omniture

Huawei Mempertunjukkan Penyelesaian Perniagaan Video Inovatif di IBC 2014, Membantu Pengendali Mengaut Keuntungan daripada Pertumbuhan Lalu Lintas Video

Huawei Technologies Co., Ltd.
2014-09-13 04:41 90

AMSTERDAM, 13 September 2014  /PRNewswire/ -- Huawei hari ini telah mempertunjukkan penyelesaian perniagaan videonya yang inovatif serta berkongsi wawasannya untuk ekosistem video yang dinamik semasa IBC 2014 di Amsterdam. Huawei percaya permintaan yang meningkat untuk lalu lintas video akan menjadi pemacu penting pertumbuhan perniagaan telekomunikasi dan para pengendali patut menerima ekosistem perniagaan video yang inovatif agar dapat mengaut keuntungan daripada pertumbuhan lalu lintas video, khususnya pertumbuhan lalu lintas mudah alih.

Pertumbuhan video melangkaui televisyen merupakan arah aliran yang semakin meningkat dalam industri ICT, yang menggalakkan para pengendali global merangka strategi bagi perniagaan video mereka untuk merealisasikan perubahan digital dan pengewangan lalu lintas. Huawei membayangkan ekosistem video, ketika video menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan dan kerja kita dan dihasilkan di merata tempat. Mengikuti arah aliran video dan penggunaan peranti yang semakin meluas, Huawei telah membangunkan kerangka kerja Video Di Mana-mana, yang melaluinya Huawei melihat tiga kategori lalu lintas video, termasuk video hiburan, video komunikasi serta penghasilan video. Menerusi kerangka kerja itu, Huawei telah mereka bentuk model perniagaan inovatif bagi para pengendali telekomunikasi menyediakan pengalaman pengguna dipertingkat untuk pengguna akhir.

"Industri ini sedang berada pada kedudukan penentuan perubahan. Ekosistem perniagaan video yang kami wujudkan sekarang bakal memberikan kesan yang tersebar jauh," kata Jeffrey Gao, Ketua Pegawai Pemasaran Huawei di Rantau Eropah Barat. "Soalan pokoknya adalah sama ada para pengendali boleh menerima arah aliran video di mana-mana sahaja bagi membolehkan dunia yang terhubung lebih baik dan mencipta model perniagaan yang serba baharu, atau memilih untuk berpegang pada model perniagaan lapuk dan berisiko untuk kalah dalam pertarungan pada zaman baharu kandungan video di mana-mana ini."

Memanfaatkan pengalaman amalinya yang meluas dalam pembangunan komersil ICT dan kemampuan Penyelidikan & Pembangunan yang mantap, Huawei komited untuk bekerja sebagai rakan kongsi perniagaan video strategik bagi para pengendali. Pada masa ini, syarikat itu mempunyai lebih 200 pakar perunding perniagaan dan lebih 1,000 jurutera Penyelidikan & Pembangunan seluruh dunia bagi memberikan maklumat pasaran, strategi kemasukan dan juga rekaan perkhidmatan untuk membantu para pengendali merebut peluang perniagaan dalam rantaian nilai video. Sehingga kini, Huawei telah melaksanakan lebih 50 pengaturan penggunaan komersil untuk kediaman digital, dengan 26 juta pelanggan. Ia mempunyai 5 laman percubaan terbaik untuk siaran LTE dan menyediakan perkhidmatan video kepada lebih 30,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME).

IBC 2014 diadakan di Amsterdam, Belanda mulai 11 hingga 16 September 2014. Tapak pameran Huawei terletak di No.B17, Dewan 5, Pusat Pameran & Konvensyen RAI Amsterdam.

Latar belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global terkemuka dengan wawasan untuk memperkaya kehidupan melalui komunikasi. Dipacu inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei telah mewujudkan portfolio penyelesaian ICT hujung ke hujung yang memberi pelanggan kelebihan berdaya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti serta pengkomputeran awan. 150,000 kakitangan Huawei seluruh dunia komited bagi mencipta nilai maksimum untuk para pengendali telekomunikasi, perusahaan dan juga pengguna. Penyelesaian, produk serta perkhidmatan ICT kami yang inovatif telah diguna pakai di lebih 170 negara dan rantau, berkhidmat untuk lebih satu pertiga daripada populasi dunia. Setelah ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah syarikat persendirian yang dimiliki penuh oleh para pekerjanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Huawei dalam talian: www.huawei.com atau ikuti kami melalui:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

SUMBER Huawei Technologies Co., Ltd.

Source: Huawei Technologies Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services Trade show news