omniture

African Mining Indaba 2024: Tahun ke-22 SANY Berkhidmat untuk Daerah Bersemangat

SANY Group
2024-01-25 03:46 95

CHANGSHA, China, 25 Januari 2024 /PRNewswire/ -- African Mining Indaba 2024 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Cape Town (CTICC) mulai 5-8 Februari. Dengan tema "SANY Diglobalisasikan, SANY Didigitalkan, SANY Dinyahkarbon, SANY Disetempatkan", SANY akan berada di lapangan di reruai L41 untuk membincangkan teknologi terkininya dan penyelesaian perlombongan mampan bersasar bersama pelanggan.

 
African Mining Indaba 2024

"Kami berasa teruja untuk mempersembahkan penyelesaian perlombongan kami kepada golongan profesional yang berkumpul dari serata dunia untuk menghadiri sebuah acara. Acara ini membolehkan kami berinteraksi dengan pelanggan, yang kesemunya mempunyai minat yang sama: minat dalam perlombongan di Afrika," kata Samuel Zhang, Pengurus Besar Negara SANY Int'l South Africa. Pasukan eksekutif Cina dan Afrika Selatan akan berada di lapangan sepanjang acara tersebut untuk berinteraksi dengan hadirin.

Pusat Agihan Serba-baharu demi Perkhidmatan Lebih Baik

Sejak peralatan pertama SANY mendarat di Maghribi dalam tahun 2002, SANY telah menawarkan perkhidmatan kepada Afrika selama 22 tahun. Dalam tahun 2006, pasukan Afrika Selatan SANY menubuhkan sebuah pejabat besar di Boksburg dan kemudian, meluaskan cawangannya ke Middelburg, Rustenburg dan Richards Bay pada tahun-tahun berikutnya. Bagi memastikan penghantaran alat ganti yang tepat pada masanya dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik, SANY melancarkan pusat agihan alat ganti terkini di Olifantsfontein, Midrand pada November lalu. Pusat agihan seluas 20,000m2 ini akan memendekkan sebahagian besar kitaran penghantaran, memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dan memperbesarkan inventori alat gantinya daripada kira-kira R170 juta kepada R270 juta.

SANY’s 22nd Year Serving the Passionate Land
SANY’s 22nd Year Serving the Passionate Land

SANY memiliki himpunan penyedia perkhidmatan yang komprehensif untuk penyelarasan logistik dan pengagihan di seluruh rantau SADC, dengan pasukan logistik bertanggungjawab terhadap pungutan pesanan dan penghantaran yang tepat pada masanya, mengikut kehendak pelanggan. Hasilnya, SANY di wilayah ini mencapai pusing ganti penghantaran yang pantas dengan ketersediaan alat ganti melebihi 90% dan kadar pungutan stabil pada 100%. Ketersediaan alat ganti memberi impak positif ke atas penjagaan dan perkhidmatan pelanggan, terutamanya dalam mengurangkan masa henti.  

Pada 15 November 2023, pangkalan ibu pejabat SANY South Africa memecah tanah di Johannesburg. Setelah siap, pangkalan itu akan menjadi pusat pembuatan serantau, hab logistik dan himpunan bakat dengan kapasiti pengeluaran tahunan mencecah lebih 3,000 mesin.

Dalam dunia yang sedang bergelut dengan perubahan iklim, tindakan penyahkarbonan memainkan peranan yang amat penting dalam mengurangkan emisi. Pasukan Afrika Selatan SANY akan membincangkan tentang penyelesaian rendah-karbon bersama pelanggan di lapangan, yang menonjolkan kesungguhan syarikat untuk membina sebuah dunia yang lebih bersih, lebih hijau dan lebih lestari.

 

Source: SANY Group
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Mining Oil/Energy Transportation Utilities Future Events Supply Chain/Logistics