omniture

Pensijilan Top Employer 2024 mencerminkan pembangunan pekerja Boehringer Ingelheim memberi impak di Malaysia

Boehringer Ingelheim
2024-01-18 12:00 4
  • Boehringer Ingelheim diiktiraf sebagai salah satu daripada 17 Majikan Terbaik seluruh dunia dan untuk tahun keenam berturut-turut di Malaysia
  • Skor tinggi dalam amalan pembangunan dan pengemudian (strategi dan kepimpinan) menonjolkan komitmen berterusan Boehringer Ingelheim kepada kesejahteraan dan pembangunan pekerja

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Boehringer Ingelheim telah dianugerahkan sebagai "Majikan Terbaik Global" untuk tahun keempat berturut-turut dan merupakan salah satu daripada 17 syarikat diperakui di peringkat global oleh Top Employers Institute. Bagi Malaysia, ia merupakan tahun pengiktirafan keenam berturut-turut. Pensijilan tahun 2024 ini menunjukkan impak peluang pembelajaran dan pembangunan yang komprehensif di Boehringer Ingelheim.

Boehringer Ingelheim mendapat skor tinggi terutamanya dalam kategori "Pembangunan" dan "Kemudi", menekankan perkaitan antara pembangunan individu dan matlamat syarikat untuk mengubah kehidupan selama beberapa generasi.

"Ia merupakan satu penghormatan yang hebat apabila diiktiraf sebagai Majikan Terbaik, terus menerus selama enam tahun," kata Cheong Yee Kok, Pengurus Besar dan Ketua Farmaseutikal Manusia, Boehringer Ingelheim (Malaysia, Singapura, Indonesia). "Pensijilan ini merupakan bukti komitmen kami yang mengutamakan pekerja. Kami percaya untuk melabur dalam perkembangan pekerja kami dengan memastikan mereka kental pada masa depan dengan kemahiran yang betul dan peluang untuk membangunkan kerjaya mereka. Ini membuktikan kehadiran kami sebagai sebuah syarikat biofarmaseutikal terkemuka yang memberi impak positif ke atas pesakit dan haiwan."

Satu contoh komitmen Boehringer Ingelheim kepada pembangunan pekerja ialah Boehringer Ingelheim University. Dilancarkan pada Oktober 2023, ia merupakan sebuah kampus maya dalaman yang canggih di mana kandungan pembelajaran boleh diakses untuk kesemua 53,000 pekerja di seluruh dunia. Ini menyediakan kandungan kepada pekerja yang berasaskan kepada bidang minat mereka dan kemahiran yang diperlukan pada masa depan.

"Memupuk bakat dan menerapkan pola pemikiran pertumbuhan merupakan teras strategi syarikat kami. Pensijilan Top Employer menunjukkan sejauh mana kami memperkasa pekerja kami untuk memperjuangkan pembelajaran dan pembangunan mereka sendiri yang amat selari dengan rancangan perkembangan kerjaya mereka," kata Satveer Bhatt, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Boehringer Ingelheim (Malaysia, Singapura, Indonesia).

Tawaran majikan Boehringer Ingelheim menonjol dalam rangka kerja kesejahteraan pekerja holistiknya yang mengintegrasikan konsep kesihatan fizikal, sosial, mental dan kewangan. Pada tahun 2023, 13 pekerja di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia mengambil bahagian dalam pelbagai Program Pembangunan Serantau yang bertujuan untuk membina, pengalaman rentas negara, pendedahan dan peningkatan ketangkasan serta kebingkasan.

Boehringer Ingelheim telah disenaraikan antara Majikan Terbaik di peringkat global sejak sepuluh tahun yang lalu. Tahun ini, ia merupakan salah satu daripada hanya 17 Majikan Terbaik di seluruh dunia dan akan menerima anugerah di 30 buah negara. Pensijilan serantaunya meningkat kepada empat anugerah. Pengiktirafan serantau sebagai majikan terbaik di Eropah, Asia Pasifik dan Amerika Latin ini akan dilengkapi dengan anugerah tambahan di Timur Tengah.

Boehringer Ingelheim 

Boehringer Ingelheim mengusahakan terapi perintis yang dapat mengubah kehidupan, pada hari ini dan untuk generasi-generasi akan datang. Sebagai sebuah syarikat biofarmaseutikal berpandukan penyelidikan yang terkemuka, syarikat ini mencipta nilai melalui inovasi dalam bidang-bidang yang mempunyai keperluan perubatan belum dipenuhi yang tinggi. Ditubuhkan pada tahun 1885 dan dimiliki oleh keluarga sejak itu, Boehringer Ingelheim mengambil perspektif mampan dalam tempoh jangka panjang. Lebih daripada 53,000 pekerja berkhidmat di lebih 130 pasaran dalam dua unit perniagaan iaitu Farmaseutikal Manusia dan Kesihatan Haiwan. Ketahui lebih lanjut di www.boehringer-ingelheim.com
 

Latar Belakang Top Employers Institute 

Top Employers Institute ialah pihak berkuasa global yang mengiktiraf kecemerlangan dalam Amalan Pekerja. Kami membantu mempercepatkan amalan ini bagi memperkayakan dunia kerja. Melalui Program Pensijilan Top Employers Institute, syarikat-syarikat yang mengambil bahagian boleh disahkan, diperakui dan diiktiraf sebagai majikan pilihan. Dalam tahun 2024, Top Employers Institute telah memperakui lebih daripada 2 300 organisasi di 122 negara/wilayah. Top Employers yang diperakui ini memberi impak positif kepada kehidupan lebih 9 juta pekerja di seluruh dunia.


Top Employers Institute. Demi dunia kerja yang lebih baik.


Kod MLR: MPR-MY-100174

Source: Boehringer Ingelheim
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources