omniture

London Dikuasai Jaguar bagi Melancarkan XE Baharu ke Dunia

Jaguar
2014-09-10 02:18 215

LONDON, 10 September 2014 /PRNewswire/ --

  • Jaguar melimpahi London dengan cahaya sempena pengenalan Jaguar XE baharu
  • Emeli Sandé telah mempersembahkan lagu Jaguar FEEL XE 'Feels Like' yang disumberkan orang ramai buat julung kalinya, dinyanyikan secara langsung dari tengah Sungai Thames – distrimkan secara langsung melalui pautan ini http://iframe.ggwebcast.com/tvc/jaguar/feelxe/
  • Latar langit London bersinar merah dengan pertunjukan visual pemetaan penayangan Dewan Perbandaran London
  • Tetamu terdiri daripada bintang terkenal termasuklah Stella McCartney, David Gandy, Damian Lewis, José Mourinho, Laura Whitmore serta Ruben Cortada
  • Jaguar XE dihantarkan dengan penuh dramatik ke Earls Court dengan menggunakan helikopter dan kapal pendaratan berkelajuan tinggi di Sungai Thames, kemudian diiringi oleh kereta polis Jaguar Mark II 1960-an
  • Harga pengenalan untuk Jaguar XE dalam lingkungan £27,000

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140909/705460-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140909/705460-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140909/705460-c)

Video: http://youtu.be/SHVC9OaFR_g

Malam ini, Jaguar mengadakan acara istimewa di serata London di beberapa lokasi ikonik bagi menandakan pengenalan perdana kereta Jaguar XE baharu, kereta sport salun baharu jenama itu. Dengan persembahan langsung dan aksi lagak ngeri menguja di Sungai Thames dan Earls Court, Jaguar meraikan kreativiti dan inovasi British sebagai sebahagian daripada pengenalan dramatik Jaguar XE.

Jaguar telah bekerjasama dengan penulis lagu dan penyanyi British pemegang berbilang anugerah platinum Emeli Sandé untuk mencipta lagu FEEL XE yang telah diinspirasikan oleh orang ramai melalui media sosial. Para peminat telah ditanya soalan "Apa yang buat anda Teruja?" menggunakan #FEELXE.

Emeli memperdengarkan lagu baharu itu, 'Feels Like', secara langsung di Sungai Thames sebagai sebahagian daripada sesi 45 minit eksklusif yang diadakan atas pentas terapung yang terletak di tengah-tengah sungai itu dengan berlatarkan London Eye dan Dewan Perbandaran.

Seramai 300 peminat telah menyaksikannya dari bot berhampiran manakala orang ramai yang berkumpul di sana pula disajikan dengan pertunjukan pemetaan penayangan di atas bangunan Dewan Perbandaran yang turut menayangkan sekali pendapat media sosial orang awam yang telah mengilhamkan lagu itu. Bagi mewujudkan suasana yang benar-benar memukau itu, beberapa mercu tanda termasuk London Eye, Dewan Perbandaran serta Bangunan Shell kelihatan berwarna merah, sementara siri suar merah telah dilancarkan di sepanjang sungai itu bagi menukarkan latar langit agar kelihatan merah sepanjang persembahan itu.

Kata Emeli Sandé: "Kolaborasi tersendiri dengan Jaguar ini ialah pengalaman yang sangat hebat. Saya amat bangga kerana dapat berinteraksi dan melibatkan diri dengan para peminat saya untuk mencipta lagu ini. Peluang untuk mempersembahkannya secara langsung buat julung kalinya, dalam suasana yang begitu memukau sebagai sebahagian daripada keraian Jaguar XE, menjadikannya lebih istimewa buat diri saya."

Jaguar telah memulakan keraiannya awal malam itu dengan acara yang dibarisi bintang terkenal di Earls Court, tempat asal 14 acara pengenalan kereta Jaguar sejak tahun 1935. Para penonton yang terdiri daripada 3,000 tetamu VIP telah menghadirinya, termasuk Stella McCartney, David Gandy, José Mourinho, Brian Johnson, Sam Riley, Gary Lineker, Ruben Cortada, Example dan juga Sienna Guillory.

