omniture

Geek+ menyampaikan Pemasangan Sistem PopPick Shelf-to-Person Terbesar Jepun kepada syarikat bekalan pejabat yang terkemuka

Geek+
2024-01-24 02:15 30

TOKYO, 23 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Peneraju di peringkat global dalam robot mudah alih dan penyelesaian logistik pintar, Geekplus, telah melaksanakan Sistem PopPick Shelf-to-Person dengan kepadatan tempat penyimpanan yang tinggi di Pusat Nilai ASKUL di Kansai. Ini merupakan pemasangan terbesar Sistem PopPick Shelf-to-Person Geekplus di Jepun. Pemansangan yang dilkasanakan secara berperingkat ini akan melibatkan lebih daripada 318 robot Geekplus, telahpun siap lebih daripada 70%.

 

 

Sejak 2019, ASKUL telah memanfaatkan Sistem Standard Shelf-to-Person Geekplus merentasi pelbagai pusat pengedaran untuk menyelaraskan operasi gudang dan meningkatkan kecekapan. Apabila ASKUL mengembangkan barisan produk mereka, syarikat ini memerlukan penyelesaian automasi gudang yang baharu. ASKUL memilih penyelesaian Geekplus PopPick disebabkan kecekapan tinggi, kepadatan penyimpanan yang tinggi dan penjimatan kos. Penyelesaian tersebut juga meningkatkan pengalaman pelanggan ASKUL melalui sistem logistik yang lebih cekap dan berkesan.

"Sistem Geekplus PopPick direka khas untuk kecekapan tinggi dan boleh meningkatkan produktiviti keseluruhan operasi gudang dengan ketara," kata Hirokazu Kato, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geekplus Jepun. "Pelaksanaan ini akan mempamerkan kepada pasaran generasi automasi gudang yang seterusnya, menetapkan piawai yang baharu dalam industri."

Sistem PopPick terdiri daripada robot pemungut yang mengangkut rak boleh alih dari lokasi penyimpanan ke stesen kerja PopPick, di sini lengan robot pintar akan menyerahkan tote atau kotak kepada operator. Sistem ini boleh meningkatkan kelajuan memungut sehingga 500 barisan sejam, meningkatkan kepadatan penyimpanan gudang sebanyak 50% dan kapasiti pemprosesan berganda.

Tentang Geekplus

Geekplus  ialah sebuah syarikat peneraju global dalam teknologi robotik mudah alih. Kami membangunkan penyelesaian robotik yang inovatif untuk memenuhi pesanan. Sebanyak 1,000 lebih syarikat peneraju industri global telah menggunakan penyelesaian kami untuk merealisasikan automasi yang fleksibel, boleh dipercayai dan sangat efisyen untuk pengurusan gudang dan rantaian bekalan. Geekplus diasaskan pada tahun 2015, mempunyai lebih 1,500 pekerja, mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Tanah Besar China, Hong Kong SAR dan Singapura. 

Tentang ASKUL

ASKUL ialah sebuah syarikat Jepun yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada perniagaan. Syarikat ini diasaskan pada tahun 1993 dan telah berkembang menjadi salah sebuah pembekal utama bekalan pejabat dan peralatan di Jepun.

Butiran Hubungan Media:

Jon Ross
Perhubungan Awam dan Komunikasi, Geekplus
jon.ross@geekplus.com Tel: +1 470.964.0998

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2014500/Geek_Logo.jpg?p=medium600

Source: Geek+
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Transportation Asian-related news New products/services Supply Chain/Logistics