omniture

Tuya Smart Umum Perkongsian dengan AiTAN Dorong Pembangunan Ekosistem Komersial Pintar di Asia Tenggara

Tuya Smart
2024-01-31 01:40 51

NEW YORK, 31 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Tuya Smart (NYSE: TUYA, HKEX: 2391), penyedia perkhidmatan pembangun IoT global, hari ini mengumumkan perkongsian dengan AiTAN, penyedia penyelesaian pintar yang terkemuka di Thailand, yang bertujuan untuk mencipta secara bersama penyelesaian pintar yang inovatif untuk jenama AiTAN dalam pelbagai sektor, termasuk kediaman, hartanah, hotel, sewaan, lampu komersial, dan ruang pejabat, bagi menawarkan pengalaman pintar yang dipertingkat kepada pelanggan dan pengguna akhir di Asia Tenggara. Perkongsian ini didedahkan semasa majlis pelancaran untuk jenama AiTAN.

Prospek Industri Pintar di Asia Tenggara dan Komitmen AiTAN kepada Transformasi Pintar

Dasar "Thailand 4.0", dilancarkan oleh kerajaan Thai dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bertujuan untuk memartabatkan industri-industri melalui inovasi dan teknologi canggih, lantas memupuk evolusi dan daya saing industri-industri Thai dalam pasaran Asia Tenggara.

Sejajar dengan dasar ini, industri pintar Thailand sedang mengalami pertumbuhan yang pesat. Unjuran oleh Chinese Social Sciences Today mencadangkan bahawa ekonomi digital Thailand akan mencapai $57 bilion menjelang tahun 2025, membentuk kira-kira 30% daripada KDNK negara ini. Dalam masa yang sama, inisiatif perniagaan pintar Thailand berkembang ke seluruh pasaran Asia Tenggara, dengan perusahaan-perusahaan semakin mencari transformasi pintar bagi mencapai keberkesanan kos dan kecekapan melalui teknologi pintar, seterusnya meningkatkan daya saing pasaran.

Sebagai penyedia penyelesaian pintar yang terkemuka di Thailand, portfolio AiTAN yang pelbagai mencakupi komuniti pintar, hotel, pencahayaan, dan penyelesaian tenaga. Komited untuk mengoptimumkan kecekapan dalam pelbagai industri, AiTAN mengiktiraf potensi industri pintar yang besar. Memanfaatkan keupayaan teknikal Tuya yang mantap dan pengalaman yang luas dalam teknologi pintar, AiTAN memilih untuk berkolaborasi dengan Tuya, bertujuan untuk mewujudkan paradigma perniagaan yang baharu dalam industri pintar Asia Tenggara.

Tuya Membolehkan AiTAN Memimpin dalam Industri Pintar

Kolaborasi ini memfokuskan kepada kediaman dan hartanah sebagai titik masuk, berkembang ke dalam bidang-bidang seperti hotel, kediaman, lampu komersial, tenaga dan ruang pejabat. Dengan memanfaatkan penyelesaian perisian dan perkakasan Tuya serta keupayaan penyelidikan dan pembangunan mantap AiTAN, kedua-dua pihak bermatlamat untuk mencipta jenama komersial pintar yang profesional, komprehensif dan kompetitif dalam industri ini.

Pada peringkat perkakasan, Tuya akan menyediakan kepada AiTAN dengan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kos untuk meluaskan portfolio produk teras jenama mereka. Ini akan memastikan kepaduan jenama dan menjamin kualiti dan kestabilan produk perkakasan teras, lalu mengatasi cabaran penaiktarafan produk perkakasan pintar dengan berkesan.

Dari segi perisian pula, Tuya Smart Commercial akan menyampaikan SaaS peringkat industri, termasuk Rumah Pintar & Hartanah, Hospitaliti Pintar, Kediaman Pintar serta Pencahayaan Komersial & Pejabat Pintar. Ini akan memacu evolusi model pengurusan pelanggan dan mod perkhidmatan AiTAN, meningkatkan keupayaan khidmat pelanggan dan mempertingkat kecekapan kerja dengan signifikan. Di samping itu, perkhidmatan pembangunan App SDK Tuya Smart Commercial akan membantu AiTAN mencipta aplikasi berjenamanya sendiri, menawarkan alatan operasi dan penyelenggaraan yang berkesan seperti diagnostik peranti jarak jauh, mula semula dan penaiktarafan perisian tegar. Ini akan menyumbang kepada penciptaan pengalaman perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti tinggi untuk pengguna akhir serta mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan dengan ketara.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, AiTAN telah menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi bagi tahun 2024, bertujuan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 10,000 peranti dan memperoleh sekurang-kurangnya 100 projek simpanan. Di samping itu, AiTAN merancang untuk merasmikan AiTAN Solution Center berkeluasan 1,600-meter-persegi di Bangkok dalam bulan September, yang mempamerkan penyelesaian bersama yang dicipta oleh AiTAN serta Tuya dan memperkukuh kehadiran jenamanya.

"Kami menunggu dengan penuh sabar peluang untuk mengembangkan perniagaan rumah pintar asal kami ke dalam penyelesaian pintar peringkat industri yang lebih luas. Dengan sokongan daripada Tuya, kami menyempurnakan penaiktarafan dengan pantas dan memiliki keupayaan untuk menyediakan lebih banyak penyelesaian senario komersial. Memanfaatkan Open API dan SmartHome App ADK, kami mempercepatkan pembangunan aplikasi AiTAN Smart, menawarkan perkhidmatan digital kepada pengguna tempatan seperti pemberitahuan aplikasi Line dan pusat keselamatan, disesuaikan untuk memenuhi keperluan tempatan. Ini dapat memberikan peningkatanberterusan pengalaman hidup yang pintar dan digital kepada penduduk. Saya yakin bahawa kejayaan kami dalam pelbagai bidang akan mendapat maklum balas yang positif untuk AiTAN dan kami berharap dapat menjalin kolaborasi masa depan bersama Tuya," kata Ranis Dhamasiri, Ketua Pegawai Eksekutif AiTAN.

Haiping Ying, Pengurus Besar Tuya Smart Commercial berkata, "Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan AiTAN. Melalui perkongsian ini, AiTAN memperkenalkan penyelesaian inovatif kami kepada pasaran Asia Tenggara, meluaskan saluran pasaran global untuk perniagaan pintar. Melangkah ke hadapan, kami tetap komited kepada bidang teknologi pintar, menyampaikan penyelesaian baharu dengan atribut yang lebih disetempatkan kepada pembangun luar negara dan membolehkan mereka merealisasikan strategi pembangunan mereka untuk jenama-enama penyelesaian pintar mereka."

Dalam era yang mana teknologi pintar menjadi amat penting kepada semua industri, kolaborasi antara AiTAN dan Tuya menandakan peluang untuk mempergiatkan penerokaan, penyelidikan dan pembangunan teknologi yang inovatif. Kolaborasi ini bertujuan untuk terus mencipta penyelesaian yang pelbagai, menampung keperluan pembangun, memupuk masa depan yang indah yang menggabungkan kecerdasan dengan lancar.

 

 

Source: Tuya Smart
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Contracts Cloud Computing / Internet of Things