omniture

Pereka Muda Malaysia Menyinari Samsung Solve for Tomorrow 2023: Pemenang Diumumkan

Samsung Electronics
2024-01-24 15:49 12

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Setelah berbulan lamanya pertandingan inovasi sengit dijalankan, Samsung Malaysia Electronics dan Universiti Malaya dengan bangganya mengumumkan pemenang bagi pertandingan Solve for Tomorrow (SFT) 2023. Pertandingan yang memasuki tahun ke- 4 penganjuran ini, bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada para pelajar untuk menjadi penyelesai masalah yang handal dengan menggunakan pengetahuan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk menyelesaikan masalah kemasyarakatan. Pada tahun ini, pertandingan ini telah menarik minat pelbagai sekolah di Malaysia, sebagai tanda lonjakan semangat dan kreativiti dalam kalangan anak muda.

Pasukan Sponge HydroOleGuard Magnetic dari SMK Kubang Bemban telah memenangi hadiah utama di Grand Finale Samsung Solve For Tomorrow 2023.
Pasukan Sponge HydroOleGuard Magnetic dari SMK Kubang Bemban telah memenangi hadiah utama di Grand Finale Samsung Solve For Tomorrow 2023.

Pasukan-pasukan yang menang, dengan semangat, inovasi dan kepintaran mereka, bakal membentuk masa depan sebagai pemimpin negara kita. Solusi mereka yang mengagumkan ini mengetengahkan tiga teras utama: Pendidikan & Pembelajaran, Kelestarian & Alam Sekitar serta Kesihatan & Kesejahteraan yang telah menunjukkan potensi mereka untuk menuju ke arah perubahan yang lebih bermakna terhadap bidang-bidang yang penting ini. 

Dato' Roh Jae Yeol, Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia Electronics, memuji pasukan yang telah menyertai pertandingan ini berkata, "Samsung Solve for Tomorrow merupakan platform yang mengagumkan untuk menyemai dan memperkasakan generasi muda dengan menggalakkan perkembangan, pembelajaran dan pencapaian dalam bidang kerjaya STEM. Peserta yang telah menyertai pada tahun ini telah mengagumkan kami dengan kemahiran menyelesaikan masalah serta cara ianya dilaksanakan, yang telah memberikan inspirasi terhadap individu yang melihat kerja-kerja tersebut. Pelajar-pelajar bukan sahaja memberikan solusi yang inovatif, malah telah mengetengahkan masalah dalam kehidupan sebenar komuniti kita dengan berkesan. Kami di Samsung amat berbangga dengan dedikasi dan kreativiti yang ditunjukkan oleh anak muda, termasuklah projek mereka yang merupakan bukti kukuh terhadap kuasa transformasi pendidikan STEM dalam mendorong perubahan yang bermakna terhadap masyarakat."

Pertandingan SFT telah dibahagikan kepada beberapa fasa, dengan pesertanya yang mara ke peringkat terakhir pada bulan Disember. Di peringkat ini, mereka bersaing untuk mendapatkan hadiah, termasuklah barangan keluaran Samsung. Pasukan yang berjaya meraih hadiah dengan projek mereka yang sangat hebat termasuklah:

Hadiah Utama: Magnetik HydroOleGuard daripada SMK Kubang Bemban
Sebuah kombinasi yang unik antara penyerap minyak kalis air dan bahan magnetik yang dikenali sebagai Span Magnetik HydroOleGuard. Span serbaguna ini menawarkan pelbagai solusi yang berkesan untuk menghilangkan tumpahan minyak dan pencemaran serpihan logam.

Mereka menerima barangan Samsung bernilai RM12,000 untuk sekolah mereka dan RM6,000 setiap individu.

Tempat Kedua: Creators of Tomorrow daripada SMK Sultan Ismail
Sebuah aplikasi pembelajaran interaktif, Historeeze, yang menggabungkan elemen STEM dalam bidang sains sosial, menjadikan pembelajaran sejarah lebih menarik dan mudah diakses, membolehkan pengguna belajar di masa lapang. Mereka menerima peralatan Samsung bernilai RM10,000 untuk sekolah mereka dan RM5,000 bagi setiap individu.

Tempat Ketiga: Victernal daripada MRSM Bagan Datuk
Sebuah aplikasi pembelajaran yang dikenali sebagai Educate ini telah direka untuk kegunaan guru dan pelajar, dengan memberikan analisis terhadap gaya pembelajaran seseorang serta memantau perkembangan terhadap pembelajaran murid. Aplikasi ini menawarkan solusi untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan meringankan beban para guru. 

