omniture

China Unicom Bantu Kampung di Mongolia Dalam Menuju Digital

China Unicom Inner Mongolia
2024-01-23 01:09 4

HUHHOT, China, 23 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini di wilayah autonomi Mongolia Dalam China, cawangan tempatan China Unicom (China Unicom Inner Mongolia) membina kampung digital dengan aktif, bertujuan untuk menggiatkan ekonomi tempatan dan memperbaiki hidup penduduk setempat. Bersama-sama Huawei dan rakan-rakan kongsi lain, operator ini mempercepatkan pembinaan infrastruktur maklumat digital untuk mendorong transformasi kampung melalui penggunaan teknologi digital yang inovatif. Ini memberi manfaat kepada penduduk dalam banyak cara.

Smart large screen in a digital village
Smart large screen in a digital village

China Unicom Inner Mongolia membina infrastruktur maklumat digital bagi memperkasa kampung digital. Di sebuah kampung di Xilingol League, operator ini meningkatkan kualiti rangkaian dan perkhidmatan maklumat agar penduduk tempatan dapat menikmati kehidupan yang benar-benar berciri digital. Dengan rangkaian 5G dan infrastruktur jalur lebar yang banyak dibina di kampung tersebut, liputan tanpa wayar kini dapat mencapai setiap sudut dan setiap isi rumah mendapat lebar jalur gentian gigabit. Penduduk kampung kini dapat membuat panggilan dan berbual melalui video dengan keluarga dan rakan mereka dari rumah mereka dan tidak perlu menempuh jarak yang jauh demi mendapatkan penerimaan yang lebih baik. Mereka boleh melayari video pendek dan berkongsi tangkap kilat kehidupan mereka secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana, walaupun semasa bekerja di ladang, padang rumput atau kebun. Pembangunan infrastruktur digital ini memberi manfaat baik kepada kehidupan penduduk kampung mahupun menyediakan saluran kepada penduduk bandar untuk mempelajari tentang kehidupan di luar bandar, seterusnya merapatkan jurang digital bandar-luar bandar. Satu lagi manfaat daripada sambungan yang lebih baik ini ialah pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Penduduk kampung dapat memaparkan keluaran pertanian mereka melalui video pendek untuk menarik minat pembeli serta mempromosikan pelancongan.

Teknologi digital yang inovatif mengupayakan pembangunan luar bandar yang sejahtera dan berkesan. China Unicom Inner Mongolia menggunakan teknologi baharu seperti 5G, IoT dan data raya untuk membangunkan pertanian pintar, yang dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran dan meningkatkan pendapatan petani. Di kampung digital yang terletak di Xilingol League, China Unicom Inner Mongolia membantu penduduk kampung menggunakan rangkaian 5G dan peranti utiliti seperti sensor dan kamera di kawasan padang rumput dan rumah hijau. Penduduk kampung boleh memantau haiwan ternakan serta keadaan rumah hijau seperti keamatan cahaya, suhu dan kelembapan udara dan kesuburan tanah, kesemuanya pada masa sebenar melalui telefon bimbit mereka. Mereka juga boleh menjalankan proses pengeluaran secara jarak jauh, seperti pengairan, pengawalan suhu dan kelembapan serta pembajaan. Ini dapat membantu meningkatkan produktiviti pertanian secara komprehensif. Selain itu, platform luar bandar digital China Unicom turut membantu menambah baik perkhidmatan sosial untuk penduduk. Sebagai contoh, China Unicom Inner Mongolia memasang skrin besar pintar untuk jawatankuasa kampung memaklumkan kepada penduduk kampung tentang hal ehwal kampung yang terkini serta memastikan mereka mengikuti perkembangan terkini mengenai pasaran keluaran pertanian. Ia juga telah mewujudkan platform penjagaan kesihatan pintar terangkai untuk penduduk kampung mengakses perkhidmatan perundingan pakar daripada hospital bandar. Tambahan pula, platform pendidikan digital untuk sekolah rendah dan menengah sedang dibangunkan, yang akan menjadikan sumber pendidikan yang berkualiti tinggi tersedia untuk kanak-kanak di kawasan desa.

China Unicom Inner Mongolia menawarkan perkhidmatan yang baik kepada penduduk kampung dan akan terus menggalakkan transformasi digital kampung-kampung demi hasil yang lebih baik.

 

Source: China Unicom Inner Mongolia
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services