omniture

EDISI KE-18 ASIA PACIFIC MARITIME KEMBALI PENUHI PERMINTAAN INDUSTRI UNTUK KEMAMPANAN, PENDIGITALAN DAN INOVASI

RELX Singapore Pte Ltd
2024-01-29 17:20 15

Acara ini akan menampilkan lebih 80 penceramah dan 1,400 jenama yang mempamerkan penyelesaian inovatif dan teknologi pintar yang akan membentuk masa depan industri kelautan.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Asia Pacific Maritime (APM), tempat pertemuan terbesar di Asia Tenggara untuk rantaian nilai maritim global, akan kembali untuk edisi ke-18nya di Singapura mulai 13 hingga 15 Mac 2024 di Marina Bay Sands. Pameran dan persidangan yang terulung pada tahun ini dijangka menghimpunkan lebih daripada 14,000 pemilik kapal, limbungan kapal, pengurusan kapal dan pemeroleh teknikal untuk bertemu dengan lebih 1,400 penyedia penyelesaian.


"Sejak beberapa bulan yang lalu, kami berhubung semula dengan penggiat industri di peringkat global untuk mempelajari tentang penyelesaian, perkhidmatan dan teknologi terkini mereka yang akan memacu sektor maritim sepanjang dekad yang seterusnya. Melalui APM, kami teruja untuk menghubungkan jenama-jenama global bersama khalayak Asia dan membawakan tawaran mereka ke sini untuk memberi sokongan lanjut bagi kolaborasi dan pertumbuhan," kata Yeow Hui Leng, Pengarah Projek Kumpulan, RX, penganjur APM. "Kami berharap dapat memupuk ruang untuk perbualan dan perbincangan yang akan menjamin masa depan sektor maritim."

Sebagai sebahagian daripada usaha bantuan APM, RX turut menganjurkan Roadshow APM – satu siri acara untuk melibatkan komuniti maritim tempatan di seluruh Asia Tenggara dan menawarkan pandangan awal tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di acara tersebut di Singapura. Acara APM edisi Malaysia akan berlangsung pada 17 Januari 2024, bermula jam 2.00 petang di Intercontinental Kuala Lumpur. Topik-topik penting yang akan dibincangkan termasuk prestasi sektor maritim Malaysia dalam tahun 2023 dan ramalan pertumbuhan bagi tahun 2024-2025, bagaimana inovasi menangani defisit infrastruktur pelabuhan Malaysia dan pandangan praktikal untuk mengoptimumkan strategi kewangan dan maritim menggunakan entiti Labuan.

Sesi-sesi ini akan dipimpin oleh pakar-pakar industri Kapten Cheah Sin Bi, Ahli Exco Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) / Ketua Pegawai Eksekutif, Orkim Sdn Bhd, En. Anthonie Versluis, Penasihat Kanan Pelabuhan & Maritim dan Cik Puteri Jamaludin, Perunding Kanan Perniagaan Hans Advisory & Trust Co. Ltd.

Masa Depan Kapal, Penyelesaian untuk Hari Esok 

Sebagai industri yang penting untuk pembangunan ekonomi dunia, industri kelautan menghadapi tekanan yang ketara untuk menjadi lebih mampan dan inovatif dalam dunia yang semakin mencabar ini. Menurut Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), sektor maritim, yang membawa kira-kira 80% daripada perdagangan barangan global pada hari ini, perlu menyahkarbon dengan segera dan usaha penyahkarbonan ini perlu digabungkan dengan inovasi teknologi, peraturan pelbagai hala yang kukuh dan pertumbuhan ekonomi untuk menghadapi kenaikan kos, terutamanya dalam kalangan ekonomi[1] yang paling rentan.

Dengan tema "Masa Depan Kapal, Penyelesaian untuk Hari Esok," acara APM 2024 bertujuan untuk menjadi platform pertukaran ilmu dan perkongsian maklumat. Persidangan dan pameran ini akan menonjolkan penyelesaian yang lebih pintar bagi mencapai objektif-objektif sifar bersih, memacu keselamatan siber, meningkatkan mobiliti komunikasi satelit dan menerima pendigitalan. Turut menyertai kami di bahagian hadapan pameran merupakan penyelesaian inovatif termasuk, antara lainnya, dron, bateri, enjin dan pendorong marin elektrik, cat dan salutan mampan, syarikat penyelesaian teknologi.

