KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Januari 2025 /PRNewswire/ -- CARiNG Pharmacy sekali lagi dinobatkan sebagai penerima pingat emas kategori runcit di Putra Aria Brand Awards 2024. Pengiktirafan berturut-turut selama dua tahun ini mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai jenama pilihan utama rakyat Malaysia.
CARiNG Pharmacy Cemerlang di Putra Aria Brand Awards 2024: Pingat Emas untuk Dua Tahun Berturut-turut!
Putra Aria Brand Awards yang diasaskan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) pada tahun 2022 bertujuan mengiktiraf jenama-jenama yang cemerlang dalam membina jenama. Anugerah ini turut mendapat sokongan Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA), Persatuan Pakar Media (MSA), dan Persatuan Digital Malaysia (MDA), yang menekankan kepentingan kepercayaan pengguna. Pencapaian ini sekaligus mengukuhkan kedudukan CARiNG Pharmacy sebagai jenama yang diyakini dalam sektor runcit kesihatan.
Terima Kasih kepada Komuniti yang Setia
Kejayaan luar biasa ini tidak akan tercapai tanpa sokongan padu dan kepercayaan teguh daripada pelanggan setia serta komuniti Malaysia. Sokongan anda, sama ada melalui maklum balas positif, kehadiran dalam acara kami, atau kesetiaan yang berterusan, telah menjadi sumber inspirasi utama kami untuk terus berinovasi dan menaikkan taraf perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
Encik Chong Yeow Siang, Pengarah Eksekutif menyatakan, "Pengiktirafan ini adalah bukti kepercayaan yang diberikan kepada kami setiap hari. Ia bukan sahaja menginspirasikan kami untuk terus bekerja dengan lebih keras, tetapi juga untuk kami menerokai peluang baharu dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih inovatif dan mesra komuniti."
Memperkenalkan Inisiatif "Mom & Cutie": Prihatin Terhadap Ibu dan Anak
Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memenuhi keperluan pelanggan, CARiNG Pharmacy dengan sukacitanya memperkenalkan inisiatif dan perkhidmatan baharu, iaitu "Mom & Cutie." Inisiatif ini dirancang khas untuk menyokong kesihatan ibu dan anak mereka melalui rangkaian produk penjagaan bayi seperti lampin, losen bayi, dan suplemen kesihatan untuk para ibu. "Mom & Cutie" mencerminkan falsafah CARiNG Pharmacy untuk menjaga kesihatan keluarga secara holistik, sekaligus memperkukuhkan hubungan erat kami dengan komuniti.
Melangkah ke Hadapan: Memperkukuhkan Komitmen Terhadap Kecemerlangan
Sempena meraikan pencapaian ini, CARiNG Pharmacy terus bertekad untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi serta mempereratkan hubungan dengan komuniti. Dengan berpegang kepada nilai kepercayaan, inovasi, dan kecemerlangan, kami berazam untuk terus memperluaskan perkhidmatan kami. CARiNG Pharmacy akan terus berusaha untuk menerokai teknologi terkini dalam perkhidmatan kesihatan, dan memastikan produk serta perkhidmatan kami sentiasa memenuhi keperluan pelanggan. Bersama, kita menuju masa depan yang lebih sihat dan sejahtera.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan CARiNG Pharmacy, sila layari www.caring2u.com.