Dibina untuk mengendalikan kerumitan dalam penghasilan muzik hari ini
Fon telinga studio rujukan HD 490 PRO Sennheiser merupakan adunan sempurna antara kejelasan, keselesaan dan keandalan
SINGAPURA, 29 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Hari ini, Sennheiser melancarkan fon telinga studio rujukan HD 490 PRO terbuka-belakang serba baharu, dibina khusus untuk menghasilkan, mengadun dan memurnikan. Fon kepala dinamik litup telinga ini membawakan penghasilan semula bunyi yang sangat tepat dan pentas bunyi yang amat luas serta realistik. Ketepatan dan julat unggul ini memberikan kepada penghasil, jurutera pengadunan dan pemurnian, serta pemuzik, dengan ketelusan yang mereka perlukan untuk keputusan pengadunan kritikal dan untuk menyelesaikan sebarang isu penempatan pendar dengan yakin. HD 490 PRO dan HD 490 PRO Plus (termasuk aksesori tambahan) akan disediakan dalam tempoh dua bulan yang akan datang.
"Sekiranya anda membandingkan penghasilan muzik pada hari ini dengan penghasilan muzik sepuluh, 20 tahun yang lalu, anda akan mendapati sejauh mana kuasa pengkomputeran yang meningkat secara besar-besaran dan automasi parameter yang kompleks telah mengubah cara muzik dihasilkan," kongsi Jimmy Landry, Pengurus Pasaran Kategori untuk MI di Sennheiser. "Dalam setiap genre, jurutera dan pencipta muzik terus menerobos sempadan, mencipta adunan yang sangat kompleks yang boleh terdedah kepada apa yang digelar sebagai 'titik buta audio'. Adunan boleh menjadi sesak dan tidak jelas, dengan terlalu banyak alat berada pada kedudukan yang sama dan frekuensinya bersaing. Bagi jurutera atau pemuzik, ia menjadi sukar untuk mendengar setiap satu alat atau suara dengan jelas. Ini menunjukkan betapa pentingnya sepasang fon telinga studio yang bagus."
The Sennheiser HD 490 PRO is Sennheiser’s top-of-the range professional model for mixing, mastering and producing
Ketepatan audio spektrum-penuh
Bagi menangani kerumitan ini, jurutera Sennheiser memberikan HD 490 PRO dengan pentas bunyi berdimensi yang sangat luas untuk menyetempatkan komponen sesuatu adunan dengan tepat. Gegelung suara yang amat ringan memastikan penghasilan semula bunyi yang pantas dan tulen. Respons frekuensi adalah jelas dan tulus dalam seluruh spektrum audio, dengan hujung rendahnya padat, tepat dan ditakrifkan dengan jelas hasil daripada silinder frekuensi rendah khas. Penutup cecawan telinga jaring terbuka mendedahkan Seni Bina bingkai-Terbuka Sennheiser, yang meminimumkan resonans dan herotan. Demi pengalaman mendengar yang optimum, transduser berada pada sudut yang kecil, seterusnya mengikuti tetapan pembesar suara monitor biasa.
The HD 490 PRO studio headphones deliver a wide, spatial sound stage with excellent localisation, enabling producers to create refined masters
"Kesemua ciri ini digabungkan untuk membolehkan golongan profesional muzik mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang isu penempatan pendar dan frekuensi hujung akhir yang mengganggu – memastikan adunan yang jelas serta rakaman akhir yang diperhalusi dengan hebat," jelas Gunnar Dirks, Pengurus Produk Sennheiser. "Fon telinga studio HD 490 PRO memberikan kepada anda kawalan penuh terhadap setiap perincian."
Selesa dipakai
Sepasang fon telinga studio yang cemerlang hanyalah separuh bagus sekiranya ia tidak selesa. Justeru itu, jurutera Sennheiser memanfaatkan pengalaman selama berdekad-dekad daripada reka bentuk set telinga profesional kepada HD 490 PRO. Reka bentuknya yang ringan dan ergonomik menghapuskan sebarang titik tekanan, memandangkan cekak kepala tidak menekan bahagian yang sensitif pada kepala. Selain itu, pad telinga bagi litup telinga membawakan zon keselesaan lembut berpaten Sennheiser untuk bahagian pelipis kaca mata sambil mengekalkan pengedap yang baik.
