omniture

Pengerusi Jia Shaoqian di Davos 2024: Hisense Tetap Fokus pada Globalisasi dan Bersedia Capai Kejayaan dalam Dunia Tidak Menentu

Hisense Group
2024-01-22 08:57 145

DAVOS, Switzerland, 22 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Pengerusi Hisense Group Jia Shaoqian dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Tahunan ke-54 Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. Forum pada tahun ini memfokuskan pada tema yang tepat pada masanya, "Membina Semula Kepercayaan pada Masa Depan" dan bagaimana untuk menyuntik kembali keyakinan kepada usaha pemulihan dan pembaharuan global. En. Jia mewakili Hisense Group di acara-acara termasuk perbincangan mengenai "Pemulihan Semula Pertumbuhan di China" dan menyampaikan ucapan di gala "China Night". Melalui perbincangan dan penglibatan peringkat tinggi bersama pemimpin-pemimpin antarabangsa daripada perniagaan, kerajaan dan sebagainya, beliau berkongsi wawasan dan strategi Hisense untuk mencapai inovasi dan kejayaan yang berterusan di persada global.

Hisense Chairman Jia Shaoqian at Davos 2024
Hisense Chairman Jia Shaoqian at Davos 2024

"Globalisasi merupakan trend menyeluruh. Biarpun dengan cabaran semasa, kami tetap yakin akan masa depan," jelas En. Jia di "Forum Pertumbuhan Mampan China." Lebih banyak syarikat global yang semakin tertarik kepada teknologi canggih tatkala mereka mentransformasikan dan menaik taraf industri-industri berkualiti tinggi. Akibatnya, produk-produk bawahan digantikan dengan alternatif berkualiti pertengahan-hingga-tinggi, trend yang sejajar dengan trajektori Hisense sendiri.

Hisense melaporkan pertumbuhan dua digit baik dalam hasil mahupun keuntungan bagi tahun 2023, dengan peningkatan yang ketara di China serta pelbagai pasaran antarabangsa.

Industri peralatan rumah adalah amat kompetitif pada skala global. Ia banyak bergantung pada sistem bersepadu yang merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan, pemasaran dan rantaian bekalan. Justeru itu, jenama-jenama utama mempunyai jangkauan seluruh dunia yang signifikan. Untuk berkembang maju di peringkat antarabangsa, Hisense menyetempatkan fungsi-fungsi ini melalui pendekatan pengeluaran, pemasaran dan R&D disatukan. Ia dapat memupuk kolaborasi merentas sempadan negara.

En. Jia berkata: "Tanpa mengira kewarganegaraan, penting agar perniagaan menghormati budaya tempatan, norma sosial, tingkah laku pengguna serta amalan R&D di mana sahaja mereka beroperasi. Justeru itu, Hisense terus menyediakan peluang pekerjaan, menunaikan kewajipan ekonomi dan tanggungjawab sosial kami. Sekiranya ia melibatkan pemerolehan tempatan, jenama asal harus dihormati dan dibentuk semula bagi meningkatkan jangka hayat panjang operasi."

Hisense cutting-edge products
Hisense cutting-edge products

Ketika ini, Hisense mengendalikan 34 taman industri, 25 pusat R&D dan 66 syarikat luar negara di seluruh dunia. Hasil tahun 2023 diunjurkan melebihi 200 bilion yuan, dengan pasaran luar negara menyumbang sebanyak lebih 42% daripada jumlah keseluruhan kumpulan. Melalui hab serantau, Hisense bermatlamat untuk memahami keperluan pengguna tempatan secara mendalam dan membangunkan produk termaju serta berkualiti tinggi yang disesuaikan untuk setiap pasaran.

Dalam masa yang sama, jaringan seluruh dunia Hisense yang luas memberi sokongan bersama dalam pengurusan rantaian bekalan, pusing ganti inventori dan kitaran penghantaran. Ini mengurangkan kos logistik, penggunaan sumber dan emisi secara signifikan.

Namun begitu, penyetempatan sebenar memerlukan masa dan kesabaran, bukan sekadar slogan. Perusahaan Cina perlu menerima pelbagai budaya dengan toleransi dan persefahaman tatkala mereka berintegrasi di peringkat global. Dalam hal ini, kerjasama terbuka penting dalam membina semula kepercayaan dalam persekitaran kompetitif yang berubah-ubah.

"Keyakinan kami terhadap masa depan globalisasi tetap teguh. Dunia mungkin mempunyai perbezaan dari segi wilayah, bahasa dan budaya, namun aspirasi orang ramai terhadap kehidupan yang lebih baik, usaha mereka mengejar kemakmuran dan keinginan mereka untuk mencapai pertukaran yang sama rata dan persahabatan merupakan ikatan yang menyatukan kita semua," kata En. Jia.

Mengimbangi pertumbuhan dengan inovasi, keterangkuman dan kemampanan kekal menjadi cabaran yang berterusan tatkala kami menggiatkan semula ekonomi global. Hisense komited untuk terlibat secara konstruktif dalam kedua-dua persaingan dan kerjasama antarabangsa, dipandu oleh penetapan minda ESG. Hisense akan terus berusaha untuk mengurangkan jejak karbon kami, menggunakan lebih banyak bahan boleh kitar semula dalam peralatan rumahnya dan menjadi kuasa untuk mencapai perubahan yang positif di dunia.

Latar Belakang Hisense
Hisense ialah jenama peralatan rumah dan elektronik pengguna bertaraf global yang terkemuka. Perniagaannya meliputi produk multimedia (dengan fokus pada TV Pintar), peralatan rumah dan maklumat pintar IT. Ketika ini, Hisense beroperasi di lebih daripada 160 negara.

 

Source: Hisense Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility Trade show news