omniture

FWD Insurance Berhad dan Bank Simpanan Nasional Menandatangani Perjanjian Pengedaran dan Mengeratkan Hubungan

FWD Insurance Berhad
2024-01-25 09:19 21

Kerjasama strategik menawarkan produk insurans hayat FWD Insurance Berhad melalui rangkaian pengedaran luas Bank Simpanan Nasional.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Januari 2024 /PRNewswire/ -- FWD Insurance Berhad ("FWD Insurance") dan Bank Simpanan Nasional ("BSN") telah menandatangani perjanjian pengedaran yang mana FWD Insurance akan menyediakan pelanggan BSN dengan perlindungan eksklusif bagi produk insurans hayat dan penyelesaian insurans. FWD Insurance kini adalah satu-satunya rakan-kongsi insurans hayat konvensional BSN.

Majlis menandatangani perjanjian pengedaran perbankan insurans antara FWD Insurance dan BSN
(Dari kiri): En. Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN; En. Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Eksekutif BSN; En. Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance; Cik Yap Suat Yen, Su-En, Ketua Pegawai Perkongsian, FWD Insurance.
Majlis menandatangani perjanjian pengedaran perbankan insurans antara FWD Insurance dan BSN (Dari kiri): En. Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN; En. Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Eksekutif BSN; En. Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance; Cik Yap Suat Yen, Su-En, Ketua Pegawai Perkongsian, FWD Insurance.

Berkuat kuasa Januari 2024, perjanjian ini telah ditandatangani oleh En. Jay Khairil, Ketua Eksekutif BSN, dan En. Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance disaksikan oleh En. Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN dan Cik Yap Suat Yen, Su-En, Ketua Pegawai Perkongsian FWD Insurance.

Perjanjian baru ini bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan akses yang tiada tandingan kepada penyelesaian perlindungan. Ia melibatkan pengedaran produk insurans yang relevan dengan harga yang berpatutan melalui rangkaian luas bank itu di seluruh negara, dilengkapi dengan 120 Penasihat Insurans dan Penasihat Kewangan yang dilatih secara profesional serta 2,400 Ejen Bank BSN (EB BSN) di seluruh negara.

"Visi kami untuk mengubah cara orang ramai berfikir tentang insurans akan terus memandu semua usaha baik yang kami lakukan untuk pelanggan kami. Menandatangani perjanjian pengedaran ini menunjukkan komitmen FWD Insurance dan BSN untuk memudahkan perolehan perlindungan insurans yang diperlui oleh rakyat Malaysia. Kami sangat fokus terhadap peningkatan rangkaian produk yang ditawarkan kepada pelanggan BSN dan akan terus menyampaikan produk perlindungan inovatif serta didayakan secara digital kepada mereka. Dengan kehadiran jenama yang kukuh dan rangkaian yang luas di Malaysia, kami akan dapat mengembangkan jangkauan kami serta melayani komuniti yang lebih besar bagi memenuhi keperluan perlindungan mereka," kata Encik Chowla.

 "Kerjasama kami dengan BSN yang kukuh telah dibuktikan dengan keberhasilan pengenalan platform pendaftaran pelanggan baharu untuk Qaseh Bakti, produk digital pertama kami dengan BSN yang dilancarkan pada 2023. Sehingga kini, hampir 50,000 nyawa dilindungi oleh Qaseh Bakti yang menggunakan pengimbas kod QR untuk memudahkan pendaftaran pelan perlindungan. Kejayaan ini adalah bukti kerjasama di antara dua organisasi kami yang sentiasa berinovasi untuk menjadikan insurans lebih mudah bagi pelanggan BSN," tambahnya.

Sementara itu, En. Jay Khairil berkata, "Kerjasama kami dengan FWD Insurance terjalin berasaskan kepercayaan dan kerjasama yang kukuh, memperlihatkan komitmen BSN membina hubungan berkekalan dan bermakna dengan pelanggan kami. Misi BSN adalah untuk memastikan pelanggan kami terus mendapat akses kepada kehidupan yang lebih baik. Melalui usaha sama ini, kami menyediakan pelbagai penyelesaian perlindungan dan simpanan jangka panjang bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan  selaras dengan visi 'Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan'."

Malaysia merupakan pasaran insurans hayat keempat terbesar dari segi premium di Asia Tenggara, dengan asas makroekonomi yang menarik dan demografi yang baik. Kumpulan FWD memasuki pasaran insurans hayat Malaysia bersama pelabur lain pada 3 April 2023 berikutan penyempurnaan pelaburan ke dalam syarikat yang sebelum in dikenali sebagai Gibraltar BSN. Kumpulan FWD mula menceburi pasaran Malaysia pada 2019 sebagai penyedia produk takaful keluarga melalui FWD Takaful Berhad.

FWD Insurance menawarkan pelbagai penyelesaian perlindungan seperti produk mikro-insurans ringkas untuk komuniti berpendapatan rendah, insurans hayat berkredit untuk melindungi pelanggan pinjaman BSN, dan produk penasihat bersemuka.

Mengenai FWD Insurance Berhad

FWD Insurance Berhad ("FWD Insurance") ialah sebahagian daripada Kumpulan FWD, syarikat insurans pan-Asia terkemuka dengan lebih 11 juta pelanggan merentasi 10 pasaran, termasuk beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di dunia. Syarikat memberi tumpuan untuk menjadikan perjalanan insurans lebih mudah, pantas dan lancar dengan cadangan yang inovatif dan produk yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang diterajui oleh pelanggan kami, FWD komited untuk mengubah cara orang ramai berfikir tentang insurans.

Untuk maklumat lanjunt, sila langgari www.fwd.com.my

Mengenai Bank Simpanan Nasional

Didorong oleh misi untuk menyampaikan kehidupan yang lebih baik dalam jangkauan semua rakyat Malaysia, BSN komited menyediakan perkhidmatan kewangan secara menyeluruh dan komprehensif kepada semua rakyat Malaysia. BSN bertekad memberi rakyat Malaysia peluang yang saksama untuk mencapai masa depan kewangan yang lebih baik dan cerah, serta menjadi gerbang laluan bagi kehidupan yang lebih baik.  Untuk merealisasikannya, BSN memanfaatkan kepakaran dan pengalaman rangkuman kewangan, disokong oleh produk dan perkhidmatan yang komprehensif disampaikan melalui pelbagai titik sentuh pada semua kawasan di negara ini.

Ditubuhkan sejak 1974, BSN kini mempunyai lebih 7,540 kakitangan dan disokong oleh 387 cawangan, 39 Pusat Mikro Kewangan, 574 Mesin Teler Automatik (ATM), 148 Mesin Deposit Wang Tunai (CDM), 258 Mesin Kitar   Semula   Tunai   (CRM), 8 Cawangan Bank Bergerak (CBB) – 4 di Sabah, 3 di Sarawak, 1 di Pahang serta lebih 2,400 Ejen Bank BSN (EB BSN) di seluruh negara. BSN mempunyai lebih 9 juta pelanggan di seluruh Malaysia dengan pendeposit runcit berjumlah RM19.97 bilion (sehingga November 2023).

Source: FWD Insurance Berhad
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Contracts Licensing/marketing agreements New products/services