omniture

REALTY ONE GROUP AKAN DIBUKA DI GREECE

Realty ONE Group
2024-01-24 22:47 26

Negara Eropah itu ialah yang ke-20 akan Bertukar Menjadi Negara yang Menguntungkan dan Penting kerana UNBrokerage Berkembang Pesat Di Seluruh Dunia

LAGUNA NIGUEL, Calif., 24 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, jenama gaya hidup moden yang didorong oleh tujuan dan SATU (ONE) daripada pemberi francais paling pesat berkembang di dunia, memulakan tahun baharu dengan pengembangan dan pertumbuhan antarabangsa yang lebih menarik. Greece menjadi negara ke-20 hanya dalam tempoh 20 bulan ini akan menyertai UNBrokerage yang sedang pesat mengubah dunia ini menjadi menguntungkan dan penting.

Odysseus Demetriades ialah pemberi francais baharu untuk Greece dan akan menukar pejabat hartanah semasa beliau kepada Realty ONE Group, sambil menerajui kemaraan untuk membuka lokasi baharu, Lokasi yang TIDAK tradisional (UNTraditional) dan dinamik, disuntik dengan jenama bertenaga, di seluruh negara Eropah selatan.

"Odysseus mempunyai semangat untuk menyemarakkan lagi pengembangan jenama gaya hidup popular kami di Eropah dan membawa keseronokan COOLTURE (bergaya + budaya) kami ke pasaran hartanah di Greece," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Realty ONE Group International yang telah dinobatkan sebagai Pemberi Francais Global Terbaik oleh Entrepreneur. "Kami berkongsi aspirasi Odysseus yang sama - untuk membolehkan ahli profesional hartanah di Greece mencapai kejayaan yang lebih besar dengan lebih cepat sambil membina kehidupan yang lebih baik dan warisan yang berkekalan."

Demetriades ialah bekas ahli lembaga pengarah Ikea, satu daripada francais paling berinovatif di dunia dan mempunyai 25 tahun pengalaman hartanah dan insurans, serta beberapa gabungan dan pensijilan hartanah dan insurans.

"Realty ONE Group, kuasa dalam perniagaan hartanah yang berkembang pesat, bersedia untuk merevolusikan pasaran Greece," kata Demetriades. "Jangkakan perkongsian yang berimpak dengan mencipta nilai melalui rangkaian pejabat dan ahli profesional hartanah yang bercita-cita tinggi. Era UNbrokerage telah tiba di Greece!"

Realty ONE Group International berjaya merebut kedudukan No. 1 bagi pemberi francais untuk tahun ketiga berturut-turut dalam  senarai kedudukan Franchise 500® 2024, Majalah Entrepreneur  yang paling berdaya saing. Satu-satunya jenama gaya hidup, moden dalam industri pada masa ini yang mempunyai lebih daripada 19,000 ahli profesional hartanah di lebih daripada 400 pejabat di 49 negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C., serta 20 lagi negara dan wilayah.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Maklumat Tentang Realty ONE Group International
Realty ONE Group International ialah satu daripada jenama gaya hidup paling pesat berkembang, moden, didorong oleh tujuan dalam hartanah yang SATU (ONE) Tujuan syarikat itu ialah membuka pintu di seluruh dunia – SATU (ONE) rumah, SATU (ONE) impian, SATU (ONE) kehidupan pada satu masa. Organisasi ini telah berkembang pesat menjadi lebih daripada 19,000 profesional hartanah di lebih 400 cawangan di 20 negara dan wilayah kerana model perniagaannya yang terbukti, pembrokeran perkhidmatan penuh, COOLTURE dinamik, bimbingan perniagaan yang unggul melalui ONE University, sokongan cemerlang dan teknologi milik organisasi ini, zONE. Realty ONE Group telah dinobatkan sebagai jenama hartanah nombor SATU (ONE) oleh Majalah Entrepreneur selama tiga tahun berturut-turut dan terus melonjak ke hadapan, membuka pintu, bukan sahaja kepada pelanggan syarikat malah kepada ahli profesional hartanah dan pemilik francais. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/4509225/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Expansion