omniture

Broccolini dan Magil Laurentian umumkan pengambilalihan bekas kompleks Merck Canada di Kirkland, Quebec

Broccolini
2014-09-11 01:59 94

KIRKLAND, Quebec, 10 September 2014 /PRNewswire/ -- Broccolini Limited Partnership No. 2 dan Magil Laurentian Realty Investments hari ini telah mengumumkan mereka telah menyempurnakan pengambilalihan bekas kompleks Merck Canada di sepanjang Lebuh Raya TransCanada di Kirkland, Quebec. Broccolini dan Magil Laurentian telah bekerjasama untuk membangunkan kampus perniagaan dan pelbagai guna bertaraf dunia seluas 50 ekar yang telah dinamakan semula sebagai "Quartier Evolution". Perkongsian antara Broccolini dan Magil Laurentian membawakan bersama pasukan profesional berkelayakan dalam pembinaan, pembangunan hartanah serta pengurusan harta, bagi memenuhi keperluan penyewa masa depan secara sepenuhnya.

Foto - http://photos.newswire.ca/images/download/20140909_C8772_PHOTO_EN_42707.jpg

"Para penyewa Quartier Evolution akan dilengkapkan sepenuhnya dengan kemudahan tersendiri ini. Di samping itu, mereka akan beroleh manfaat daripada pelbagai perkhidmatan dan infrastruktur pada harga yang sukar didapati di kemudahan baharu," ujar Paul Broccolini, Naib Presiden Eksekutif, Broccolini.

"Harta dengan kualiti sehebat ini jarang sekali boleh didapati. Kami amat gembira dapat membangunkan kampus perniagaan berprestij ini, menawarkan nilai dan fleksibiliti hebat untuk syarikat yang menerajui bidang masing-masing," kata Gary Polachek, Presiden, Magil Laurentian.

Quartier Evolution: Ruang berbilang fungsi

Dengan keluasan 450,000 kaki persegi bagi ruang pejabat dan sains hayat di dalam beberapa bangunan yang berdiri bebas dan bangunan bersambung, berserta 400,000 kaki persegi lagi untuk ruang pengeluaran ringan atau pemasangan, pengedaran dan ruang gudang, serta tanah untuk perluasan pada masa hadapan, kampus tersebut dapat menampung keperluan dengan mudah dan menyediakan fleksibiliti hebat kepada beberapa syarikat yang paling bijak menilai. Ia turut menawarkan peluang pusat data dan konsolidasi yang tersendiri.

Peluang pemajakan

Peluang pemajakan adalah luas untuk penyewa masa depan. Mereka boleh memajak satu tingkat, satu bangunan atau menggandakan alamat dalam kawasan itu. Bangunan tambahan juga boleh dibina menurut keperluan tertentu. Di samping itu, melalui perkongsian Broccolini dan Magil Laurentian, syarikat akan beroleh faedah daripada penyelesaian siap guna daripada rekaan kepada pembinaan ruang tersebut.

Infrastruktur Tersendiri

Kemudahan tersebut dilengkapi dengan sistem lewah sepenuhnya termasuk kuasa Priority 1 dan kabel optik gentian, berpotensi untuk pengedaran 100 peratus udara segar, dua talian 25-kva, penjana sandaran dan banyak lagi. Kampus itu juga mempunyai beberapa kemudahan hebat termasuklah peralatan A/V, auditorium dengan muatan 200, perabot serta stesen kerja untuk pemajakan "pasang dan pakai" serta kafeteria perkhidmatan penuh.

Lokasi Kebolehlihatan Tinggi: Sepanjang Lebuh Raya TransCanada

Akses kepada Lebuh Raya TransCanada adalah segera dan memperlihatkan kelebihan sebenar untuk apa jua syarikat. Quartier Evolution terletak di lokasi yang kurang 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pierre-Elliott Trudeau dan berhampiran dengan terminal bas West Island menghala ke stesen Metro Cote Vertu. Pusat membeli-belah Fairview Pointe Claire, kurang satu kilometer dari sini, menghubungkan kejiranan runcit dan merupakan tempat tumpuan pelbagai pilihan restoran, kafe, makanan segera, kemudahan jagaan harian, perkhidmatan serta peruncit. Downtown Montreal adalah setengah jam perjalanan ke timur manakala Ottawa pula adalah 90 minit perjalanan ke barat dengan menaiki kereta.

Atas semua sebab ini, Quartier Evolution merupakan tapak paling sesuai untuk ibu pejabat, pejabat serantau, kemudahan sains hayat atau perubatan, pusat data serta kemudahan pengilangan ataupun kemudahan penyelidikan.

Latar Belakang Broccolini

Sejak ditubuhkan 65 tahun lalu, Broccolini ialah peneraju dalam pembinaan dan pembangunan perkhidmatan hartanah. Syarikat tersebut menjalankan perkhidmatan untuk pasaran kediaman, komersil dan juga perindustrian di Quebec serta Ontario. Broccolini telah membina reputasinya dengan mengukuhkan hubungan jangka panjang yang mantap bersama para pelanggannya. Syarikat ini juga meletakkan kebanggaan, komitmen terhadap kecemerlangan serta dedikasi kakitangannya yang utuh dalam setiap projek.

www.broccolini.com

Latar Belakang Magil Laurentian

Magil Laurentian ialah syarikat pengurusan aset dan hartanah yang diintegrasikan sepenuhnya dengan pejabat, hartanah serta kepakaran kediaman dan juga perindustrian. Syarikat ini mempunyai beberapa pejabat di Montreal, Toronto serta Quebec City. Magil Laurentian berfikir seperti pemilik berdaya usaha dan bertindak seperti pengurus profesional. Magil Laurentian amat berminat dengan hartanah! www.magil-laurentienne.com

Imej dengan kapsyen: "Broccolini dan Magil Laurentian umumkan pengambilalihan bekas kompleks Merck Canada di Kirkland, Quebec. (CNW Group/Broccolini)".

Imej boleh dilihat di: http://photos.newswire.ca/images/download/20140909_C8772_PHOTO_EN_42707.jpg

Bagi mendapatkan maklumat lanjut:

Quartier Evolution
Roger Plamondon
+1-514-737-0076 samb. 233

Broccolini
Roger Plamondon
+1-514-737-0076 samb. 233

Magil Laurentian
Gary Polachek
+1-514-875-6010 samb. 4264

www.quartier-evolution.com

Source: Broccolini
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate