Bakal Menjadi Pilihan Lebih Baik bagi Menjamin Keselamatan Pendinginan

Berbeza dengan seni bina pendinginan terpusat, seni bina pendinginan teragih adalah lebih fleksibel dalam erti kata subsistem adalah bebas antara satu sama lain dan kerosakan satu peranti tidak memberi sebarang impak ke atas operasi peranti lain.

Trend 3: Penyelenggaraan Prediktif Bakal Menjadi Ciri Asas Seni Bina Pusat Data

Penyelenggaraan pusat data biasanya dilakukan selepas sesuatu kejadian. Walau bagaimanapun, dengan kemunculan era pengkomputeran pintar, penyelenggaraan selepas sesuatu kejadian akan digantikan dengan penyelenggaraan sebelum sesuatu kejadian. Tempoh guna komponen rentan, larian terma peranti dan kebocoran sistem pendinginan boleh diramalkan untuk mengelakkan kemalangan.

Trend 4: Sistem Perlindungan Keselamatan Rangkaian Kitar Hayat Bakal Menjadi Perisai Kemudahan Pusat Data

Memandangkan teknologi digital dan pintar terus maju, serangan rangkaian berlaku dengan lebih kerap. Keselamatan perisian harus dibina berdasarkan sistem perlindungan keselamatan rangkaian kitar hayat daripada tiga dimensi: keselamatan bekalan, pertahanan mendalam dan keselamatan O&M/operasi.

Trend 5: Penyelesaian Pasang Siap dan Modular Bakal Menjadi Pilihan Optimum untuk Penyerahan Berkualiti Tinggi dan Pantas

Berbanding dengan pembinaan tradisional, penyelesaian pasang siap dan modular menampilkan tempoh pembinaan lebih singkat dan kualiti yang lebih tinggi. Ia menjamin penyerahan di lapangan yang berkualiti tinggi dan pelancaran perkhidmatan yang pantas serta mengurangkan sisa yang dihasilkan oleh pembinaan di tapak dengan ketara.

Trend 6: Platform Pengurusan Profesional Menjadikan O&M Pusat Data Lebih Selamat dan Cekap

Pusat data membawa trend untuk ditingkatkan dengan cara yang intensif. Akibatnya, kerumitan O&M keseluruhan meningkat secara mendadak. Platform pengurusan profesional dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan O&M pusat data dengan ketara.

Trend 7: Penggabungan Pendinginan Udara dan Cecair Menjadi Seni Bina Pilihan dalam Senario Keperluan Perkhidmatan Tidak Menentu

Industri ini sedang beralih daripada pengkomputeran tujuan am kepada pengkomputeran pintar. Senario yang disokong oleh pengkomputeran tujuan am dan pengkomputeran pintar mungkin wujud dalam pusat data. Justeru itu, penggabungan pendinginan udara dan cecair akan menjadi seni bina pilihan yang mana bahagian pendinginan udara dan pendinginan cecair boleh dilaraskan untuk disesuaikan secara fleksibel dengan keperluan yang berbeza.

Trend 8: Pendinginan Sejatan Tidak Langsung Masih Merupakan Skim Penyejukan Terbaik Masa Kini dan Masa Depan

Dengan mengambil kira sumber pendinginan, sistem pendinginan sejatan tidak langsung memiliki kelebihan yang jelas berbanding sistem air dingin dari segi seni bina, kecekapan dan O&M. Seni bina pendinginan teragih daripada sistem pendinginan sejatan tidak langsung menghalang kegagalan titik tunggal dengan berkesan. Dengan memaksimumkan penggunaan sumber pendinginan bebas, hanya satu pertukaran haba diperlukan. Di kawasan sejuk, pemampat boleh kekal dorman kebanyakan masa, mencapai PUE optimum.

Trend 9: Bagi Mengurangkan PUE Selanjutnya, Penyelesaian Optimum Mengalihkan Fokus ke atas Komponen Cekap kepada Pengoptimuman Kejuruteraan Sistem  

Pusat data tradisional memfokuskan untuk meningkatkan kecekapan peralatan. Walau bagaimanapun, lantaran batasan fizikal, peningkatan kecekapan komponen akan menghadapi hambatan. Justeru itu, fokus pada komponen yang cekap harus dialihkan kepada pengoptimuman kejuruteraan sistem, dengan mod S-ECO sebagai contoh.

Trend 10: Pengoptimuman AI Bakal Menjadi Pilihan Optimum untuk Pengoptimuman Pintar Kecekapan Tenaga bagi Pusat Data Sedia Ada

Berbeza dengan cara tradisional, penyelesaian pengoptimuman kecekapan tenaga AI mengoptimumkan kecekapan tenaga pusat data sedia ada dengan algoritma AI pratetap dan model data raya. Di samping itu, memandangkan pengoptimuman AI tidak bergantung pada kepakaran kakitangan yang relevan, ia menampilkan pengoptimuman yang pantas dan kesan yang sangat baik.

Huawei akan bertegas untuk mencipta produk dan penyelesaian kemudahan pusat data yang andal, dipermudah dan mampan bagi membantu pelanggan dan rakan kongsi membina infrastruktur hijau dan andal untuk pengkomputeran dengan membolehkan setiap watt memacu lebih banyak kuasa pengkomputeran, sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memperkasa era digital ke hadapan.

Muat turun Kertas Putih untuk mengetahui lebih lanjut:
https://digitalpower.huawei.com/attachments/index/1991747e83d947b686b012919c687a88.pdf

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Transportation Survey, Polls & Research Trade show news Supply Chain/Logistics