omniture

REALTY ONE GROUP DINOBATKAN SEBAGAI JENAMA HARTANAH #1

Realty ONE Group
2024-01-19 11:10 30

UNBrokerage Mengungguli Senarai Franchise 500® Entrepreneur's untuk Tahun Ketiga Berturut-turut

LAGUNA NIGUEL, Calif., 19 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, jenama gaya hidup moden yang didorong oleh tujuan dan SATU (ONE) daripada pemberi francais paling pesat berkembang di dunia, dinobatkan sebagai jenama hartanah #1 untuk tahun ketiga berturut-turut dalam senarai kedudukan Franchise 500® 2024 Entrepreneur's yang paling berdaya saing. Ini ialah tahun kelapan pemberi francais global itu telah berjaya memasuki senarai, terus mendaki kedudukan setiap tahun dan kini hampir 30 tempat mendahului di hadapan pesaing terdekat syarikat itu.

Pemberi francais antarabangsa yang berpangkalan di Las Vegas itu berjaya menyempurnakan lebih 87,000 transaksi hartanah tahun lepas dengan lebih daripada $33.7 bilion nilai rumah dijual semasa ekonomi baharu mula membangun. Syarikat itu juga menjual 81 francais baharu kerana Realty ONE Group terus mencari penerima francais yang strategik dan bersemangat untuk mengembangkan jejak global jenama itu.

"Ini merupakan tahun yang menarik untuk hartanah dan jenama kami kerana kami berusaha dengan gigih membuka pintu baharu di seluruh dunia untuk usahawan perniagaan dan ahli profesional hartanah yang bercita-cita tinggi, serta bekerja keras,kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Realty ONE Group. "Realty ONE Group terus berkembang, dalam mana-mana pasaran dan semasa apa jua keadaan ekonomi, sebagai SATU (ONE) daripada jenama hartanah paling elit dan dinamik di dunia, membantu ahli profesional hartanah kami mencapai kejayaan lebih besar dengan lebih pantas."

Entrepreneur memasukkan Realty ONE Group International dalam senarai untuk pertumbuhan rangkaian, kekuatan kewangan dan kuasa jenama syarikat itu, serta menyatakan dalam surat penganugerahan bahawa kedudukan itu "dipenuhi syarikat dengan idea baharu, model perniagaan menarik, pengaruh budaya dan jenis kecanggihan perniagaan yang akan menentukan 45 tahun akan datang dan seterusnya."

Jenama gaya hidup terus mengembangkan semua aspek tawaran perkhidmatan penuh, termasuk zONE teknologi proprietari, platform bimbingan perniagaan, ONE University dan semua aspek 6C syarikat itu. UNBrokerage seperti yang dikenali dalam industri mempunyai lebih daripada 19,000 ahli profesional hartanah di lebih daripada 400 pejabat di 49 negeri, Washington D.C., dan 19 lagi negara, baru-baru ini berkembang ke Belize dan Argentina.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Maklumat Tentang Realty ONE Group International
Realty ONE Group International ialah satu daripada jenama gaya hidup paling pesat berkembang, moden, didorong oleh tujuan dalam hartanah yang SATU (ONE) Tujuan syarikat itu ialah membuka pintu di seluruh dunia – SATU (ONE) rumah, SATU (ONE) impian, SATU (ONE) kehidupan pada satu masa. Organisasi ini telah berkembang pesat menjadi lebih daripada 19,000 profesional hartanah di lebih 400 cawangan di 19 negara dan wilayah kerana model perniagaannya yang terbukti, pembrokeran perkhidmatan penuh, COOLTURE dinamik, bimbingan perniagaan yang unggul melalui ONE University, sokongan cemerlang dan teknologi milik organisasi ini, zONE. Realty ONE Group telah dinobatkan sebagai jenama hartanah nombor SATU (ONE) oleh Majalah Entrepreneur selama tiga tahun berturut-turut dan terus melonjak ke hadapan, membuka pintu, bukan sahaja kepada pelanggan syarikat malah kepada ahli profesional hartanah dan pemilik francais. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/4501715/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

Source: Realty ONE Group
Keywords: Banking/Financial Service Magazines Publishing/Information Service Real Estate Retail Awards