omniture

FP Markets Bekerjasama dengan TradingView, Penyedia Platform Peneraju Industri

FP MARKETS
2024-01-22 19:03 14

Kini, pelanggan FP Markets di seluruh dunia boleh memperoleh akses kepada carta dan analisis lanjutan TradingView, alatan dagangan yang hebat dan berinteraksi dengan rangkaian sosial pedagang terbesar di dunia.

SYDNEY, 22 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Untuk memenuhi permintaan pedagang dan pelabur yang sentiasa berkembang, broker Tukaran Mata Wang Asing dan CFD terkemuka, iaitu FP Markets telah mengumumkan perkongsian baharu dengan TradingView. Pelanggan dengan Akaun Dagangan aktif di FP Markets kini boleh memanfaatkan penyelesaian pencartaan canggih TradingView.

FP Markets Partners with Industry-Leading Platform Provider TradingView
FP Markets Partners with Industry-Leading Platform Provider TradingView

Daripada Tukaran Mata Wang Asing, Ekuiti dan Indeks kepada Komoditi, Bon dan Mata Wang Digital, TradingView ialah penyedia pencartaan terkenal di dunia yang menyampaikan pasaran kewangan dari satu platform dan membuka pintu kepada komuniti dagangan sosial terbesar di dunia. Menggabungkan TradingView dengan sebaran ketat FP Markets yang tekal, pelaksanaan pasaran yang pantas, kecairan gred institusi dan Pasukan Sokongan Pelanggan berbilang bahasa yang memenangi anugerah, akan meningkatkan pengalaman dagangan keseluruhan untuk pelanggan di FP Markets, membantu mereka memaksimumkan potensi dagangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif FP Markets, Craig Allison mengulas 'Kami gembira dapat bekerjasama dengan TradingView. Sebagai broker Tukaran Mata Wang Asing dan CFD terbaik, kami komited untuk menyediakan alatan dagangan yang unggul untuk pedagang kami.  Integrasi TradingView ke dalam rangkaian platform dagangan kami yang sedia ada, termasuk MT4, MT5 dan cTrader, merupakan tambahan menarik kepada portfolio teknologi dagangan kami yang luas.  Kami percaya dengan menawarkan pelanggan keupayaan untuk membangun dan berkembang serta berdagang dengan cara yang mereka mahu lakukan, memenuhi semua peringkat pengalaman dan gaya dagangan, daripada pedagang saham singkat untuk jangka pendek yang melaksanakan berbilang dagangan setiap hari kepada pedagang kedudukan untuk jangka panjang'.

Ciri Utama TradingView:

•  Keupayaan carta yang tiada tandingan, sesuai untuk pedagang pemula dan pedagang berpengalaman.

•  Komuniti dagangan sosial yang besar dengan lebih daripada 50 juta pengguna.

•  Keupayaan mereka bentuk penunjuk dan strategi anda sendiri dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Pine Script TradingView.

•  Pilihan untuk mengesahkan idea dagangan menggunakan fungsi main semula bar-demi-bar TradingView.

•  Pelbagai pilihan data fundamental.

•  Liputan berita global masa nyata.

•  Tersedia di Laman Web, Pelayar dan peranti Mudah Alih.

Untuk bermula dengan TradingView di FP Markets, pelanggan hanya perlu membuka Akaun Dagangan secara langsung dan mencipta Akaun TradingView. Sebaik sahaja kedua-dua akaun telah dibuka, pelanggan boleh menghubungkan kedua-dua akaun tersebut dan mula menggunakan TradingView untuk berdagang di platform FP Markets.

Ditubuhkan pada tahun 2005, FP Markets ialah Jenama Berbilang Kawal Selia yang menyediakan pelanggan dengan lebih 10,000 instrumen boleh niaga merentasi kelas aset utama dan menawarkan penetapan harga agregat merentasi beberapa penyedia kecairan terbaik. Di samping itu, FP Markets menyampaikan Sebaran Ketat yang Tekal, Pelaksanaan Pantas, Sokongan Pelanggan Berbilang Bahasa 24/7 yang Tiada Tandingannya dan pelbagai Jenis Akaun untuk disesuaikan dengan semua strategi dan gaya dagangan.

Kehadiran pengawalseliaan FP Markets Group kini termasuk syarikat terkawal yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), Pihak Berkuasa Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA) Afrika Selatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) Mauritius, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (CySEC), Pihak Berkuasa Pasaran Modal (CMA) Kenya dan Suruhanjaya Sekuriti Bahamas (SCB).

Catatan kepada Editor

Maklumat Tentang FP Markets:

•  FP Markets ialah Broker Tukaran Mata Wang Asing dan CFD Berbilang Kawal Selia dengan lebih 18 tahun pengalaman industri.

•  Syarikat ini menawarkan sebaran Tukaran Mata Wang Asing antara bank yang sangat berdaya saing bermula daripada 0.0 pip.

•  Pedagang boleh memilih daripada platform dagangan dalam talian terkemuka yang hebat, termasuk Aplikasi Mudah Alih, MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader, cTrader dan Iress FP Markets.

•  Perkhidmatan pelanggan berbilang bahasa syarikat untuk 24/7 yang cemerlang itu telah diiktiraf oleh Investment Trends dan dianugerahkan 'Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Secara Keseluruhan' selama lima tahun berturut-turut.

•  FP Markets telah dianugerahkan 'Broker Nilai Tukaran Mata Wang Asing Global Terbaik' selama lima tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021, 2022, 2023) di Anugerah Tukaran Mata Wang Asing Global.

•  FP Markets telah dianugerahkan 'Broker Tukaran Mata Wang Asing Terbaik – Eropah' dan 'Program Rakan Kongsi Tukaran Mata Wang Asing Terbaik – Asia' di Anugerah Tukaran Mata Wang Asing Global 2022 dan 2023.

•  FP Markets telah dianugerahkan 'Pelaksanaan Dagangan Terbaik' di Anugerah Teknologi Kewangan Terunggul 2022 (Ultimate Fintech Awards 2022).

•  FP Markets dinobatkan sebagai 'Broker CFD Terbaik di Afrika' di Anugerah FAME 2023.
FP Markets Dianugerahkan 'Pelaksanaan Dagangan Terbaik' dan 'Broker Paling Telus' di APAC Anugerah Teknologi Kewangan Terunggul 2023 (Ultimate Fintech Awards APAC 2023)

•  Kehadiran pengawalseliaan FP Markets termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), Pihak Berkuasa Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA) Afrika Selatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) Mauritius, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (CySEC), Suruhanjaya Sekuriti Bahamas (CMA) dan Pihak Berkuasa Pasaran Modal (CMA) Kenya.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk dan perkhidmatan menyeluruh FP Markets, sila kunjungihttps://www.fpmarkets.com/.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2322608/FP_MARKETS.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1574261/4503805/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

Source: FP MARKETS
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Joint ventures Financial Technology