omniture

Kelulusan Kawal Selia Pertama untuk Alat Sedut Nikotin Voke®

Kind Consumer Limited
2014-09-12 14:00 106

LONDON, 12 September 2014 /PRNewswire/ -- Kind Consumer hari ini telah mengumumkan ia telah menerima lesen produk untuk alat sedut nikotin proprietari (Alat Sedut Voke 0.45mg) Syarikat itu untuk Jualan Am daripada Agensi Kawal Selia Ubat-ubatan dan produk Penjagaan Kesihatan (MHRA) UK. Ini merupakan pencapaian penting dalam perjalanan ke arah membawakan inovasi penting ini kepada para pengguna. Langkah seterusnya adalah untuk menyerahkan variasi lesen bagi menyokong pengkomersilan berskala penuh oleh rakan kongsi komersil kami, Nicoventures Limited.

Dr Chris Moyses, Ketua Pegawai Perubatan, Kind Consumer, berkata, "Kami dengan bangganya mengumumkan Alat Sedut Voke telah dilesenkan di UK sebagai produk perubatan berikutan proses kajian terperinci oleh MHRA. Ini pencapaian besar untuk pasukan kerana telah berjaya menempuhi proses bagi kelulusan pemasaran yang melaluinya kami telah menjawab segala persoalan yang telah dikemukakan oleh MHRA. Teknologi tersebut tidak mengandungi elektronik, haba atau pembakaran serta akan menyaingi terapi penggantian-nikotin dan e-rokok apabila dilancarkan."

Voke dilesenkan untuk digunakan bagi melegakan dan/atau mencegah ketagihan serta gejala sarak nikotin berkaitan dengan pergantungan terhadap tembakau. Ia bertujuan untuk membantu para perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok atau mengurangkannya sebelum berhenti merokok, membantu para perokok yang tidak sanggup atau tidak dapat merokok, dan juga sebagai alternatif yang lebih selamat untuk merokok bagi perokok dan juga individu di sekeliling mereka.

Permohonan Kelulusan Pemasaran terdiri daripada data farmaseutikal, bukan klinikal dan klinikal tentang Alat Sedut Voke, termasuk kajian farmakokinetik klinikal yang membandingkan Alat Sedut Voke dengan produk farmaseutikal yang boleh didapati secara komersil. Di samping itu, Alat Sedut Voke termasuklah peranti perubatan bertanda CE.

Alex Hearn, Ketua Pegawai Produk, pencipta teknologi dan pengasas Kind Consumer mengulas, "Ia mengambil masa lebih satu dekad untuk mereka bentuk dan menghasilkan Voke, menggabungkan piawaian keselamatan farmaseutikal yang ketat dengan mengekalkan pengalaman pengguna sebenar bagi produk tersebut. Hasil ciptaan ini dijanjikan akan membuat perbezaan sebenar bagi menawarkan alternatif lebih selamat untuk merokok."

Paul Triniman, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, "Mencapai kelulusan pertama untuk Alat Sedut Voke sebagai ubat berlesen ialah kejayaan besar untuk syarikat. Alat Sedut Voke akan dikomersilkan oleh Nicoventures Ltd., kini terlibat dalam memastikan kapasiti pengeluaran automatik akan dilaksanakan, selain rancangan pemasaran untuk membawakan kecanggihan teknologi nikotin ini kepada para perokok."

Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari http://www.kindconsumer.com atau e-mel press@kindconsumer.com

Nota kepada Editor:

Kind Consumer Limited merupakan syarikat persendirian, berpusat di London yang disokong oleh beberapa nama terkemuka dalam industri di Britain termasuk Sir Terry Leahy, Sir Peter Davis serta Jon Moulton. Kind menghasilkan produk perintis dan sistem penyedutan baharu untuk pasaran perubatan serta pasaran pengguna.

Alat Sedut Voke ialah produk perubatan berlesen yang boleh didapati tidak lama lagi melalui Senarai Jualan Am (GSL) di UK. Alat sedut Voke menyampaikan rumusan nikotin melalui injap yang dikendalikan nafas dalam peranti perubatan bersaiz rokok. Teknologi Kind ini dilindungi oleh lebih 110 paten yang diluluskan di seluruh dunia dan tidak mengandungi elektronik, haba atau pembakaran. Produk ini ialah subjek perjanjian pengedaran eksklusif seluruh dunia dengan Nicoventures Limited (Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari http://www.nicoventures.co.uk)

SUMBER  Kind Consumer Limited

Source: Kind Consumer Limited
Keywords: Health Care/Hospital Retail Tobacco Licensing/marketing agreements