Pusat beli-belah ini memulakan kembara memasuki dekad baharu dengan aura positif 'Long Ma Jing Shen' serta pelbagai tawaran hebat
KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Sempena Tahun Baharu Cina ini, IPC Shopping Centre dengan bangganya mempersembahkan 'Loong Ma-Jestic' Garden. Bermula sekarang sehingga 25 Februari, para pengunjung diraikan secara gilang gemilang dengan pelancaran bengkel, hadiah, ganjaran, pertunjukan menarik dan aktiviti untuk seisi keluarga yang disediakan oleh pusat beli-belah tersebut.
IPC Shopping Centre mengalu-alukan pengunjung untuk melalui pintu gerbang masuk 'Loong Ma-jestic Garden' yang megah sempena ulangtahun ke-20
Bagi meraikan ulang tahun pusat beli-belah yang ke-20, pengunjung akan disambut penuh meriah dengan nyalaan lantera (tanglung) yang menghiasi gerbang pintu masuk serta dikelilingi oleh keindahan bunga-bunga sakura di sepanjang laluan mereka merentasi 'Loong Ma-Jestic' Garden di ruang legar utama di Aras G. Suasana ceria dan penuh warna ini bukan sahaja untuk memenuhi impian untuk kehidupan yang lebih sejahtera malah ia juga untuk meneruskan legasi pusat beli-belah itu, untuk meraikan perayaan dan kehidupan.
Di dalam taman tersebut, para pengunjung dijemput untuk menyeberangi jambatan 'Bridge of Prosperity' bersama yang tersayang sebagai simbol melangkah ke tahun baharu yang dipenuhi kemakmuran. Mereka juga boleh meninggalkan pesanan peribadi agar diberikan tuah, kesejahteraan dan kejayaan untuk tahun yang mendatang ini pada 'Red Wisdom Wishing Tree' yang terletak di tengah-tengah ruangan hiasan itu. Kaum keluarga yang datang berkunjung juga boleh mencipta memori indah bersama di ruang santai dan menyaksikan sendiri paparan kreativiti mereka melalui projektor LED apabila mereka menghiaskan atau mewarnakan maskot Små Buddies yang unik itu.
Cik Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre berkata,"Melangkah ke dekad baharu dalam komitmen kami memberi khidmat kepada masyarakat sekeliling, kami berharap dapat meneruskan usaha, menyediakan ruang untuk mereka, seperti dalam pepatah Cina, 'Long Ma Jing Shen'(龍馬精神)iaitu menyalurkan tenaga yang positif, kegembiraan dan kebahagiaan, seterusnya menjadikan IPC Shopping Centre pusat pertemuan pilihan pengunjung kami. Elemen "Loong" (naga) and "Ma" (kuda), yang diwakili oleh kuda Dala ikonik kami merupakan simbol warisan Sweden, yang dipamerkan di ruang utama juga diharapkan dapat menyebarkan banyak kekayaan, rezeki dan rahmat kepada pelanggan-pelanggan kami."
Menurutnya lagi, "Kami telah mencipta satu suasana yang betul-betul menyatukan elemen tradisional Cina dengan perayaan yang kontemporari. Paparan visual kami membuktikan komitmen kami dalam meraikan kepelbagaian kebudayaan dan warisan, satu cara terbaik untuk mengangkat martabat tradisi perayaan ini. Pelanggan boleh menikmati kemeriahan sambutan festival, melihat keindahan hiasan kontemporari, memuat naik ke dalam Instagram mereka dan menyaksikan tarian hebat pertempuran antara singa dan naga yang akan dipersembahkan oleh pemenang anugerah Yi Meng Lion Art troupe (一鳴獅藝舘) pada 10 dan 11 Februari di ruang legar utama. Kami juga menyediakan aktiviti Små Club yang mesra kanak-kanak untuk disertai oleh seisi keluarga dan menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina ini lebih istimewa. Ada banyak yang boleh dinikmati oleh pengunjung kami IPC Shopping Centre, di samping melakar pengalaman beli-belah yang unik dan tidak akan dapat dilupakan.
Semasa tempoh ini, pengunjung turut boleh singgah ke kiosk-kiosk di sekitar ruang utama yang dinamakan Lunar Marketplace; ambil bahagian dalam bengkel DIY seperti melukis elemen Tahun Baharu Cina atau membuat hiasan serta menyertai sesi beramah mesra bersama maskot God of Prosperity dan IPC Små Buddies, menikmati persembahan bertemakan oriental dan tarian singa dan naga akrobatik yang kami sediakan.
Pelanggan yang membeli boleh menebus banyak hadiah di kaunter Pertanyaan di Aras G. Antara hadiah menarik yang disediakan adalah:
Ahli Tack Club juga layak untuk mendapat hadiah eksklusif harian bila mereka membeli dan berbelanja. Ia termasuklah:
Ahli Små Club juga boleh bawa pulang satu (1) Set Pelekat Tahun Baharu Cina yang boleh ditebus di kaunter Pertanyaan di Aras G semasa hari biasa, tidak termasuk cuti am.
Untuk menambahkan lagi keterujaan para pengunjung, IPC Shopping Centre juga telah melancarkan Fortune Seeker Prodigy CNY Badge edisi terhad pada Aplikasi IPC, bagi menggalakkan ahli Tack Club mengambil bahagian untuk mengumpul 100 Tack Poin dengan melengkapkan misi berikut di pusat beli-belah ini.
Untuk maklumat lanjut tentang sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Loong Ma-Jestic, sila layari ipc.com.my/LoongMajestic atau ikuti IPC Shopping Centre di Facebook dan Instagram untuk sebarang promosi terkini, persembahan dan kemas kini.
-TAMAT-
Tentang IPC Shopping Centre:
Merupakan pusat pertemuan pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh IKEA dengan gambaran bangunan kotak biru besar dan sesuatu yang utama dalam portfolio Ikano Retail yang semakin berkembang di rantau ini. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pembangunan Mutiara Damansara sejak tahun 2003, ia berfungsi sebagai pusat pertemuan yang sesuai dan selesa untuk komuniti di sekitar itu dan pengunjung yang lain-lain juga. Menggabungkan warisan dari Sweden dengan inovasi, IPC Shopping Centre menerajui kelestariannya melalui perkhidmatan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycling and Buy-Back Centre) yang unggul serta pelbagai inisiatif lain untuk menjaga alam sekitar dalam memupuk penglibatan komuniti dan menunjukkan komitmen mereka ke arah bumi yang lebih hijau. IPC Shopping Centre memeriahkan kehidupan seharian sebagai pusat sehenti hab runcit pilihan yang menyediakan bukan sekadar transaksi membeli-belah, malah tempat untuk mengeratkan perhubungan, pertemuan dan memberi inspirasi untuk para pengunjungnya.