omniture

DAHON Perkenal Speed Technology untuk Basikal Lebih Ringan, Lebih Laju dan Lebih Bergaya

DAHON
2024-01-22 08:22 14

SHENZHEN, China, 22 Januari 2024 /PRNewswire/ -- DAHON, peneraju global bagi basikal lipat, baru-baru ini memperkenalkan Speed Technology yang revolusioner, iaitu reka bentuk bingkai yang meningkatkan kekukuhan bingkai basikal dengan cara yang meningkatkan kecekapan dan kelajuan kayuhan.

Dr. Hon showcasing Speed Technology
Dr. Hon showcasing Speed Technology

DAHON telahpun komited untuk membangunkan dan menginovasi basikal lipat. Semasa ujian ketegaran untuk basikal lipat, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Dr. David T. Hon dan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) beliau membuat penemuan yang menarik: mereka mendapati bahawa basikal lipat yang dipertingkat dapat mengatasi kedua-dua basikal jalan raya dan basikal bukti dari segi kelajuan. Apa yang mengejutkan, satu ujian yang menyeluruh ke atas lebih empat puluh basikal daripada pelbagai jenama mendedahkan kelemahan reka bentuk yang signifikan pada bingkai basikal standard, membawa kepada kehilangan kuasa kayuhan yang besar.

Tindak balas DAHON terhadap cabaran ini ialah penciptaan Speed Technology, suit penyelesaian berpaten yang direka bentuk untuk meningkatkan ketegaran bingkai, palang basikal tradisional dan komponen-komponen lain. Inovasi ini menggabungkan platform ujian unggulan untuk bingkai basikal, perisian analisis unsur terhingga (FEA) dan mekanik bahan. Ia direka bentuk untuk meningkatkan kelajuan basikal dengan ketara tanpa mengira saiz roda, sama ada basikal lipat, basikal jalan raya atau basikal bukit, semua kategori basikal boleh menjadi lebih ringan, lebih laju, lebih menarik dari segi estetika dan lebih seronok dikayuh."

Khususnya, DAHON bersedia untuk melancarkan rangkaian baharu bingkai aluminium dan gentian karbon menggunakan Speed Technology. Bingkai ini mencapai peningkatan kekukuhan sebanyak 10-20% berbanding bingkai basikal jalan raya dan basikal bukit tradisional.

An open race held by DAHON at CHINA CYCLE 2023
An open race held by DAHON at CHINA CYCLE 2023

Di Taipei Cycle 2024 (6-9 Mac, Taipei) dan China Cycle 2024 (6-9 Mei, Shanghai). DAHON akan menganjurkan perlumbaan terbuka yang berasaskan sains dalam enam kategori, dengan jumlah hadiah sebanyak AS$5,000. Acara tersebut akan menyediakan data saintifik dan boleh dipercayai yang menunjukkan keupayaan Speed Technology yang mengagumkan. Ia berkemungkinan besar akan mencetuskan keghairahan dalam seluruh industri ini.

Dr. Hon sudahpun menerbitkan kertas akademik ( https://dahon.com/the-folding-bike-problems-and-solutions/ ) mengenai Speed Technology, memperincikan penilaian eksperimen serta teori dan manfaatnya. Tiga lagi kertas akademik dijangkakan pada tahun ini. Sila kunjungi pautan tersebut dan nantikan perkembangan terkini.

Untuk pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi: marketing@dahon.com

Laman Web Syarikat: https://dahon.com

Source: DAHON
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Railroads and Intermodal Transportation Sports Sports Equipment & Accessories Transportation New products/services