omniture

Shandong Heavy Industry - Weichai Power Anjur Persidangan Rakan Kongsi Global Ketiga dan Pameran Produk Baharu Asia Tenggara (Jakarta)


Shandong Heavy Industry Group
Weichai Power Co.,Ltd
2024-01-23 16:34 52

Berkolaborasi untuk Memaksimumkan Nilai buat Pelanggan

JAKARTA, Indonesia, 23 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Pada 23 Januari, Shandong Heavy Industry - Weichai Power akan menganjurkan Persidangan Rakan Kongsi Global ke-3 dan Pameran Produk Baharu Asia Tenggara di Jakarta, Indonesia. Acara ini menjangkakan penyertaan daripada lebih 1,000 pengedar dan pelanggan penting dari seluruh Asia Tenggara, Asia Timur, Australia, New Zealand dan selanjutnya.


Indonesia, ekonomi terbesar Asia Tenggara, menjadi pasaran yang penting untuk Shandong Heavy Industry selama lebih daripada tiga dekad. Negara ini akan menjadi hentian ketiga untuk Persidangan Rakan Kongsi Global Shandong Heavy Industry - Weichai Power, mengikuti acara-acara serupa yang diadakan baru-baru ini di Asia Tengah dan Timur Tengah. Persidangan ini bertujuan untuk meneroka jalan baharu untuk kolaborasi antarabangsa, mewujudkan rangka kerja serantau baharu demi manfaat bersama dan mengenal pasti peluang untuk pembangunan yang selanjutnya. Tan Xuguang, pengerusi dan pengurus besar Shandong Heavy Industry Group dan pengerusi Weichai Power, bercadang untuk hadir bagi memberi penghormatan kepada 14 rakan kongsi strategik dengan anugerah dan menyampaikan ucaptama "Berkolaborasi untuk Mencipta Nilai Lebih Tinggi buat Pelanggan." Ucapan tersebut akan menegaskan komitmen beliau kepada pelanggan: memaksimumkan nilai kitaran hayat produk untuk meningkatkan keuntungan, memastikan masa hidup produk yang tertinggi dan menyampaikan khidmat pelanggan segera yang tiada tandingan dan dalam masa yang sama turut meningkatkan produk dengan kemajuan terkini dalam teknologi, ciri-ciri keselamatan, keselesaan dan kelestarian alam sekitar.

Shandong Heavy Industry Group, headquartered in Jinan, China, merupakan pengusaha penting dalam sektor peralatan industri global, mempunyai pendapatan tahunan sebanyak USD 72 bilion. Kumpulan ini memiliki beberapa jenama terkenal termasuk Weichai Power, China National Heavy Duty Truck, SHACMAN, Weichai Lovol Intelligent Agricultural Technology, Shantui Construction Machinery dan Zhongtong Bus. Di samping itu, ia memegang kepentingan yang signifikan dalam beberapa entiti antarabangsa yang terkemuka termasuk Ferretti Itali, KION Group dan Linde Hydraulics Jerman, Dematic dan PSI AS dan Moteurs Baudouin Perancis. Beroperasi dalam enam segmen penting—sistem kuasa, kenderaan komersial, peralatan pertanian, jentera pembinaan, logistik pintar dan peralatan pengangkutan marin—Shandong Heavy Industry menubuhkan pusat inovasi teknologi di lebih daripada 10 negara seluruh dunia, menyediakan penyelesaian produk dan perkhidmatan kepada lebih 150 negara dan wilayah. Enjin berat, transmisi tugas berat, trak berat, forklift industri dan kapal layar mewah mendahului di peringkat global dalam teknologi dan jualan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Shandong Heavy Industry meningkatkan pelaburannya dalam pasaran Asia Tenggara, terus mencipta nilai untuk pelanggan wilayah ini dan dalam masa yang sama menyampaikan pertumbuhan yang saling memberi manfaat. Syarikat ini meraih pencapaian penting, dengan jualan enjin melebihi 100,000 unit dan eksport trak berat melebihi 110,000 unit dalam tempoh hampir lima tahun, menempatkannya di barisan hadapan antara jenama-jenama Cina. Semasa persidangan, Shandong Heavy Industry akan menandatangani perjanjian baharu secara rasmi dengan MNC Group dan Meratus Indonesia melalui bahagian Trak Tugas Berat Negara Chinanya, menerusi langkah yang diwujudkan untuk mengukuhkan pemajakan kewangan dan jejak pembuatannya di Asia Tenggara.

Pameran Produk Baharu akan diadakan serentak dengan Persidangan Rakan Kongsi Global, dengan lebih daripada sepuluh subsidiari mempamerkan produk unggulan dan teknologi terkini mereka, seterusnya menunjukkan daya saing produk yang bertaraf dunia. Pameran ini akan menonjolkan trak berat, bas elektrik, peralatan pertanian dan rangkaian kuasa termaju syarikat ini, menawarkan penyelesaian tersuai yang dapat memenuhi keperluan kumpulan pelanggan globalnya yang pelbagai dan khusus.

Jakarta sangat penting buat En. Tan kerana di sinilah tempat beliau memulakan kerjaya beliau dalam perdagangan antarabangsa kira-kira 33 tahun yang lalu. Beliau merancang untuk mengenang kembali peristiwa hidup beliau yang penting ini dalam ucapan beliau. Ucapan tersebut akan menegaskan komitmen Shandong Heavy Industry untuk menjalin perkongsian yang kukuh, terlibat dengan pasaran tempatan, meninjau peluang baharu dan memperkukuh barisan jenamanya di pentas antarabangsa, menyatakan dengan jelas visi kerjasama yang menggalakkan pertumbuhan dan faedah bersama merentas ekosistem global.

Source:
Shandong Heavy Industry Group
Weichai Power Co.,Ltd
Keywords: Auto Banking/Financial Service Machinery Mining/Metals Transportation New products/services Trade show news