omniture

Luminator Technology Group Ambil Alih Axion Technologies

Luminator Technology Group
2014-09-11 22:00 79

PLANO, Texas, 11 September 2014 /PRNewswire/ -- Luminator Technology Group (LTG) dengan sukacitanya mengumumkan pengambilalihan Axion Technologies.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140909/144225

Axion Technologies telah ditubuhkan pada tahun 1974 dan mereka bentuk, menghasilkan dan turut membekalkan sistem CCTV, Komunikasi dan juga Maklumat Penumpang yang canggih untuk Industri Alihan Massa.

Pengambilalihan Axion ini akan memperluas portfolio Alihan Massa kami dan menambahkan penawaran kami bagi sistem maklumat dan komunikasi penumpang.

Menerusi integrasi Axion Technologies ke dalam kumpulan LTG, "Saya dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Carl Cassista untuk jawatan Presiden LTG Global Rail. Beliau melaporkan diri terus kepada saya," ujar Avi Zisman, Ketua Pegawai Eksekutif Luminator Technology Group.

LTG akan mengekalkan strategi penjenamaan kami untuk memastikan produk bertaraf dunia dipasarkan di bawah jenama bebas Luminator, LAWO, Axion, Focon, Mobitec serta TwinVision bagi memastikan sokongan berterusan untuk pelanggan kami serta mengekalkan daya saing yang sihat dalam pasaran.

Melalui jenama individu kami dan dengan menggabungkan kemahiran, pengalaman serta sumber kami, kami akan terus menyediakan sokongan terbaik dan paling lengkap kepada operasi pelanggan kami di seluruh dunia.

LTG ialah pembekal global sistem maklumat penumpang untuk pasaran transit awam dan aeroangkasa. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang LTG sila layari laman web kami di www.luminatortechnologygroup.com.

HUBUNGI: Paige Stone, 1-972-516-3062, pstone@luminatorusa.com

Source: Luminator Technology Group
Keywords: Aerospace/Defense Internet Technology Transportation Acquisitions, mergers, takeovers