omniture

Xinhua Silk Road: Forum Menara Shengjin Nanchang Pertama tonjolkan pembangunan bersepadu industri kebudayaan, pelancongan

Xinhua Silk Road
2024-01-30 22:59 20

BEIJING, 30 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Bertemakan "menerangi mercu tanda pelancongan budaya, menghidupkan enjin pembangunan bandar" dan dengan tujuan untuk mempercepatkan pembangunan berkualiti tinggi industri pelancongan budaya serta ekonomi komersial, Forum Menara Shengjin Nanchang pertama tahun 2024 bermula pada hari Sabtu di Daerah Xihu, Nanchang, ibu kota Wilayah Jiangxi, timur China.

Photo shows the site of 2024 First Nanchang Shengjin Tower Forum (Photo taken by Mao Xuhui)
Photo shows the site of 2024 First Nanchang Shengjin Tower Forum (Photo taken by Mao Xuhui)

Acara ini telah menarik minat pakar, wakil perniagaan dan selebriti internet daripada lingkungan kebudayaan dan pelancongan seluruh negara di China.

Dalam tahun 2023, Daerah Xihu menerima lebih daripada 27 juta pelancong sepanjang tahun, dengan pendapatan pelancongan yang komprehensif mencapai lebih daripada 10 bilion yuan manakala Daerah Bersejarah dan Budaya Istana Wanshou mencipta rekod baharu dengan 500,000 aliran penumpang dalam sehari, seperti yang diperkenalkan oleh Tao Yiguo, setiausaha Jawatankuasa Parti Daerah Xihu, Bandar Nanchang.

Daerah Xihu kaya dengan sumber budaya merah, sesuatu yang berharga, kata Zhu Hong, profesor daripada Nanchang University. Pembangunan bersepadu antara budaya merah dan pelancongan akan dicapai melalui penyepaduan kandungan, fungsi, sumber, teknologi, bakat dan pasaran, ujar Zhu.

Photo shows project signing ceremony (Photo taken by Mao Xuhui)
Photo shows project signing ceremony (Photo taken by Mao Xuhui)

Semasa berlangsungnya forum ini, mesyuarat meja bulat yang memfokuskan kepada pembangunan jangka panjang daerah-daerah bersejarah dan budaya serta penjenamaan semula bandar, pembangunan komersial dan perdagangan telahpun diadakan. Pakar-pakar mencadangkan agar teknologi digital harus digunakan untuk memperkasa pembangunan industri pelancongan budaya dan memupuk dengan aktif format baharu, suasana baharu dan produk baharu dalam senario penggunaan pelancongan.

Di forum ini, 36 projek yang berkualiti tinggi telahpun ditandatangani, termasuk taman industri, rantaian bekalan keluli, platform perkhidmatan pengurusan transaksi aset dan sebagainya dengan jumlah keseluruhan mencapai 3.84 bilion yuan dan antaranya 11 projek berjumlah melebihi 100 juta yuan.

Projek-projek yang ditandatangani itu dicirikan oleh jumlah pelaburan yang besar, kandungan teknologi yang tinggi, keupayaan pacuan yang kukuh dan prospek pasaran yang baik, yang sangat konsisten dengan struktur industri utama Daerah Xihu dan akan menggalakkan pertumbuhan berterusan skala industri serta transformasi struktur industri dengan berkesan, ujar Yang Shen, ketua Daerah Xihu.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/338537.html

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service Travel Trade show news