omniture

ŸNSECT DIBERIKAN KELULUSAN PERTAMA SEUMPAMA INI, UNTUK MENGKOMERSIALKAN PROTEIN ULAT HONGKONG UNTUK MAKANAN ANJING DI AS

Ÿnsect
2024-01-25 17:37 21

PARIS, 25 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Ÿnsect, salah satu pemain terkuat dalam pengeluaran protein berasaskan serangga, telah diberikan kebenaran oleh AAFCO (Persatuan Pegawai Kawalan Makanan Haiwan Amerika) untuk menggunakan protein ulat hongkong tanpa lemak dalam nutrisi anjing. Ini merupakan kali pertama bahan berasaskan ulat hongkong untuk makanan haiwan kesayangan diluluskan di AS.

Kebenaran ini diberikan berikutan penilaian selama dua tahun oleh AAFCO, organisasi yang bertanggungjawab untuk keselamatan makanan haiwan di AS. Kelulusan diberikan kepada Ÿnsect berdasarkan dosir saintifik menyeluruh yang termasuk percubaan 6-bulan memperkenalkan bahan yang diperoleh daripada ulat hongkong ke dalam diet anjing. Hasilnya menunjukkan keselamatan produk dan manfaat nutrisinya.

Kajian selanjutnya yang ditauliahkan oleh Ÿnsect dengan Profesor Kelly Swanson daripada Makmal Sains Haiwan di University of Illinois' Urbana-Champaign, membuktikan bahawa kualiti protein tepung ulat hongkong tanpa lemak daripada Tenebrio molitor adalah setanding dengan protein haiwan berkualiti tinggi yang secara tradisinya digunakan dalam pembuatan makanan haiwan kesayangan, seperti daging lembu, daging khinzir dan salmon.

Kebenaran ini memberikan prospek besar bagi Ÿnsect, dan jenama makanan haiwannya Sprÿng memandangkan pemilik haiwan kesayangan semakin sedar tentang manfaat nutrisi dan alam sekitar alternatif berasaskan haiwan.

Mengurangkan impak makanan haiwan kesayangan ke atas alam sekitar adalah cabaran besar bagi industri, tetapi Ÿnsect sudah siap sedia untuk menyumbang secara aktif kepada penyelesaian ini. Ulat hongkong dibela daripada produk sampingan pertanian di rantau pengeluaran bijirin, jejak alam sekitarnya lebih rendah daripada banyak bahan lain yang digunakan secara tradisi. Sebagai contoh, 1 kg tepung Sprÿng Protein70 mengeluarkan separuh daripada CO2 yang setara dengan kambing biri-biri atau tepung soya, dan 22 kali lebih rendah daripada tepung daging lembu.

"Kami berbangga kerana telah mendapat kelulusan buat kali pertama untuk pengkomersialan bahan berasaskan ulat hongkong untuk makanan haiwan kesayangan di Amerika Syarikat. Ia merupakan pengiktirafan terhadap penyelidikan yang dijalankan lebih 10 tahun untuk manfaat kesihatan haiwan. Kelulusan ini membuka pintu kepada pasaran Amerika yang besar pada masa kami membuat persediaan untuk menghantar makanan haiwan kesayangan kami yang pertama daripada ladang Amiens kami kepada pelanggan." Shankar KRISHNAMOORTHY, CEO Ÿnsect.

www.Ÿnsect.com

Perihal Ÿnsect

Ÿnsect ialah salah satu peneraju global dalam pengeluaran protein berasaskan serangga dan baja asli dan mengeksport ke seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2011 di Paris, Ÿnsect memberikan penyelesaian ekologi, sihat dan lestari untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penggunaan protein dan tumbuhan.

 

Source: Ÿnsect
Keywords: Agriculture Food/Beverages Health Care/Hospital Animals/Pets Corporate Expansion