Paten juga telah dipohon berhubung geometri paksi khas HD 490 PRO. Reka bentuk ini memastikan fon telinga disesuaikan dengan optimum pada kepala apabila ia dipakai dan mengekalkan tekanan sentuhan yang sama tanpa mengira bentuk kepala pengguna.
"Apabila anda sedang mencipta muzik, perkara terakhir yang anda mahukan ialah menumpukan perhatian pada kesesuaian fon telinga anda. HD 490 PRO membolehkan anda merasai muzik dan melupakan tentang fon kepala," kata Landry.
Dua jenis pad telinga untuk membawa penyesuaian sempurna kepada tugas yang ada
"Pembangunan HD 490 PRO didahului dengan tinjauan fon kepala profesional terbesar yang pernah kami jalankan, yang mana pengguna mengundi audio rujukan neutral dan rata sebagai ciri yang paling penting," jelas Dirks. "Walau bagaimanapun, apabila kami memerhatikan angka pasaran, kami mendapati bahawa bunyi yang lebih hangat sedikit disukai berbanding respons neutral 100%. Justeru itu, kami mengambil keputusan untuk memberikan kepada pelanggan kami dua fon telinga dalam satu – dengan menyediakan dua set pad telinga berbeza yang direka bentuk dengan teliti untuk membentuk bunyi yang berbeza."
Pad telinga (velor) penghasil bagi HD 490 PRO memberikan respons yang lebih hangat sedikit untuk mewujudkan perspektif dan membantu pengguna membuat pertimbangan yang holistik kepada bunyi. Sebaliknya, pad telinga (fabrik) pengadun membenarkan bunyi neutral, amat rata yang membantu menyelami setiap perincian apabila rujukan bunyi diperlukan dalam menyelesaikan suatu adunan. Kedua-dua pad telinga boleh dicuci – satu penyelesaian yang bersih dan mampan.
The type of ear pad has a massive impact on sound reproduction – with the HD 490 PRO, users get two headphones in one. With the producing ear pads reproduction is slightly warmer, while the mixing ear pads help to drill down on the individual frequencies
Lesen untuk dearVR MIX-SE
HD 490 PRO termasuk lesen percuma untuk pemalam dearVR MIX-SE yang inovatif daripada Dear Reality. Pemalam ini menukar DAW menjadi persekitaran pengadunan maya terunggul, mensimulasikan akustik yang direka bentuk dengan teliti daripada studio pengadun yang ideal. Jurutera atau pemuzik bukan sahaja ditempatkan pada titik tumpuan, dearVR MIX-SE juga membantu mereka memastikan terjemahan pengadunan mereka yang seimbang dan konsisten pada sistem yang berbeza.
Perhatian kepada perincian
Reka bentuk teliti pada model studio yang berkualiti terbaik ini tidak terhenti sekadar aksesori sahaja. Sebagai contoh, kabel fon kepala boleh dipasang pada pelekap telinga kanan atau kiri HD 490 PRO bagi menampung persediaan dan keutamaan studio yang berbeza. Struktur gegelung kabel berpaten memastikan agar kabel fon kepala tidak menghantar sebarang hingar apabila ia mengenai meja atau bergesel pada pakaian. Penentuan kiri/kanan jelas kelihatan pada penutup habuk bahagian dalam transduser, manakala bagi mereka yang cacat penglihatan, tala cekak kepala mengandungi maklumat braille.
Setiap HD 490 PRO diberikan lengkap dengan dua set pad telinga yang berbeza (pengadun dan penghasil) berserta kabel fon telinga 1.8 m dan lesen dearVR MIX-SE. Ia berharga RM2199. HD 490 PRO Plus, yang berharga RM2599, sebagai tambahan termasuk kabel 3 m, bekas angkut dan pad cekak kepala fabrik tambahan selain daripada cekak kepala velor standard. Kesemua tambahan Plus juga tersedia sebagai aksesori individu. Kabel fon telinga yang seimbang tersedia sebagai aksesori pilihan.
"Sekiranya anda tercari-cari fon telinga studio yang memberikan kepada anda ketelusan dan penyetempatan cemerlang yang diperlukan untuk mencipta adunan yang luar biasa, HD 490 PRO ialah pilihan anda," kata Jimmy Landry.
Lampiran:
Latar Belakang Sennheiser Brand
https://mma.prnewswire.com/media/2221327/About_the_Sennheiser_brand.pdf