omniture

Kejayaan tahun baharu: TrinaTracker bekalkan kepada projek PV 210MW di Brazil

TrinaTracker
2024-01-22 09:01 69

MAURITI, Brazil, 22 Januari 2024 /PRNewswire/ -- TrinaTracker telah selesai membekalkan kepada projek PV 210MW di Brazil dengan set lengkap penyelesaian penjejakan pintar termasuk penjejak Vanguard 1P termaju, sistem kecerdasan buatan belajar sendiri, SuperTrack dan platform SCADA peringkat penjejak digital Trina Smart Cloud.


Projek ini, dibangunkan oleh POWERCHINA, terletak di Mauriti, sebuah perbandaran di negeri utara Ceará. Biarpun dengan keluasan tanah yang luas dan sumber semula jadi yang banyak, penduduknya tidak padat, menunjukkan potensi yang belum diterokai untuk pembangunan. Setelah siap dan ditauliahkan, projek ini dijangka mencipta lebih daripada 2,000 pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi kumulatif yang bernilai $140 juta. Projek ini mendapat perhatian yang cukup besar dan dialu-alukan dengan mesra oleh Brazilian Electricity Regulatory Agency, kerajaan negeri dan tempatan serta masyarakat setempat.

Penyelesaian penjejakan pintar tiga-dalam-satu TrinaTracker, merangkumi perkakasan, perisian dan platform perkhidmatan, amat popular di wilayah ini ekoran prestasinya yang cemerlang dalam meningkatkan keseluruhan hasil tenaga stesen janakuasa dan kecekapan pembinaan dengan ketara.

TrinaTracker memiliki sebuah kemudahan pembuatan penjejak pintar di Brazil dan pasukan servis wilayah penuh, memastikan keupayaan pembuatan yang berkualiti tinggi dan setempat serta penyerahan dan servis yang cekap dan tepat. Pasukan-pasukan prajualan, jualan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) TrinaTracker berkolaborasi untuk mengoptimumkan skim ini sebagai respons kepada permintaan pelanggan terhadap reka bentuk tersuai. Lantaran sifat tapak projek yang mudah dilanda banjir, TrinaTracker mencadangkan penyelesaian perlindungan banjir automatik yang mengimbangi keselamatan dan keberkesanan kos.

Brazil, salah sebuah negara paling cerah di dunia, merupakan pasaran PV yang paling cerah masa depannya di Amerika Latin dan wilayah Caribbean disebabkan oleh permintaan yang meningkat dengan pantas untuk kapasiti PV terpasang, didorong oleh pelbagai insentif dan dasar tempatan.  TrinaTracker ialah unit perniagaan TrinaSolar, peneraju dalam industri PV selama 27 tahun dan diiktiraf sebagai salah satu daripada lima pembekal penjejak terkemuka yang terunggul di wilayah ini.

Pesanan projek Brazil sekali lagi menonjolkan reputasi kukuh jenama TrinaTracker di Amerika Latin. TrinaTracker akan terus mara ke hadapan dengan lebih banyak perkongsian untuk menggalakkan peralihan global kepada tenaga bersih.

Source: TrinaTracker
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services