omniture

Prestasi 2023 Zoomlion Melonjak Ekoran Pengembangan Global Pesat dengan Keuntungan Bersih Meningkat Lebih 40% Berbanding Tahun Sebelumnya

Zoomlion
2024-01-30 07:53 19

CHANGSHA, China, 30 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK), pengeluar jentera dan peralatan pembinaan Cina yang terkemuka, baru-baru ini mengeluarkan ramalan prestasi, meramalkan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat-syarikat yang disenaraikan pada tahun 2023 mencapai 3.38 bilion hingga 3.62 bilion yuan, peningkatan 46.57 hingga 56.98% berbanding tahun sebelumnya. Hasil ini adalah disebabkan oleh keputusan yang luar biasa dalam penembusan pasaran antabangsanya serta pertumbuhan pesat dalam segmen-segmen perniagaan baru muncul, digandingkan dengan pengurangan kos dalaman dan peningkatan kecekapan.

Pertumbuhan perniagaan antarabangsa yang berterusan merupakan sebab utama di sebalik pertumbuhan keuntungan bersih suku keempat dan sepanjang tahun Zoomlion yang melangkaui jangkaan. Berdasarkan kepada laporan suku ketiga syarikat ini, pendapatan perniagaan antarabangsa adalah sebanyak 13.03 bilion yuan dari Januari hingga September pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 100.5% berbanding tahun sebelumnya, dengan pendapatan perniagaan antarabangsa menyumbang sebanyak 36.7%. Dalam suku ketiga, hasil antarabangsa berjumlah sebanyak 4.66 bilion yuan, seterusnya meningkatkan perkadaran jumlah pendapatannya kepada 40%, peningkatan 5% berbanding separuh pertama tahun 2023.

Syarikat ini beroperasi di lebih 138 negara, mempunyai lebih 350 outlet dan 3,000 pekerja antarabangsa, yang membentuk lebih 90% daripada tenaga kerjanya. Rancangan masa depan menyasarkan untuk memiliki akaun perniagaan antarabangsa sebanyak lebih daripada 50%. Eksport utama, seperti kren pembinaan dan jentera tolak tanah, terkenal dalam negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan. Menggunakan sistem perniagaan langsung hujung-ke-hujung, syarikat ini meramalkan peningkatan liputan pasaran dan penembusan produk. Bandar Perindustrian Pintar Zoomlion yang akan datang dijangka meningkatkan kecekapan pembuatan dan kualiti produk melalui teknologi canggih serta aplikasi digital. Ramalan prestasi syarikat ini menekankan penambahbaikan operasi melalui transformasi yang komprehensif, aplikasi digital dan langkah-langkah pengurangan kos.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Zoomlion mempercepatkan transformasi model perniagaan antarabangsanya melalui konsep perkampungan global dan penyetempatan, lalu mencapai kemajuan ketara dalam produk serta pasaran utama. Menjelang tahun 2023, ia memperoleh bahagian pasaran tertinggi dalam sektor kren kejuruteraan di Timur Tengah dan negara-negara yang bertutur dalam bahasa Rusia. Zoomlion turut mencipta rekod eksport bagi kren tanan terbesar dari China hingga Amerika Selatan dan Filipina.

Satu pencapaian yang ketara ialah pelancaran eksport pukal jentera tolak tanah ke Australia dan Eropah pada 8 Januari, menandakan permulaan yang mantap kepada pembangunan antarabangsa tahun 2024nya. Mesyuarat tahunan Zoomlion Engineering Crane Company seterusnya pada 15-16 Januari menarik minat lebih 150 pelanggan antarabangsa, lalu menghasilkan pesanan melebihi 1 bilion yuan. Di samping itu, pada 18 Januari, Zoomlion memperoleh pesanan hasrat tahunan sebanyak 165 juta yuan bagi kren Menara di sebuah acara promosi Moscow.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Earnings projections or forecasts General Manufacturing