omniture

USPS Menyambut Ketibaan Tahun Baru Cina Dengan Setem Baharu

U.S. Postal Service
2024-01-26 20:35 28

Naga Dianggap sebagai Pembawa Tuah dalam Zodiak Cina

SEATTLE, 26 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, U.S. Postal Service (USPS) telah melancarkan setem Tahun Baharu Cina: Tahun Naga siri Forever di Chinatown - Daerah Antarabangsa yang bersejarah di Seattle. Postal Service tersebut telah mencetak sebanyak 22 juta setem yang kini dijual di Pejabat Pos dan usps.com .

USPS Roars Into Lunar New Year With the Year of the Dragon Stamp. The Dragon Is Considered an Auspicious Sign in the Chinese Zodiac.
USPS Roars Into Lunar New Year With the Year of the Dragon Stamp. The Dragon Is Considered an Auspicious Sign in the Chinese Zodiac.

Kongsikan berita di media sosial menggunakan tanda pagar #LunarNewYearDragon dan #LunarNewYearStamps

"Lebih tiga dekad, Postal Service telah menerbitkan setem yang menonjolkan Tahun Baru Cina, dan subjek ini merupakan antara pelepasan setem yang paling berjaya dalam sejarah panjang Eduardo H. Ruiz, Jr., Naib Presiden Operasi Runcit dan Penghantaran USPS untuk Kawasan WESTPAC Postal Service, yang bertindak sebagai pegawai khusus." "Postal Service merupakan salah sebuah tempat kerja yang paling pelbagai di Amerika Syarikat, dan pangkalan pelanggannya adalah pelbagai seperti Amerika Syarikat ini sendiri. Setem ini merupakan contoh hebat yang mencerminkan warisan dan tradisi berbilang budaya negara kita."

Para hadirin yang hadir pada majlis tersebut ialah Bruce Harrell, Datuk Bandar Seattle; Connie So, profesor University of Washington dan presiden OCA Greater Seattle-Asian Pacific American Advocates; Joël Barraquiel Tan, pengarah Wing Luke Museum ; Claudine Cheng , presiden APA Heritage Foundation; Tanya Woo, aktivis komuniti Seattle dan penari pemenang anugerah; penyanyi Cecilia Xu; Kumpulan Tarian Rakyat Cina Seattle dan Pasukan Tarian Naga dan Singa Mak Fai .

"Bagi kebanyakan warga Asia Amerika, Tahun Baharu Cina meraikan peluang untuk meninggalkan masalah tahun lalu dan mengundang kemakmuran dan nasib yang baik untuk bergerak ke hadapan," kata So, profesor Universiti Washington. "Majlis setem Tahun Naga ini mengiktiraf kepentingan kepelbagaian dan budaya yang dibawa oleh orang Asia Amerika ke Amerika Syarikat dan memberikan Seattle peluang untuk mempromosikan kepentingan Tahun Baru Cina."

Latar Belakang Setem Tahun Baru Cina 

Pada 10 Februari 2024, berjuta-juta orang di seluruh dunia akan menyambut cuti Tahun Baru Cina. Bermula pada malam bulan baru kedua selepas solstis musim sejuk, perayaan Tahun Baru Cina meraikan kedatangan musim bunga dan masa pembaharuan. Ia juga menandakan permulaan Tahun Naga, haiwan yang kelima daripada 12 haiwan yang dikaitkan dengan zodiak Cina. Tahun Naga berakhir pada 28 Januari 2025.

Perarakan, pesta dan acara istimewa lain menandakan perayaan Tahun Baru Cina untuk orang Cina, Korea, Vietnam dan Mongolia di kebanyakan tempat dunia. Semasa perayaan, mercun dibakar untuk menghalau roh jahat dan membersihkan rumah mereka yang meraikan Tahun Baru Cina bagi menandakan detik pembaharuan sebelum musim bunga. Mereka menulis kuplet dan memberi hadiah untuk meraikan tahun yang akan datang. Tanglung perayaan berwarna merah dan emas sebagai simbol tuah digantung sebagai hiasan dan hidangan tradisional disediakan untuk menghormati musim penanaman yang tradisional."

Naga dianggap oleh ramai sebagai tanda paling bertuah dalam zodiak Cina, orang yang lahir pada Tahun Naga dikatakan berjaya, bijak dan berkuasa. Malah, ramai yang menganggap naga itu sangat baik, ada yang merancang untuk melahirkan anak pada tahun tersebut. Berikutan itu daya tarikan naga tersebut, yang merupakan satu-satunya makhluk mitos dalam zodiak, ramai komuniti Asia mengalami ledakan kelahiran bayi setiap 12 tahun.

Lima unsur—kayu, api, tanah, logam dan air—juga dikaitkan dengan tanda haiwan-haiwan zodiak ini setiap tahun. Tahun Baru Cina tahun 2024 kali ini akan menandakan permulaan Tahun Naga Kayu. Ciri Naga Kayu berbeza daripada naga unsur lain—mereka dikatakan lebih pendiam dan lebih tertutup, tetapi juga pemimpin yang berjaya, kuat yang mendedikasikan diri mereka sepenuhnya kepada kerja mereka. 