Pertunjukan itu telah dikisahkan oleh pelakon John Hannah dan turut mempunyai persembahan oleh Emeli Sandé, The Kaiser Chiefs, Eliza Doolittle, pasukan Balet Diraja, ahli Orkestra Filharmonik London serta Max Milner daripada The Voice. Setiap persembahan telah menghidupkan saat signifikan dalam sejarah Jaguar, sejak pelancaran SS100 pada tahun 1935 sehinggalah kejayaan global rangkaian semasa Jaguar. Acara kemuncak persembahan itu ialah acara pendedahan hebat kereta Jaguar XE, yang menunjukkan perjalanannya yang penuh dramatik dari kemudahan Pengeluaran XE baharu yang canggih di Solihull, UK sehinggalah ke Earls Court.

Perjalanan itu bermula dengan 1,000 kakitangan di Solihull yang membentuk huruf 'XE' sementara kumpulan kapal terbang Red Arrow pula terbang dalam formasi sambil kereta itu diangkut oleh helikopter di udara bagi memulakan perjalanannya ke London. Helikopter itu telah mengangkut kereta itu di sepanjang Sungai Thames menuju ke Tower Bridge sebelum diletakkan atas kapal pendaratan berkelajuan tinggi bagi menyambung perjalanannya ke Pelabuhan Chelsea. Bahagian akhir perjalanan itu dari Jambatan Battersea telah menyaksikan kereta XE itu diiringi oleh dua Kereta Polis Jaguar Mark II 1960-an ke Earls Court Arena. Enam Robot pengeluaran telah membentuk Perbarisan Kehormatan bagi mempertunjukkan kereta itu kepada barisan penonton yang sedang menyaksikan secara langsung dan ribuan lagi yang menyaksikannya secara dalam talian di seluruh dunia.

Phil Popham, Pengarah Pemasaran Kumpulan Jaguar Land Rover berkata: "Kereta Jaguar XE ialah kereta yang benar-benar menguja. Ia bakal menjadi kereta pemanduan sebenar yang tampak hebat manakala harga pengenalan sebanyak £27,000 pula membuatkannya kereta Jaguar yang sangat mampu dimiliki. Kereta yang sebegitu penting bagi Jaguar layak mendapat pengenalan sulung yang sama hebat dengannya di Britain, tempat kereta itu direka bentuk, dibina dan dikeluarkan."

Pereka British terkenal Stella McCartney akan menunjukkan pengalaman FEEL XE Paris beliau lewat bulan ini, dengan diikuti projek FEEL XE Idris Elba selepas itu.

Kereta Jaguar XE pemanduan belakang baharu itu mempunyai binaan ringan yang canggih, reka bentuk yang menguja, hiasan dalaman mewah dan juga pemanduan serta pengendalian luar biasa. Harga pengenalan untuk rangkaian kereta XE adalah daripada £27,000 dengan kos pemilikan yang rendah kerana ekonomi bahan api yang sangat berdaya saing, pembebasan gas, pemeringkatan insuran, sela masa antara servis enjin serta nilai sisa. Kereta XE akan mula dijual pada tahun 2015, dengan model S berprestasi tinggi sebagai model terbaik dalam rangkaian itu. Butiran penuh rangkaian itu telah diumumkan semasa Pertunjukan Bermotor Paris pada 2 Oktober 2014.

Sila layari http://www.media.jaguar.com untuk semua petikan kata-kata, foto pegun dan juga fail video.

Bagi mendapatkan fail video beresolusi tinggi sila layari http://www.broadcast.jaguarlandrover.com

SALURAN JAGUAR:
- Facebook: http://www.facebook.com/Jaguar 
- Twitter: http://twitter.com/Jaguar 
- Instagram: http://instagram.com/Jaguar 
- YouTube: http://www.youtube.com/JaguarCars 

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
 
Dulcie Clare - +44(0)7730-589-247
dulcie@thebrooklynbrothers.com
 
Claudia Davies - +44(0)7500-796-872
Claudia@thebrooklynbrothers.com
 
Juliet Fairbairn - +44(0)7585-795-758
jfairba4@jaguarlandrover.com

SUMBER  Jaguar

Source: Jaguar
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation New products/services