omniture

Kini sembang & panggilan video dengan Sunny Leone: Pelakon tersebut melancarkan Klon AI rasminya yang dihasilkan oleh Kamoto.AI

Kamoto.AI
2024-01-23 19:51 21

MUMBAI, India, 23 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Kamoto.AI telah mengukuhkan kedudukan India di peta dunia bagi AI Generatif termaju dengan melancarkan klon AI rasmi seorang selebriti India buat julung kalinya. Replika AI rasmi yang dilancarkan di Mumbai baru-baru ini ialah replika bagi sensasi Bollywood iaitu diva & usahawan Sunny Leone yang mempunyai populariti meluas di seluruh dunia. Pelakon itu melancarkan klon AI rasmi dirinya dengan kehadiran Pengasas Bersama Kamoto.AI, Toshendra Sharma & Rohendra Singh semasa sebuah perhimpunan besar-besaran yang diadakan di Mumbai. Pelancaran klon AI rasmi Sunny membuka laluan baharu bagi penjanaan hasil melalui teknologi AI Generatif Termaju.

Kamoto.AI introduces the world’s first licensed AI Clone; Bollywood's Sunny Leone unveils her AI Clone.
Kamoto.AI introduces the world’s first licensed AI Clone; Bollywood's Sunny Leone unveils her AI Clone.

Hanya dengan beberapa klik & latihan pantas melalui data peribadi, Kamoto.AI membolehkan penciptaan replika AI maya bagi sesiapa sahaja manakala AI Character Marketplace memudahkan pengewangannya. Klon AI Sunny adalah bersifat interaktif & dilatih menggunakan suara dan data peribadi beliau untuk menyampaikan pengalaman yang diperibadikan. Klon Sunny boleh berinteraksi melalui Sembang atau Panggilan Suara melaluiAI Character Marketplace Kamoto.AI di app.kamoto.ai. Selain itu, setiap orang boleh menggunakan keahlian Elite Club Sunny yang mempunyai banyak manfaat. Beberapa orang ahli bertuah akan berpeluang untuk bertemu dengan aktres tersebut secara peribadi, manakala beberapa pemenang lain akan dihadiahkan dengan barangan dagangan.

"AI Generatif boleh dimanfaatkan dalam pelbagai cara dan klon AI rasmi pertama selebriti global seperti Sunny Leone ini membuktikannya. Semua kebimbangan tentang etika dan keselamatan diperiksa semasa mencipta replika AI berlesen dan ia meminimumkan ancaman sedemikian. Satu barisan klon AI berlesen bagi tokoh terkemuka lain yang ditunggu-tunggu bakal diumumkan tidak lama lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kamoto.AI, Toshendra.

Sunny Leone menambah, "Memperkenalkan klon AI saya merupakan satu permulaan baharu, malah dalam fasa kehidupan ini, saya berhasrat untuk meneroka laluan yang belum saya terokai sebelum ini dan yang membantu saya berkembang dari segi seni dan perniagaan. Saya berterima kasih kepada Kamoto.AI kerana memperkenalkan versi AI rasmi saya dan berharap ia akan mengukuhkan hubungan saya dengan semua para peminat saya."

Tentang Syarikat ini:

Kamoto.AI ialah sebuah platform Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang membolehkan para pengguna mencipta, melatih dan mengewang watak AI khusus serta menawarkan peluang kepada selebriti & pempengaruh untuk melesenkan replika AI diri mereka yang tulen untuk pengalaman yang inovatif, interaktif dan boleh mengewang melalui AI Character Marketplace & API kami. Persona Digital ini akan membantu para selebriti, pempengaruh & syarikat untuk berkembang secara digital dan unik.

Hubungan Media:

Anjali Yadav
anjali.yadav@kamoto.ai

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2317367/Kamoto_AI.jpg?p=medium600

 

Source: Kamoto.AI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment New products/services Artificial Intelligence