Penggunaan dron maritim sebagai pemeriksaan di persekitaran yang mencabar untuk dilayari, seperti bilik enjin dan pelabuhan semakin banyak. Hal ini dapat membantu memperbaiki mutu keselamatan serta memastikan kos operasi yang rendah. Di APM 2024, hadirin akan dapat meninjau ELIOS 3 Flyability, dron tahan perlanggaran pertama di dunia yang dilengkapi dengan sensor LiDAR untuk 3 pemetaan dalaman. Flyability telah mempelopori dron pemeriksaan ruang terkurung yang membolehkan ahli profesional meningkatkan keselamatan, mengurangkan masa henti dan mengurangkan kos untuk pemeriksaan dalaman mereka. Flyability juga akan memimpin sesi di persidangan APM bagi menangani penggunaan dron untuk meningkatkan pemeriksaan dan pengawasan operasi pelabuhan.

Pempamer-pempamer terkenal lain antara 1,400 jenama terkemuka di tingkat pameran itu termasuk Wartsila, MTU, Niigata, Engtek, Reintjes, Schaller Automation, Yanmar, Daihatsu Diesel, Nakashima, Schottel, Bergen Engines, Yara Marine, Marlink, Speedcast, OTESAT_MARITEL, Hostmost, Jotron, KVH, Furuno, Tero Marine, Danaos, Jason Electronics, Codar, Can Traders, Alphatron, Nabtesco, Thuraya, Asia Satellite Telecommunications, Bachmann Electronic, Navtor, Auto-Maskin, VINSSEN, Vertidrive NL, Durapower, EST-Floattech, Hanla IMS, Panasia, Shinwoo, GEA, Lindenberg-Anlagen, Zollern GmbH, Flender, Thordon Bearings, Roxtec, Sauer Compressors, Fincantieri Italy, DESMI, Den-Jet, Damen Shipyard, Nippon Paint, Jotun, Chugoko Marine Paint dan banyak lagi.

Chil-Han Lee, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif VINSSEN Co., Ltd., penyedia terkemuka bagi Sel Bahan Api Hidrogen, bateri ion-litium dan sistem pendorongan, berkata, "VINSSEN telah menyerahkan beberapa projek penyahkarbonan maritim yang melibatkan teknologi Sel Bahan Api Hidrogen dan sistem pendorongan elektrik bateri penuh. Kajian kami tentang hidrogen sebagai bahan api maritim dapat dijayakan hasil daripada perkongsian industri yang kami jalinkan di Singapura. Atas sebab inilah platform seperti APM 2024 penting kerana ia memberi peluang untuk kolaborasi dan pembelajaran bersama untuk memacu industri ini ke hadapan."

Persidangan pada tahun ini, ditaja oleh DNV, akan menampilkan lebih 80 penceramah untuk menyampaikan dialog melalui enam tema persidangan sepanjang tiga hari – Kemampanan, Inovasi dan Pendigitalan, Tenaga Manusia & Latihan, Keselamatan Siber Maritim, Pelabuhan & Terminal serta Insurans.

Trek selari akan berjalan serentak di dua pentas berasingan di tingkat pameran untuk membolehkan perkongsian ilmu lebih komprehensif yang menumpukan perhatian kepada topik-topik yang diminati. Pentas Utama akan menyaksikan beberapa pakar dan pemimpin industri yang terkemuka di dunia berkongsi pandangan secara langsung mengenai cara untuk memacu perniagaan ke hadapan. Sebaliknya, Pentas Inovasi akan menampilkan pemimpin perniagaan dan pakar industri lain untuk memaparkan kajian kes yang berjaya, inovasi terkemuka dan wawasan yang menginspirasikan bagi membantu syarikat-syarikat menangani cabaran dalam pertumbuhan perniagaan.

Beberapa penceramah peringkat atasan yang disahkan setakat ini termasuk:

  • Jayendu Krishna, Timbalan Ketua Pengarah, Penasihat Maritim, Drewry
  • Jan-Erik Rasanen, Ketua Pegawai Teknologi, Foreship
  • Daejin Lee, Ketua Penyelidikan Global, Fertistream
  • Simon Grainge, Ketua Pegawai Eksekutif, International Seafarers' Welfare and Assistance Network (ISWAN)
  • Punit Oza, Pengasas Maritime NXT/ Naib Presiden Antarabangsa Institute of Chartered Shipbrokers
  • Panos Theodossopoulos, Ketua Pegawai Eksekutif, METIS Cyberspace Technology S.A.
  • Ho Chaw Sing, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, National Additive Manufacturing Innovation Cluster (NAMIC)
  • Kenlip Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Pelagus 3D
  • Budi Cahyono, Pengarah Naib Presiden, PT. Jakarta International Container Terminal
  • Tarun Mehrotra, Ketua Pegawai Strategi, RightShip
  • Jan-Paul de Wilde, Ketua Penyahkarbonan, Peralihan Tenaga & Inovasi, RINA Singapore
  • Rahul Kapoor, Naib Presiden, Ketua Global Analitis & Penyelidikan Perkapalan, S&P Global Commodity Insights
  • John Rowley, Ketua Pegawai Eksekutif, Wallem
  • Nakul Malhotra, Naib Presiden, Portfolio Peluang Baru Muncul – Perkhidmatan Maritim, Wilhelmsen