Bermula pada tahun 2020, sempena cuti Tahun Baharu Cina, U.S. Postal Service memperkenalkan siri Tahun Baru Cina ketiga mereka. Ini ialah setem Forever kelima dalam siri tersebut, yang akan diteruskan hingga 2031 dengan setem untuk Tahun Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam, Anjing dan Khinzir Hutan.

"Setem Tahun Baharu Cina: Tahun Naga adalah lebih daripada bayaran pos AS," kata Tan, pengarah eksekutif Wing Luke Museum. "Ia mencerminkan naratif yang lebih besar tentang kemasukan dan ekuiti, kerana Wing Luke Museum adalah khusus untuk memajukan kesaksamaan kaum dan sosial, kami memuji usaha Postal Service mempromosikan kesedaran yang lebih besar tentang budaya dan warisan Asia melalui program setemnya kerana naga mewakili kuasa, kebangsawanan dan kehormatan."

Reka Bentuk Setem

Artis Camille Chew membina topeng naga daripada kertas cetakan tangan, kemudian memotong, mengukir dan melipatnya menjadi satu bentuk. Dia menghias topeng tersebut dengan cat akrilik dan elemen kertas lain, seperti bunga dan jumbai, dan menutup bahagian belakang topeng dengan lapisan papier-mâché. Topeng yang telah selesai dibuat diambil gambar di latar belakang putih.

Menggunakan warna emas dan merah sebagai warna utama, topeng naga tersebut menggabungkan unsur-unsur dengan makna simbolik. Emas melambangkan kemakmuran pada tahun akan datang, manakala merah dianggap warna bertuah—warna yang sesuai dengan tanda naga, yang dikatakan paling bertuah di antara semua haiwan dalam zodiak Cina.

Dengan bimbingan daripada pengarah seni Antonio Alcalá , Chew menghasilkan siri setem ini untuk mencipta imejan Tahun Baru CIna kontemporari. Dengan merujuk kepada topeng yang berwarna-warni dan dihias dengan indah yang digunakan dalam perarakan Tahun Baru Cina, seni tiga dimensi Chew menimbulkan perasaan kemeriahan dan perayaan Ilustrasi 12 haiwan zodiak, dibuat dalam gaya unik artis, membentuk garis menegak di sebelah kiri dan kanan anak tetingkap 20 setem.

Setem Tahun Baru Cina: Tahun Naga dalam lembaran 20 setem dikeluarkan sebagai setem Forever. Setem Forever akan sentiasa sama nilainya dengan harga 1 auns Mel Kelas Pertama semasa.

Produk Pos

Pelanggan boleh membeli setem dan produk filateli lain melalui Kedai Pos, dengan menghubungi 844-737-7826 atau di lokasi Pejabat Pos di seluruh negara. Untuk produk setem berlesen rasmi, sila beli di Koleksi Berlesen Rasmi USPS di Amazon .

Sila Ambil Perhatian:United States Postal Service ialah sebuah pertubuhan persekutuan bebas, yang diberi mandat untuk membiayai sendiri dan berkhidmat kepada setiap komuniti Amerika melalui penghantaran mel dan pakej yang berpatutan, boleh dipercayai dan selamat ke 167 juta alamat dalam enam hingga tujuh hari seminggu. Diawasi oleh Lembaga Gabenor dwipemihak, Postal Service sedang melaksanakan pelan transformasi 10 tahun, Delivering for America, untuk memodenkan rangkaian pos, memulihkan kemampanan kewangan jangka panjang, meningkatkan perkhidmatan secara mendadak merentas semua kategori mel dan penghantaran, dan mengekalkan organisasi sebagai salah satu jenama Amerika yang paling bernilai dan dipercayai.

Postal Service secara amnya tidak menerima wang cukai untuk perbelanjaan operasi dan bergantung pada penjualan pos, produk dan perkhidmatan untuk membiayai operasinya.

Untuk sumber media USPS, termasuk video berkualiti siaran dan audio serta foto, lawati USPS Newsroom. Ikuti kami di Twitter , Instagram , Pinterest dan LinkedIn . Langgan Saluran YouTube USPS dan ikuti akaun Facebook kami. Untuk maklumat lanjut tentang Postal Service, lawati usps.com dan facts.usps.com.

Butiran hubungan untuk peringkat nasional: David P. Coleman
Cell 202-425-1476
david.p.coleman@usps.gov

Butiran hubungan untuk peringkat tempatan: Kim Frum
kim.frum@usps.gov usps.com/news

USPS Roars Into Lunar New Year With the Year of the Dragon Stamp. The Dragon Is Considered an Auspicious Sign in the Chinese Zodiac.
USPS Roars Into Lunar New Year With the Year of the Dragon Stamp. The Dragon Is Considered an Auspicious Sign in the Chinese Zodiac.

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2325109/USPS_YearoftheDragon2024_Stamp.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2325110/USPS_YearoftheDragon_2024_Stamp_Sheet.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1854012/USPS_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: U.S. Postal Service
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Transportation Trucking and Road Transportation Broadcast feed announcements New products/services Public Interest