Mereka akan menerima barangan Samsung bernilai RM8,000 untuk sekolah mereka dan RM4,000 bagi setiap individu.

Hadiah Saguhati : H.I.P daripada SMK Puteri Wilayah
Sebuah apartmen canggih yang dilengkapi dengan sistem kitar semula yang sistematik, direka khas untuk menyelesaikan masalah pengurusan sisa buangan di apartmen atau bangunan yang tinggi.

Hadiah Saguhati : The Bees Knees daripada SMJK Kwang Hua
Sebuah robot yang bijak dan cekap dikenali sebagai Robot Pancing Solar AI ini dilengkapi dengan kamera AI dan sistem tenaga solar. Ianya direka untuk penangkapan ikan yang mesra alam sekitar, mengurangkan pencemaran laut dan menurunkan risiko penangkapan berlebihan.

Setiap pasukan akan menerima barangan Samsung bernilai RM4,500 untuk sekolah mereka dan RM700 bagi setiap individu.

Semua pasukan telah menunjukkan komitmen yang sangat hebat dengan mengetengahkan cabaran yang kritikal dalam masyarakat melalui solusi STEM. Inovasi mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap panel juri serta menyerlahkan potensi bakat generasi muda di Malaysia.

"Ianya merupakan satu penghargaan untuk menyaksikan bakat dan inovasi luar biasa yang ditunjukkan oleh peserta-peserta muda ini. Prototaip mereka merupakan bukti tahap kefahaman yang mendalam terhadap cabaran dalam dunia sebenar serta kemahiran mereka untuk memberikan solusi yang praktikal dan berkesan. Pertandingan ini telah menyerlahkan dedikasi dan kreativiti mereka, dan saya percaya bahawa pereka yang berbakat ini akan memberikan impak yang positif terhadap masyarakat kita. Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang pertandingan ini di atas pencapaian cemerlang mereka, dan saya akan sentiasa menantikan perkembangan dan sumbangan mereka yang berterusan terhadap masa depan yang lebih cerah untuk negara kita," kata Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar, Pengarah Universiti Malaya STEM Centre, merangkap juri untuk pertandingan Solve for Tomorrow 2023 yang menzahirkan perasaan kagum terhadap penyertaan dan pembentangan yang hebat daripada para peserta.

Pertandingan SFT tidak akan menjadi kenyataan tanpa kehadiran mentor yang berdedikasi, termasuklah kakitangan daripada Samsung Malaysia Electronics dan Universiti Malaya yang telah memberikan sokongan dan panduan terhadap peserta separuh akhir sepanjang penyertaan mereka. Pemenang pada tahun ini akan mendapat peluang untuk mengembangkan lagi projek mereka serta mendapatkan pandangan daripada golongan profesional dalam bidang masing-masing, dan bimbingan mentor yang berdedikasi. Perjalanan mereka tidak terhenti di sini, kerana ianya hanyalah permulaan untuk masa depan yang terjamin kepada pelajar-pelajar yang luar biasa ini.

Pertandingan SFT merupakan sebahagian daripada komitmen Samsung Malaysia Electronics untuk memupuk inovasi dan menyokong pemimpin generasi seterusnya dalam bidang STEM. Ia menyediakan platform untuk menyelesaikan masalah dalam dunia sebenar terhadap pelajar akan menggalakkan pemikiran yang kreatif. Pertandingan ini bukan sahaja membekalkan mereka dengan kemahiran yang tidak ternilai, malah memberikan inspirasi kepada mereka untuk menjadi individu yang membuat perubahan di dalam komuniti mereka.

Penglibatan Universiti Malaya sebagai rakan kongsi memainkan peranan yang penting dalam memupuk dan membimbing bakat muda ini. Samsung Malaysia Electronics bersama-sama dengan Universiti Malaya akan terus menginspirasi dan memperkasakan pemimpin masa hadapan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Solve for Tomorrow, sila layari:
https://www.samsung.com/my/solvefortomorrow/2023/

Mengenai Samsung Electronics
Samsung memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa depan dengan idea dan teknologi yang berubah-revolusi. Syarikat ini menyusun semula dunia televisyen, telefon pintar, peranti boleh pakai, tablet, peralatan rumah, sistem rangkaian, dan penyelesaian LED serta sistem LSI, dan memberikan pengalaman bersambung yang lancar melalui ekosistem SmartThings dan kerjasama terbuka dengan rakan kongsi. Untuk berita terkini, sila layari Samsung Newsroom di http://news.samsung.com.

Source: Samsung Electronics
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Awards Corporate Social Responsibility STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Cision Influencer List - ESG