CHANGZHOU, China, 24 Januari 2024 /PRNewswire/ -- i-TOPCon daripada Trina Solar memainkan peranan penting dalam proses pemindahan industri, kata Profesor Stefan W. Glunz daripada Fraunhofer ISE, institut penyelidikan solar yang terbesar di Eropah. Beliau memberi ulasan tersebut dalam ucapan yang bertemakan TOPCon- FROM LAB TO INDUSTRY (DARI MAKMAL KE INDUSTRI), di persidangan modul i-TOPCon 700W+ yang dianjurkan oleh Trina Solar dalam Disember 2023. Trina Solar, bersama lima pengeluar terkemuka yang lain, mendedahkan Perikatan Ekologi Inovasi Terbuka PV 700W+ di persidangan ini. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Trina Solar atas pencapaiannya yang hebat," kata Glunz.
Sel i-TOPCon telah membawa teknologi TOPCon dari makmal kepada pengindustrian, kata beliau, menyatakan keyakinan terhadap pembangunan teknologi ini. Beliau meramalkan bahawa teknologi TOPCon selain sel heterosimpang akan terus digunakan dalam generasi produk yang seterusnya. Pelaksanaan teknologi tandem, yang dijangka meningkatkan kecekapan sel dengan ketara, akan berasaskan kepada teknologi kontak mempasif seperti TOPCon, kata beliau. Fraunhofer ISE memperkenalkan konsep teknologi sel Kontak Mempasif Terowong Oksida (TOPCon) dalam tahun 2013. Sel makmal TOPCon mencapai kecekapan sebanyak 26% dalam tahun 2021.
Trina Solar menerajui jalan dalam aplikasi industri teknologi i-TOPCon
Trina Solar mereka bentuk semula struktur sel TOPCon makmal dan memperkenalkan kedua-dua sisi sel solar TOPCon terkontak dan aliran proses teknologi dioptimumkan, mempromosikan selanjutnya teknologi sel TOPCon dari makmal kepada pengindustrian. Syarikat ini menamakannya i-TOPCon, istilah yang turut diguna pakai oleh ketua bahagian Fotovolta Fraunhofer ISE dalam kertas tinjauan beliau ke atas TOPCon. Sejak itu, i-TOPCon menjadi label Trina Solar yang eksklusif.
Teknologi TOPCon terus menerajui produk PV generasi seterusnya
"Pencapaian oleh teknologi TOPCon telah meletakkan asas untuk pembangunan industri ini," kata Glunz kepada hadirin. Kecekapan sel TOPCon industri telahpun melebihi 25%, satu keputusan yang menggalakkan, kata beliau. Kecekapan sel TOPCon dijangka mencapai kejayaan yang malah lebih besar melalui pelaksanaan teknologi sel kontak hadapan mempasif dan teknologi tandem.
Trina Solar terus berinovasi dalam teknologi dan produk i-TOPCon jenis-n arus perdananya. Seperti yang dinyatakan oleh Yifeng Chen, ketua teknikal dan naib presiden bersekutu teknologi Trina Solar, kecekapan teknologi tandem yang berasaskan kepada sel bawah i-TOPCon diramalkan melepasi 30%.
Penaiktarafan dan kematangan teknologi i-TOPCon telah mempercepatkan pengindustrian produk jenis-n, mendorong industri ini menuju era kuasa 700W+ yang lebih tinggi.