Richard Wagner, Pengarah Rantau Asia, CyberOwl, yang akan berkongsi mengenai inovasi teknologi yang terkini untuk kebingkasan siber marin di persidangan tersebut mengulas, "Industri maritim telah banyak berubah sejak beberapa tahun yang lalu. Kini, kami dapat menyaksikan teknologi yang terkemuka membentuk semula industri ini, namun terdapat juga cabaran yang dibawa oleh peluang ini. Bagaimana kami mengimbangi konflik antara tuntutan perniagaan terhadap inovasi teknologi, seperti AI dan memacu ke arah operasi autonomi, dengan pengurusan risiko siber dalam menghadapi kos yang semakin meningkat untuk kompromi siber? Saya berharap dapat membincangkan topik-topik ini di APM 2024."

Semua ahli professional yang daftar untuk APM 2024 akan diberi akses percuma ke kedua-dua tingkat pameran dan persidangan. Untuk maklumat lanjut mengenai APM 2024, sila kunjungi laman web acara, halaman LinkedIn atau Facebook.

 

[1] Ulasan daripada Setiausaha Agung Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Rebeca Grynspan

 

Latar Belakang Asia Pacific Maritime (APM)

Asia Pacific Maritime (APM) merupakan pameran dan persidangan yang terulung di Asia yang mempamerkan Pembinaan Kapal & Marin, Bot Kerja, Luar Pesisir dan Teknologi Pelabuhan. Ia merupakan tempat pertemuan terbesar untuk rantaian nilai maritim global yang melaluinya lebih 14,000 ahli profesional di Asia termasuk pemilik kapal, limbungan kapal, pengurusan kapal, pemeroleh teknikal dan pengguna akhir akan bertemu dengan lebih 1,400 penyedia penyelesaian yang mempamerkan penyelesaian, perkhidmatan dan teknologi terkini yang akan memacu pembangunan maritim dalam dekad baharu ini.

Dengan 17 edisi (33 tahun) yang memegang rekod prestasi terbukti, APM memberi peluang selama 3 hari kepada anda untuk berinteraksi dengan pembuat keputusan dan mempertajam pemahaman industri di Asia Tenggara.

www.apmaritime.com

Latar Belakang RX Global

RX terlibat dalam perniagaan membina perniagaan untuk individu, komuniti dan organisasi. Kami meningkatkan kuasa acara bersemuka dengan menggabungkan data dan produk digital untuk membantu pelanggan mempelajari tentang pasaran, produk sumber dan menyelesaikan urus niaga di lebih 400 acara dalam 22 negara merentas 43 sektor industri.

RX bersemangat untuk memberi impak positif ke atas masyarakat dan komited sepenuhnya untuk mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif untuk semua kakitangan kami.

RX merupakan sebahagian daripada RELX, penyedia bertaraf global bagi analitis berasaskan maklumat dan alatan keputusan untuk pelanggan profesional dan perniagaan.

www.rxglobal.com 

Latar Belakang RELX

RELX ialah penyedia bertaraf global bagi analitis berasaskan maklumat dan alatan keputusan untuk pelanggan profesional dan perniagaan. Kumpulan ini menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 180 negara dan mempunyai pejabat di 40 negara. Ia menggaji lebih 33,000 kakitangan yang mana hampir separuh daripadanya berada di Amerika Utara. Saham RELX PLC, syarikat induk, didagangkan pada Bursa Saham London, Amsterdam dan New York menggunakan simbol saham yang berikut: London: REL; Amsterdam: REN; New York: RELX. Permodalan pasaran setakat 3 Ogos 2023: £48.7bn | €56.6bn | $62bn

*Nota: Permodalan pasaran semasa boleh ditemui di http://www.relx.com/investors

Source: RELX Singapore Pte Ltd
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Trade show news Future Events